Pola Keselarasan Vokal

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pola Keselarasan Vokal as PDF for free.

More details

  • Words: 4,883
  • Pages: 32
PENGENALAN POLA KESELARASAN VOKAL Pola keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada dasar .Pasangan huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup .Prinsip keselarasan vokal ini berdasarkan syarat-syarat yang berikut . (a) Keselarasan berlaku antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata dasar . (b) Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup sahaja . (c) Jika kata dasar mengandungi suku kata lebih dari dua ,keselarasan huruf vokal yang terlibat hanyalah pada dua suku kata yang terakhir . Terdapat lapan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama , iaitu huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup dalam sistem ejaan rumi baharu mestilah mengikut pola ini dengan syarat suku kata praakhir kata-kata ini menggunakan huruf vocal a,e pepet ,i ,atau u .

Sistem Ejaan Lama Pola Contoh u-o a-o a-e taling e pepet -o I –e taling i-o u-e taling e pepet –e taling

Usong lentok puteh rempoh pileh tidor usek lebeh

Sistem Ejaan Baharu Pola Contoh u-u a-u a-i e-u i-i i-u u-i e-i

Usung lentuk putih rempuh pilih tidur usik lebih

Bahan Pertama : Artikel Ucapan Kementerian : Kementerian Pertahanan UCAPAN KSU DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM KEMENTAH PADA 25 FEBRUARI 2008 TEKS UCAPAN Y. BHG DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008 Yang Berusaha Pengacara Majlis Y. Bhg. Dato’ TKSU (P) Y. Berusaha En. Abdullah Kassim, Setiausaha BPSM Memangku TKSU(U) Ketua-ketua Jabatan/ Bahagian Tuan-tuan/ puan-puan Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang dihoskan oleh Bahagian Akaun. Pada pagi ini saya ingin mengambil kesempatan memaklumkan beberapa perkara untuk tindakan dan makluman kita semua. Sebelum

saya

meneruskan

ucapan, saya terlebih dahulu

ingin

mengucapkan selamat datang kepada Y. Bhg. Datuk Mahmood Adam, TKSU(U) yang mula berkhidmat di KEMENTAH mulai 20 Disember 2007. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana berkursus. Selamat datang juga diucapkan kepada Mej Jeneral Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran menggantikan Mej Jeneral Dato’ Zulkiflee Bin Hj. Kasim mulai 7 Januari 2008.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Ismail Bin Ibrahim, TKSU (P) di atas penganugerahan pingat Datuk Setia Diraja Kedah pada 20 Januari 2008. Para hadirin sekalian, Kerajaan amat menitikberatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensiagensi kerajaan dan mengarahkan sistem berkaitan dikaji dari semasa ke semasa dengan membuat penambahbaikan. Sehubungan dengan itu Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan

agensi-agensi

kerajaan

kearah

meningkatkan

sistem

penyampaian perkhidmatan. Lawatan Inspektorat oleh pihak MAMPU ke Kementerian telah diadakan pada 6 - 7 Ogos 2007. Keputusan lawatan telah diterima pada 18 Februari 2008 dimana Kementerian diberi penarafan sebanyak 3 bintang (Memuaskan) dari 5 bintang keseluruhannya (Cemerlang). Pihak Jabatan Audit Negara juga telah membuat penilaian terhadap pengurusan kewangan Kementerian yang dikenali sebagai Indeks Akauntabiliti. Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan September 2007 hingga Oktober 2007 telah memberi penarafan 2 bintang (Memuaskan) dari 4 bintang keseluruhannya (Sangat Baik). Kesimpulannya, prestasi Kementerian berada ditahap memuaskan sahaja. Banyak faktor yang menyebabkan penarafan bintang kita di tahap memuaskan dan secara umumnya faktor-faktor tersebut melibatkan manusia yakni kita semua. Di antara contoh-contoh yang dapat saya berikan pada pagi ini ialah berkaitan dengan keperluan tuan/puan semua mengikuti kursus sekurangkurangnya 7 hari dalam setahun. Rekod menunjukkan hanya 25% sahaja daripada tuan/puan yang menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun pada tahun 2007.

Saya memandang serius perkara ini dan untuk maksud tersebut saya telah meminta supaya penambahbaikan dibuat bagi mengatasi masalah tersebut. Di antara langkah yang sedang dibuat oleh BPSM ialah dengan memberi definisi latihan yang yang lebih luas yakni meliputi semua forum yang melibatkan peningkatan

ilmu

seperti

menghadiri

ceramah,

seminar,

bengkel,

dan

persidangan. Dalam hal ini Ketua Jabatan /Bahagian diminta untuk mengadakan pelbagai bentuk latihan secara `in-house’.

