Kesilapan Ejaan Jenis Pola Keselarasan Huruf Vokal

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesilapan Ejaan Jenis Pola Keselarasan Huruf Vokal as PDF for free.

More details

  • Words: 620
  • Pages: 5
Kesilapan ejaan jenis pola keselarasan huruf vokal (a) •

Emak-nya baru balek menjual kueh wajek di-warong Jagong Mas



Beberapa ekor pelandok yang di-tangkap ditepi kawasan tanjong itu telah di-sembeleh olih anak datok penghulu.

Ayat yang betul bagi kesilapan ejaan di atas ialah, “emaknya baru balik menjual kuih wajik di Warung Jagung Mas” dan “beberapa ekor pelanduk yang ditangkap ditepi kawasan tanjung disembelih oleh anak datuk penghulu”. Kesilapan ini berlaku disebabkan oleh penggunaan pola lama iaitu a-e dan a-o, yang sepatutnya adalah menggunakan pola a-i dan a-u. Kesilapan ejaan jenis pola keselarasan huruf vokal (u)



Ahli2 Rukun Tetangga di-kawasan itu telah memileh lampu picet yang terbaik saja untok kegunaan mereka.



Perempuan tua itu menyingseng lengan bajunya kerana hendak membersehkan sisek2 ikan yang maseh terlekat ditangannya.

Ayat yang betul bagi kesilapan ejaan di atas ialah “ Ahli-ahli Rukun Tetangga di kawasan itu telah memilih lampu picit yang terbaik saja untok kegunaan mereka” dan “ Perempuan tua itu menyingsing lengan bajunya kerana hendak membersihkan siseksisek ikan yang masih terlekat ditangannya”.kesilapan ini berlaku disebabkan penggunaan pola lama iaitu pola i-o dan pola i-e, yang sepatutnya adalah menggunakan pola i-i dan pola i-u. selain itu, terdapat kesilapan dalam menggunakan

penulisan kata ulang atau kata ganda kerana masih menggunakan angka (2) dan penggunaan angka (2) ini telah dihapuskan dan ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda (-) Kesilapan ejaan jenis pola keselarasan huruf vokal (e pepet)



Jentek2 yang didalam air jerneh itu akan di pelihara untok kajian sains.



Telekong yang di jemor itu belom kering, emaknya terpaksa meminjam telekong kakaknya.

• Ayat yang betul bagi kesilapan ejaan di atas ialah, “ Jentik-jentik yang di dalam air jernih itu akan dipelihara untuk kajian sains” dan “ Telekung yang dijemur itu belum kering, emaknya terpaksa meminjam telekung kakaknya”. Kesilapan ejaan ini berlaku disebabkan penggunaan pola lama iaitu e-o dan e-e, yang sepatutnya adalah menggunakan pola e-u dan e-i. Selain itu, terdapat kesalahan dalam menggunakan penulisan kata ulang atau kata ganda kerana masih menggunakan angka (2) dan penggunaan angka (2) ini telah dihapuskan dan ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda (-).

Kekecualian keselarasan vokal.

Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia terdapat prinsip kekecualian keselarasan vokal. Hal ini hanyalah untuk kata-kata yang diambil daripada bahasa asing. Kesalahan ejaan yang berasal daripada bahasa Jawa ialah: salah

betul

Pamir

pamer

Tulin

Tulen

Keratun

keratun

Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Salah

Betul

Block

Belok

Blok

Clinic

Kelinik

klinik

Partikel Partikel lah, kah dan tah sebagai partikel penegas. Predikat disatukan dengan kata yang mendahuluinya. Begitu juga dengan partikel pun. Salah

Betul

Ada lah

Adalah

Apa kah

Apakah

Gabungan kata. Kesilapan ejaan pada kata gabungan juga sering dilakukan. Misalnya:

Salah

Betul

Ertikata

Erti kata

ulangtahun

Ulang tahun.

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu telah menetapkan bahawa sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah menurut sistem bunyi bahasa Melayu, iaitu bunyi huruf dilafazkan sesuai dengan fonem yang dilambangkan, tetapi penggunapengguna bahasa Melayu masih asa yang terikut-ikut bunyi sebutan dalam bahasa Inggeris. Perkataan

Salah

Betul

April

[ep.ral]

[ap.ril]

Industri

[in.das.tri]

[in.dus.tri]

Kesalahan sebutan perkatan-perkataan tertentu bahasa Melayu kerap berlaku di kalangan penutur-penutur bukan Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu. Hal ini terjadi kerana sama ada mereka kurang mengetahui cara sebutan dalam bahasa Melayu yang betul atau terlalu kuat dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Misalnya: Perkataan

Salah

Betul

Banyak

[ba.yak]

[ba.nyak]

mulai

[mu.lai]

[mu.la.i]

Kesalahan sebutan bunyi konsonan banyak dilakukan. Misalnya: Perkataan

Salah

Betul

Puluh

[pu.lu]

[pu.luh]

wayang

[va.yang]

[wa.yang]

Terdapat pelbagai kesalahan sebutan perkatan-perkataan bahasa Melayu, terutama sekali sebutan vokal. Misalnya: Perkataan

Salah

Betul

Apa

[ap.pa]

[a.pa]

Selalu

[si.la.lu]

[se.la.lu]

Dialek juga turut mempengaruhi murid-murid khasnya dalam menguasai sebutan baku bahasa Melayu. Antara beberapa contoh kesalahan yang berpunca daripada pengaruh dialek ialah seperti berikut: Perkataan

Salah

Betul

Hendak

[ba.ra.pa]

[be.ra.pa]

Sibuk

[se.bok]

[si.buk]

Related Documents