Keselesaan Hidup Manusia..docx

  • Uploaded by: Noor Azizah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keselesaan Hidup Manusia..docx as PDF for free.

More details

  • Words: 382
  • Pages: 2
Anda diminta mencari maklumat tentang bagaimana cuaca dan iklim mempengaruhi 1. Keselesaan hidup manusia

Perubahan iklim ialah peningkatan dan penurunan unsur-unsur iklim seperti suhu dan hujan di permukaan bumi yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal dan faktor-faktor kemanusiaan. Iklim juga secara tidak langsung akan mempengaruhi aktiviti manusia dan keselesaan mereka. Seperti mana yang dapat dilihat, perubahan iklim berlaku dari faktor-faktor kegiatan manusia. Aktiviti dari manusia seperti penyahutanan, pembakaran secara terbuka, penggunaan karbon dioksida akan menyeababkan berlakunya perubahan iklim. Dan akan naik ke atmosfera dan menyebabkan berlakunya perubahan iklim. Hal ini kerana, kemusnahan hutan menyebabkan kerosakan ekosistem, terganggunya kitar tenaga, dan kitar nutrient yang membawa kepada gangguan keseimbangan oksigen.

Cuaca telah mempengaruhi keselesaan hidup manusia adalah ketika cuaca yang lembap sepanjang tahun membolehkan penduduk di Malaysia berkerja. Hal ini dapat dilihat oleh golongan petani yang mana mereka mudah menjalankan aktiviti bercucuk tanam, menyiram tanaman mereka serta memproses hasil yang ada. Keadaan cuaca yang baik memberikan kesan yang positif kepada para petani. Sekiranya berlaku kemarau pula, pekerjaan para petani akan mula merosot kerana mereka kekurangan sumber air untuk menyiram tanaman mereka dan tanaman mereka lebih terbuka kepada matahari yang terik.

Disamping itu, cuaca dan iklim yang baik juga mempengaruhi pekerjaan seperti nelayan. Yang dimana mereka dapat turun ke laut untuk menangkap hasil dan menjualnya di pasar dan untuk makanan seharian mereka. Terutamanya kepada penduduk luar bandar yang menyara hidup mereka dengan ke laut dan bercucuk tanam. Mereka memerlukan cuaca yang baik untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Bukan itu sahaja, cuaca yang lembap juga mempengaruhi keselesaan mereka. Hal ini dapat dilihat apabila cuaca lembap sahaja memudahkan masyarakat untuk pergi bekerja dan tidak tertangguh disebabkan cuaca tertentu. Sebagai contoh, pada tahun 2016 malaysia pernah menghadapi jerebu dan disebabkan itu pergerakan manusia tertangguh.

Selain itu, mempunyai cuaca yang baik juga akan mempengaruhi dari segi pemakaian mereka, Dapat dilihat di Malaysia, kerana cuaca dan iklim yang begitu sesuai untuk mengenakan pakaian yang tidak tebal dan bebas menggayakan pelbagai jenis pakaian. Pelancong juga datang ke Negara Malaysia menikmati cuaca yang tidak ada di Negara mereka.

Kesimpulannya dapat dilihat bagaimana cuaca dan iklim mempengaruhi keselasaan hidup manusia ialah menjalankan aktiviti harian, pakaian dan pekerjaan. Keadaan cuaca dan iklim sangat penting kepada manusia begitu juga dengan manusia, untuk mengurangkan berlakunya cuaca yang tidak diinginkan, hendaklah menitikberatkan tentang aktiviti yang menyebabkan atmosfera tercemar.

Related Documents

Hidup
May 2020 41
Hidup
November 2019 56
Hidup
May 2020 31

More Documents from "egahmulia"