Ketua Jabatan/Bahagian juga

dikehendaki memberi pelepasan kepada pegawai dan kakitangan yang telah terpilih untuk mengikuti program latihan yang dikendalikan oleh BPSM. Ketua Jabatan/Bahagian juga perlu

bertanggungjawab untuk

memastikan pegawai/ kakitangan telah menghadiri kursus 7 hari setahun. Dengan beberapa penambahbaikan yang ada saya meminta tuan/ puan supaya mematuhi arahan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam . Untuk makluman para hadirin sekalian, pihak MAMPU dan Ketua Audit Negara akan datang sekali lagi untuk memastikan segala isu dan masalah yang dibangkitkan telah diberi perhatian sewajarnya. Adalah diharap prestasi Kementerian

dapat

dipertingkatkan

pada

tahun

ini

supaya

semua

pelanggan Kementerian berpuas hati. Apa yang

penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan

berganding bahu untuk mengangkat prestasi Kementerian ke arah lima bintang bagi tahun 2008. Bagi meningkatkan pengurusan kewangan Kementerian selaras dengan prinsip Zero Financial Mismanagement (ZFM), BADSA akan melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti di kesemua 100 PTJ Kementerian. Pengauditan ini juga adalah selaras dengan seruan kerajaan yang telah menyarankan supaya sistem pengukuran berdasarkan Star Rating diwujudkan bagi menilai prestasi pengurusan kewangan agensi kerajaan. BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas

14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pertengahan Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari. Para hadirin sekalian, Kementerian sedang mengumpulkan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tahun 2007 untuk dipertimbangkan kenaikan gaji dan Anugerah Khidmat Cemerlang. Mulai tahun 2008, Kementerian telah menyediakan borang Penilaian Kehadiran (BPK) yang menyenaraikan kehadiran pegawai dan kakitangan awam dalam Majlis Rasmi Kementerian. Borang tersebut perlu disahkan oleh pegawai masing-masing dan dikepilkan bersama-sama Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Rasional borang berkaitan digunapakai kerana Kementerian mendapati penyertaan pegawai dan kaitangan awam dalam majlis rasmi anjuran Kementerian adalah tidak memuaskan berbanding dengan penyertaan penuh daripada anggota tentera. Untuk makluman, Kementerian telah membahagikan Majlis Rasmi kepada 2 kategori : Kategori A :

Perasmian oleh Menteri/Isteri Menteri/

Timbalan

Menteri/KSU/Isteri KSU (1)

Perhimpunan Bulanan KEMENTAH

(2)

Majlis Pelancaran

(3)

Hari Keluarga

(4)

Majlis Serah Tugas/ Perpisahan Pegawai Atasan

(5)

Majlis Pelancaran

(6)

Masyuarat Tahunan KAKEP

(7)

Jamuan Hari Raya

(8)

Program PUSPANITA

Kategori B :

Peringkat Bahagian/ Jabatan/ Briged

(1)

Majlis Pelancaran

(2)

Hari Keluarga

(3)

Majlis Perpisahan

Semua pihak diminta memandang serius di atas perkara ini dan tidak menganggap perkara berkaitan sesuatu yang menyulitkan. Selain daripada itu, Jabatan/ Bahagian dikehendaki menubuhkan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang boleh menjadi forum untuk memberi idea yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan kerja Kementerian. Adalah diingatkan bahawa penyertaan secara aktif dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) juga akan diambilkira sebagai salah satu kriteria dalam Penilaian Prestasi pegawai dan perakuan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang. Para hadirin sekalian, Akaun Kementerian 2007 telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 101.7% (RM 9.5 billion) bagi bajet Mengurus. Meskipun peratusan perbelanjaan ini adalah sangat baik tetapi ianya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan emolumen manakala peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan tidak dibelanjakan dengan sepatutnya seperti yang telah dirancang dalam Perjanjian Program Tahunan. Peratus perbelanjaan bagi Bajet Pembangunan pula adalah sebanyak 85.7%. (RM4.08 billion). Peratusan yang kurang

