Kesihatan Asas Kesejahteraan

  • Uploaded by: Japar Yusup
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesihatan Asas Kesejahteraan as PDF for free.

More details

  • Words: 183
  • Pages: 2
KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN Manusia amat mementingkan kemewahan hidup. Tetapi, kemewahan bukanlah yang paling utama dalam kehidupan, sayugia, kita perlu sedar bahawa asas kebahagiaan bukan terletak pada kekayaan semata-mata, padahal kesihatan itulah yang lebih penting. Jika kita tidak sihat, maka amat sukar untuk menjalankan pelbagai aktiviti seharian. Oleh sebab itu, semua orang mesti mengutamakan kesihatan, malahan kesihatan badan merupakan satu keperluan. Kesihatan perlu dijaga sepanjang masa. Amat bertuah jika kita berjaya mengekalkan kesihatan kita sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, mustahil makhluk sentiasa sihat. Ada kalanya kita sihat

dan ada kalanya kita sakit. Oleh yang demikian, penjagaan pemakanan amat dititikberatkan walaupun kita sihat. Kita memerlukan karbohidrat, protein dan juga vitamin setiap hari sesuai dengan keperluan diet seharian. Selain itu, zat-zat lain perlu ada dalam pemakanan kita seperti vitamin A, B atau C yang sangat diperlukan oleh badan bagi mengekalkan keadaan tubuh badan yang seimbang. Tambahan pula, jika pengambilan zatzat ini kurang maka tubuh badan akan mengalami hilang daya ketahanan badan justeru kita akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Sehubungan itu, amalan pemakanan yang sihat, ditambah dengan gaya hidup yang sihat dapat menjamin kesihatan yang lebih baik.

Related Documents


More Documents from ""