memuaskan

pembangunan

yang

ini

menggambarkan

bertujuan

bahawa

menambahbaik

terdapat

keselesaan

projek-projek rakyat

tidak

dilaksanakan sepenuhnya. Oleh itu bagi tahun 2008 ini, semua warga

Kementerian yang terlibat dikehendaki menumpukan perhatian dalam merancang perbelanjaan supaya dapat dibelanjakan dengan berhemah dan berkesan. Para hadirin sekalian, Prestasi Pembayaran Bil bagi tempoh 1 – 15 Februari 2008 bagi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari adalah 99.43% bagi 55 PTJ Lembah Klang dan 97.29% bagi 45 PTJ Luar Lembah Klang. Keseluruhan Prestasi Pembayaran Bil Kementerian bagi 100 PTJ adalah sebanyak 99.02%. Meskipun prestasi pembayaran tersebut adalah baik tetapi hakikatnya masih terdapat banyak bil yang belum diambil tindakan pembayaran. Oleh yang demikian, saya meminta semua PTJ tidak menyimpan bil-bil yang telah diterima sebaliknya memproses

dengan

segera

sama

ada

membuat

pembayaran atau

mengatasi masalah yang timbul. Saya juga ingin mengingatkan PTJ yang masih mempunyai bil-bil tahun 2007 dan sebelum yang tidak sempat dibayar tetapi mempunyai baki peruntukan pada tahun perolehan dibuat segera memajukan Sijil AP 58 (a) ke Bahagian Akaun untuk kelulusan sebelum bayaran diuruskan. Tindakkan surcaj boleh diambil ke atas mana-mana pegawai atau kakitangan yang sengaja melewat-lewatkan bayaran. Para hadirin sekalian, Kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 9.8 billion

di

bawah bajet Mengurus bagi tahun 2008. Oleh itu, sekali lagi saya menggesa semua PTJ berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran berlaku dengan mematuhi peraturan kewangan sedia ada. Bagi Bajet Pembangunan pula, di bawah Rancangan Malaysia ke-9

Kementerian

Pertahanan

diperuntukkan

sebanyak

RM14.5

billion

bagi

melaksanakan projek infra dan perolehan kelengkapan. Jika diambil kira kos peruntukan projek yang disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi projek-projek perumahan (RM1.67 billion) dan projek-projek dilaksanakan menerusi DFI (RM1.2 billion), keseluruhan peruntukan yang terlibat dalam melaksanakan projek adalah sebanyak RM17.4 billion. Dengan jumlah peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini, wajarlah setiap pegawai dan kakitangan yang terlibat memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan semua program dan aktiviti yang telah diluluskan dan dipersetujui supaya menepati matlamat dan sasarannya. Pada hari ini saya ingin menekankan kepada usaha-usaha pemantauan pelaksanaan projek. Bagi tujuan tersebut, kita tidak dapat lari daripada pengemaskinian maklumat yang merupakan instrumen asas dalam mengesan status kemajuan projek. Dalam hal ini, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) merupakan sistem utama dalam mengesan dan memantau projek-projek di bawah RMK – 9. Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah sentiasa di kemas kini, dalam kata lain mencapai seratus peratus. Bagi memastikan setiap maklumat projek di dalam SPP II sentiasa dikemas kini, semua pengurus projek sama ada di Bahagian Pembangunan, Bahagian Perolehan, STRIDE, Depot Simpanan Pertahanan mahupun pegawai yang bertanggungjawab di bawah markas-markas ATM perlulah sentiasa menyemak status pengemaskinian projek di bawah kawalan masing-masing. Kegagalan mengemas kini dan memantau SPP II bukan sahaja menunjukkan berlakunya ketidakcekapan dalam pengurusan projek tetapi juga menjejaskan prestasi Kementerian. Kita harus sedar bahawa pihak agensi pusat seperti ICU dan EPU secara berkala akan mengeluarkan laporan mengenai status dan pelaksanaan projek di mana ia akan berdasarkan kepada maklumat yang terdapat dalam SPP II. Adalah diharapkan semua pegawai yang

terlibat dapat meningkatkan lagi usaha bagi tujuan pengemaskinian SPP II. Para hadirin sekalian, Kementerian amat prihatin terhadap masa depan warga Kementerian dan lanjutan dari itu semua Jabatan/Bahagian telah mengemukakan Cadangan Reorganization Jabatan/Bahagian masing-masing. Kertas cadangan berkaitan telahpun berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan ke JPA dalam tempoh terdekat. Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan, peluang kenaikan pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kaitangan terlibat. Para hadirin sekalian, Kementerian

Pertahanan

telah

dianugerahkan

sebagai

Agensi

Pelaksanaan GOE-EGDMS paling cemerlang bagi tahun 2007 kerana telah dapat mengekalkan tahap penggunaan melebihi 80% pada setiap bulan. Oleh itu, semua Bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut. Kementerian juga akan melaksanakan sistem Cuti Online mulai 1 Mac 2008 bagi pegawai-pegawai Gred 27 ke atas. Sistem ini menggantikan sistem manual yang meliputi proses permohonan sokongan dan kelulusan cuti. Untuk tujuan ini, semua pegawai terlibat hendaklah mengemaskini maklumat peribadi

masing-masing.

Pentadbir

Cuti

Bahagian/Jabatan

perlu

mengemaskini maklumat perkhidmatan pegawai-pegawai yang terlibat. Bagi memperluaskan penggunaan IT, segala maklumat berhubung aktivitiaktiviti KAKEP boleh diperolehi melalui Laman Web KAKEP. Ahli-ahli KAKEP yang mempunyai internet boleh mencapai laman web masing-masing melalui pautan Portal KEMENTAH.

Para hadirin sekalian, Bagi mencungkil bakal warga awam Kementerian, satu pertandingan merekacipta tali leher dan tudung korporat telah diadakan melalui Portal KEMENTAH, Laman Web KAKEP dan poster. Kementerian akan membuat pemilihan ke atas rekaan yang terbaik. Tuan/Puan sekelian Akhir kata seperti mana kita semua maklum, tidak lama lagi kita akan melalui Pilihanraya Umum Ke-12. Bagi saya pilihanraya ini cukup penting buat kita semua. Ini kerana penubuhan kerajaan baru nanti adalah berdasarkan pemilihan kita semua. Dalam hal ini kita memerlukan satu kerajaan yang kuat dan berwawasan untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran ke arah menjadi Negara Maju pada tahun 2020. Oleh itu saya berharap semua kita dapat menunaikan tanggong jawab kita dengan keluar mengundi dan buatlah pengundian dengan bijak. Sekian,

Wabillahitaufik,

wabarakatuh.

1.0 ANALISIS BAHAN

walhidayah.

Assalamualaikum

warahmatullahi

1.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM

TEKS

UCAPAN Y. B DATO’ KETUA SETIAUSAHASEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008

Suku kata Praakhir

Suku Kata Akhir

Perkataan

Tertutup a

a

1.

Saya,dasar,para, awam,adalah

a

I

Majlis,baik,gaji,

a

U

Rasmi Makluman

e pepet

a

Selamat,telah,kepada,

i

meminta,serah Memberi,seperti,

e pepet

u

pegawai,mengikuti,penting Ketua,bentuk,perlu,

e taling

a

seruan,seluruh,penuh Ceramah,secara,sengaja

e taling

e taling

Bengkel,tentera

e taling

o

Sektor,rekod

Suku Kata Akhir

Perkataan

Tertutup a

Kita,hingga,bintang,

2. 3. 4. e pepet 5. 6. 7. 8. 9. Suku kata Praakhir i 10

lima,giat,tidak,pihak

. 11

i

i

Ini,ingin,tinggi

. 12

i

u

Aktiviti Isu

. 13

o

a

Program,boring,anggota

. 14

o

e taling

Oleh,proses,projek

. 15

o

o

Sokongan

. 16

u

a

Juga,supaya,bulan

. 17

u

i

Mulia

. 18

u

u

Untuk,hujung,mutu

.

1.2 KESALAHAN UMUM TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM TEKS UCAPAN Y.B DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008 Kesalahan: 1.

Sehubungan dengan itu Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggedkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi kerajaan,kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Setelah dibetulkan: Sehubungan dengan itu, Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi

menggredkan

tahap

prestasi

kecemerlangan

agensi-agensi

kerajaan,kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

2.

Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan,peluang kenaikan pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kaitangan terlibat. Setelah dibetulkan: Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan,peluang kenaikan pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kakitangan terlibat.

3.

Oleh itu,semua Bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut. Setelah dibetulkan: Oleh itu,semua bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut.

4.

Sehubungan dengan itu, Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi

menggredkan

tahap

prestasi

kecemerlangan

agensi-agensi

kerajaan,kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Setelah dibetulkan: Sehubungan dengan itu, Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi

menggredkan

tahap

prestasi

kecemerlangan

agensi-agensi

kerajaan,ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. 5.

Akuan Kementerian 2007,telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 101.7 % (RM 9.5 billion) bagi bajet Mengurus.

Setelah dibetulkan: Akuan Kementerian 2007,telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 101.7 % (RM 9.5 billion) bagi bajet mengurus. 6.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang dihoskan oleh Bahagian Akaun. Setelah dibetulkan: Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul pada pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang diacarakan oleh Bahagian Akaun.

7.

Adalah diharap prestasi Kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun ini supaya semua pelanggan Kementerian berpuas hati. Setelah dibetulkan: Adalah diharap prestasi kementerian dapat dipertingkatkan pada

tahun

ini supaya semua pelanggan kementerian berpuas hati. 8.

Apa yang

penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan

berganding bahu untuk mengangkat prestasi Kementerian ke arah lima bintang bagi tahun 2008. Setelah dibetulkan:

Apa yang

penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan

berganding bahu untuk meningkatkan prestasi Kementerian ke arah lima bintang bagi tahun 2008. 9.

BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas 14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pertengahan Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari. Setelah dibetulkan: BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas 14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pada pertengahan Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari.

10.

Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah sentiasa di kemas kini, dalam kata lain mencapai seratus peratus. Setelah dibetulkan: Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah sentiasa di kemas kini, dalam kata lain mencapai tahap seratus peratus.

1.3 PERKATAAN PINJAMAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS UCAPAN Y.B DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008 KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS

PERKATAAN Sektor, Prestasi Serius, Indeks Sistem Rasional Kriteria Bajet Surcaj Komitmen

BAHASA ARAB

Status Hakikat Hakikat

Bahan Kedua : Ucapan Kementerian : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan UCAPAN SETIAUSAHA TETAP KPIM SEMPENA PERHIMPUNAN PEGAWAI KPIM, JABATAN DAN AGENSI. Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri, Pengerusi-Pengerusi Agensi, Pengarah-Pengarah Jabatan, Pengurus Besar-Pengurus Besar Agensi, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Terlebih dahulu saya juga untuk mengalualukan kehadiran semua pegawai dan kakitangan yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke perhimpunan pada pagi yang mulia ini. Selamat pagi dan salam sajehtera.

Sebelum kita mendengar amanat YB. Menteri Pertanian dan Industri Makanan , izinkan saya untuk menyampaikan sedikit ucapan. Rasanya belum terlambat rasanya untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada saudara-saudara kita dari kaum Cina yang merayakannya. Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu saya telahpun banyak menyentuh perkara-perkara pentadbiran yang menyentuh tentang disiplin dan etika pentadbiran kakitangan. Diantara perkara yang telah saya sentuh ialah kelewatan datang kerja, soal-soal integriti, membazir, tidak cekap, tidak memahami matlamat jabatan, menggunakan pejabat untuk kepentingan peribadi, menjalankan perniagaan pada waktu pejabat, menconteng tandas dan lift dan sebagainya. Saya tidak ingin mengulangi atau menyentuh perkara ini kerana sebagai makhluk dewasa dan berpendidikan maka cukup sekali sahaja perkara seperti itu disentuh sebagai peringatan demi untuk kebaikan bersama. Pada kali ini saya ingin menyentuh perkara-perkara yang lebih serius atau perkara yang lebih tertumpu kepada kelangsungan organisasi keseluruhannya. Untuk makluman tuan/puan,

perkara

seperti

kelemahan

organisasi

melaksanakan

sistem

penyampaiannya (delivery system) bukanlah merupakan perkara baru. Ia telah menjadi satu isu perbincangan yang mendapat perhatian khusus samaada daripada media massa, rakyat keseluruhannya malah juga dikalangan para pelaksana dan penggubal dasar itu sendiri, iaitu dikalangan para eksekutif, ahli ahli dewan rakyat dan negara serta juga dari ahli-ahli jemaah kabinet. Rata-rata ulasan atau teguran lebih tertumpu kepada para pelaksana dan penyampai (Jabatan/Agensi) yang dilabel sebagai tidak efektif dan juga tidak komited dalam menyampaikan program kerajaan. Disebabkan tomahan yang kolektif ini maka saya merasakan bahawa setiap Jabatan/ Agensi, termasuklah Kementerian sendiri membuat satu perubahan atau penyusunan Pentadbiran yang sediaada. Di pihak Kementerian sendiri, penyusunan semula struktur organisasi yang sediaada akan dilakukan kearah struktur yang lebih functional. Kita di Kementerian berharap apabila penyusunan ini selesai maka kita semua akan bersikap lebih responsif dan cekap dalam usaha mengatasi karenah

birokrasi dan berfungsi dengan lebih lancar dengan tidak mengecewakan kumpulan sasaran atau pelanggan kita kerana sistem penyampaian adalah merupakan teras utama perkhidmatan awam. Delivery system yang cemerlang akan hanya dapat dilakukan apabila ianya diwujudkan berasaskan kepada intergriti, kepercayaan dan gandingan mantap melalui kerja berpasukan (team work). Sehubungan dengan ini, Kementerian akan memperkasakan bahagian pemantauan dan penilaian program. Dan diharapkan juga agar Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian akan mengikuti langkah ini melalui penyusunan semula fungsi dan mengunapakai kesemua sumber manusia ketahap optimum kerana kekurangan sumber manusia terutamanya dibahagian teknikal yang kritikal telah menjadi salah satu daripada penghalang kepada sistem penyampaian yang berkesan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh keen gganan pihak bertanggungjawab melantik anggota baru apabila anggota meninggalkan perkhidmatan kerana persaraan dsb. Saranan untuk memperkasakan sistem pemantau dan penilaian impak projek perlu dipatuhi agar sistem pemantauan dan pengesanan projek/program ini dilakukan ditiga peringkat (3 tiers supervision) dapat dilaksanakan. Peringkat pertama diperingkat daerah, peringkat kedua diperingkat pusat jabatan/agensi pelaksana dan peringkat ketiga diperingkat kementerian. Pada masa yang sama juga setiap Jabatan/Agensi perlu meningkatkan usaha untuk mengenalpasti, menilai dan mengkaji amalan-amalan semasa yang mungkin telah lapuk dengan melakukan penambahbaikan terhadap sistem dan prosidur kerja bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan Kementerian. Semasa mesyuarat post-mortem pelaksanaan projek tahun 2006 baru-baru ini, bebarapa perkara telahpun dikenalpasti sebagai punca terhadap kegagalan pelaksanaan projek. Diantara puncanya ialah: •Kegagalan membuat perancangan projek/program secara teratur. •Tidak ada sistem pemantauan (monitoring) yang teratur. •Tidak ada penilaian projek/program. •Pengurusan kewangan yang tidak berapa teratur.

•Berlaku tadbir urus projek yang tidak berasaskan kepada integriti dan akauntabiliti. Perancangan projek/program yang teratur adalah merupakan proses awal yang amat penting dilaksanakan bagi menjamin agar suatu projek atau program itu betul-betul dapat dinikmati oleh kumpulan sasaran. Pemilihan sesuatu program/projek itu juga amat penting dimana mengikut kelazimannya keputusan dibuat berdasarkan kepada analisis kemungkinan atau mengikut analisis kos faedah (cost benefit analysis). Keputusan yang dibuat berdasarkan analisis akan mempastikan projek atau program tersebut akan berdaya maju dan memberikan manfaat yang maksimum kepada kumpulan sasaran. Pemantauan mengikut terminologi bahasa dapat ditafsirkan sebagai tinjauan terhadap kemajuan program/projek secara sistematik agar ianya dapat disiapkan atau dilaksanakan mengikut jadual. Melalui pemantauan juga sebarang permasalahan dapat dikesan diperingkat awal dan dengan itu usaha bagi mengatasinya dapat dilakukan. Jika pemantauan dapat dilaksanakan diperingkat Kementerian, Jabatan atau Agensi secara teratur maka projek-projek atau program-program dalam RMK9 dapat dilaksanakan dengan teratur, mengikut jadual dan juga dengan jayanya. Disamping itu juga pelaksanaan projek/program dapat dikaji dari semasa ke semasa dan jika perlu penambahbaikan boleh dilakukan tanpa membabitkan kos yang besar. Oleh itu saya amat berharap agar Jabatan/Agensi di Kementerian ini dapat mengadakan satu sistem pemantauan yang sistematik sepertimana yang telahpun dilaksanakan melalui Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) yang telahpun dikuatkuasakan diperingkat Persekutuan. Sistem pemantauan teratur berupaya menjayakan projek dengan teratur sebaliknya jika tidak ada pemantauan, walau sebaik mana perancangan atau keputusan dibuat ianya tidak akan bermakna. Satu lagi komponen penting dalam pelaksanaan suatu projek/program pembangunan ialah penilaian outcome atau impak projek sebagai satu alat pengurusan pembangunan. Melalui penilaian kita akan dapat mengetahui samaada projek tersebut telah dapat mencapai matlamat yang ditetapkan atau

telah dapat mendatangkan faedah kepada kumpulan sasaran. Mengikut keadaan semasa kaedah ukuran prestasi terhadap impak projek yang biasa digunakan ialah KPI (Key Performance Indicator) dan Target Outcomes. Menyentuh tentang pengurusan kewangan, saya tidaklah berhasrat untuk menghuraikan perkara ini kerana ianya terletak luar daripada bidang kuasa Kementerian. Pihak Kita Cuma dapat menghantar permohonan untuk mempercepatkan pengeluaran suatu peruntukan. Malangnya apa yang berlaku adalah kerapnya berlaku pengeluaran peruntukan

diakhir

tempoh

suatu

suatu

tahun

kewangan.

Akibatnya

program/projek yang dilancarkan akan dilaksanakan secara terburu-buru dan yang lebih malang peruntukan ditarik balik akibat kesuntukan masa. Dalam soal lain, seorang penjawat awam sering diberikan penekanan agar mengamalkan suatu pendekatan berintegriti, akauntabliti, telus dan adil. Empat prinsip ini jika dijadikan pegangan dikalangan segenap lapisan penjawat awam yang melaksanakan projek/program maka matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah maju menjelang tahun 2015 akan menjadi kenyataan. Integriti ini juga hendaklah dipupuk disetiap lapisan kakitangan tanpa mengira jawatan dan kedudukan mereka dipejabat supaya setiap mereka akan akan mempunyai keluhuran, disiplin dan kewibawaan yang tinggi. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan ucapan saya kerana selepas ini kita akan sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan sendiri oleh YB.Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Sekian dan terima kasih.

2.0 ANALISIS BAHAN 2.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM UCAPAN SETIAUSAHA TETAP KPIM SEMPENA PERHIMPUNAN PEGAWAI KPIM, JABATAN DAN AGENSI. Suku Kata

Suku Kata

Praakhir

Akhir

1. 2. 3. 4.

a i a u

Tertutup i a u a

5.

i

u

Perkataan

dari,pagi kita,etika,tidak baru,lalu,saudara,lapuk juga,ucapan,menggunakan,mengulangi, bukanlah,penggubal serius,isu

6. 7. 8. 9.

u e(taling) o a

i o e(taling) a

Lebih,berfungsi tempoh oleh,projek,menconteng,proses makanan,saya,dapat,masa,pada,salam, amanat,rasa,dalam,banyak,matlamat, jabatan,rakyat,malah,para,sama,maka,

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

i u e(taling) o e(taling) o e(pepet) e(pepet) e(pepet)

i u

sasaran,awam,hanya,mantap,akan,agar,amat ini,izinkan,prinsip,tinggi,disiplin untuk,khusus,struktur,sehubungan,ukuran,

e(taling) o a a a

terburu-buru,dipupuk seperti,kelemahan,efektif permohonan sekali, perkara,bersama soal,anggota selamat,kehadiran,pegawai,kepada,cekap,

i u

dewasa,pelaksana lebih,sedikit semua,sentuh,semula

2.2 PENGEJAAN KATA PINJAMAN KATA PINJAMAN Bahasa Inggeris

PERKATAAN  functional  eksekutif  komited  responsif  delivery system  team work  optimum  tiers supervision  post-mortem  monitoring  intergriti  akauntibility  cost benefit analysis  terminology  key performance indicator  target outcomes  lift  outcome  serius

2.3 KESALAHAN UMUM TATABAHASA Kesalahan ayat :  terlebih dahulu saya juga untuk mengalu-alukan (salah) terlebih dahulu saya juga ingin mengalu-alukan (betul)  banyak menyentuh perkara-perkara pentadbiran (salah) banyak menyentuh perkara pentadbiran (betul)  saya sentuh ialah kelewatan datang kerja (salah) saya senruh adalah kelewatan datang kerja (betul)  sepertimana yang telahpun dilaksanakan (salah) seperti mana yang telah dilaksanakan (betul)  walau sebaik mana perancangan (salah) walaupun sebaik mana perancangan (betul)  projek tersebut telah dapat mencapai (salah) projek tersebut telah mencapai (betul)  atau telah dapat mendatangkan (salah) atau dapat mendatangkan (betul)  yang cemerlang akan hanya dapat (salah) yang cemerlang hanya akan dapat (betul)  tempoh suatu suatu tahun kewangan (salah) tempoh suatu tahun kewangan (betul)

Kesalahan tanda baca Tanda baca (,) :



Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu saya telahpun (salah) Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu,saya telahpun (betul)

Kesalahan ejaan

KESALAHAN mengalualukan diantara samaada dikalangan sediaada kearah karenah mengunapakai ketahap mempastikan sepertimana diakhir ditarik balik dipejabat

PEMBETULAN mengalu-alukan di antara sama ada di kalangan sedia ada ke arah kerenah menggunapakai ke tahap memastikan seperti mana di akhir di tarik balik di pejabat

Bahan : Kenyataan Akhbar Kementerian : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Mengikut data Penyiasatan Tenaga Buruh 2004 terdapat seramai 7.9 juta wanita berada dalam kumpulan umur bekerja (15-64 tahun). Daripada jumlah itu, seramai 3.73 juta berada dalam pasaran pekerjaan di mana seramai 1.08 juta adalah terdiri daripada wanita yang berkahwin dan bekerja di sektor swasta. Mereka ini memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial negara. Oleh itu, keperluan dan kebajikan mereka perlu diberi perlindungan sewajarnya, termasuklah kemudahan cuti bersalin. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin terhadap isu cuti bersalin yang tidak seragam di kalangan pekerja wanita sektor swasta. Pekerja wanita yang bergaji melebihi RM1,500 sebulan tidak diberi cuti bersalin 60 hari oleh majikan sebagaimana mereka yang bergaji kurang daripada RM1,500. Mengikut definisi ‘pekerja’ di bawah Akta Kerja 1955, pekerja ialah mereka yang bergaji RM1,500 dan ke bawah serta pekerja manual tanpa

mengira gaji.Akta Kerja 1955 memperuntukkan pekerja wanita diberi cuti bersalin sekurang-kurangnya 60 hari. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi pekerja

seperti

dalam

Jadual

I

Akta

tersebut.

Kementerian ini berpendapat semua pekerja wanita berhak diberi cuti bersalin sekurang-kurangnya 60 hari tanpa mengira jumlah gaji yang diperolehi. Kementerian melihat perkara ini sebagai satu kelemahan berkaitan undangundang perburuhan yang perlu dikaji semula supaya tidak wujud diskriminasi terhadap mana-mana pekerja wanita di negara ini. Sudah sampai masanya isu ini ditangani dan kemudahan cuti bersalin diseragamkan supaya diskriminasi yang berasaskan gaji kepada pekerja wanita dihapuskan. Ini adalah juga selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamaan layanan undang-undang

kepada

semua

orang.

Kini semua pekerja wanita di sektor awam diperuntukkan cuti bersalin selama 60 hari tanpa mengira jumlah gaji. Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah Kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita. Suka juga saya menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkan ia merupakan tanggungjawab sosial kepada pekerjanya. Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan untuk memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik. Majikan harus sedar bahawa pekerja yang

sihat

menyumbang

kepada

peningkatan

produktiviti.

Pihak swasta juga diseru untuk mengamalkan konsep mesra keluarga di tempat kerja dan dalam peraturan kerja. Antara konsep mesra keluarga yang boleh diamalkan ialah bekerja dari rumah, perkongsian kerja (job sharing) dan waktu kerja

fleksibel.

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

3.0 ANALISIS BAHAN 3.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR

YB

DATO’

SRI

SHAHRIZAT

ABDUL

JALIL

MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Suku Kata Praakhir a

Suku Kata Akhir

Contoh Penggunaan

Tertutup a

Dalam,

data,

mana,

a a e pepet

i u a

amat Gaji, kahwin, kaji Satu, tahun, hapus Berhak, besar, kerja

e pepet e pepet e taling

i u a

Mesti, beri Perlu, semua Keluarga, mesra

e taling e taling

e taling o

Tempoh, sektor

i i

a i

Pihak, tidak Ini, diri

i o o

u a e taling

Ibu, isu, itu Orang Oleh ,boleh, konsep

o

o

Ekonomi

u

a

Jumlah,

juta,

u u

i u

kurang Cuti Untuk,

buruh,

rumah,,

wujud 3.2 KATA PINJAMAN YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Kata pinjaman yang terdapat dalam petikan tersebut kebanyakkannya berasal daripada bahasa Inggeris. Kata pinjaman Diskriminasi

Bahasa Inggeris Discrimination

Fleksibel

Flexible

Sektor

Sector

Sosial

Social

Manual

Manual

Produktiviti

Productivity

3.3 KESALAHAN TATABAHASA UMUM TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ucapan tersebut adalah :

umur,

(a) Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah Kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita. Pembetulan Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita. (b) Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan untuk memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik. Pembetulan Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik. (c) Suka juga saya menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkan ia merupakan tanggungjawab sosial kepada pekerjanya. Pembetulan Saya juga menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor swasta

supaya

turut

prihatin

terhadap

isu

ini

memandangkannya

tanggungjawab sosial kepada pekerja. (d) Peruntukan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta tersebut. Pembetulan

Peruntukkan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta tersebut.

RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat.

Kuala

Lumpur. Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul. 2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents