Kesan Tamadun Islam Serta Kaitannya Dengan Tamadun India Dan Cina

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Tamadun Islam Serta Kaitannya Dengan Tamadun India Dan Cina as PDF for free.

More details

  • Words: 4,028
  • Pages: 14
22 MAC 2008

[TIA_OKED]

KESAN-KESAN TAMADUN ISLAM SERTA KAITANNYA DENGAN TAMADUN CHINA DAN TAMADUN INDIA Istilah Dunia Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah kira-kira 1.3 hingga 1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia. Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang cuma dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang Islam menonjol dalam politiknya. Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah". Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi Dunia Islam. Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai

pemangkin

kepada

Zaman

Pembaharuan

(bahasa

Inggeris:

Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Bangsa

Barat

khasnya

Eropah

telah

mengambil

inisiatif

besar

menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu. Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?). Satu lagi pembaharuan ialah kertas, asalnya rahsia yang dijaga ketat orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan kain linen berbanding kulit pokok mulberi. Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Makkah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan. Perkembangan tamadun Islam ini juga dapat dilihat dari segi kesenian islam itu sendiri. Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina. Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam. Dalam dunia sains Islam pula, perbezaan antara sikap ahli-ahli sains Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains. Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik serta kemajuan dalam bidang astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan astrolab). Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam Zaman Pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat). Perubatan

Islam

dikembangkan

berdasarkan

tradisi,

terutamanya

pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS). Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karyakarya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang sama, jika bukan lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS). Di dalam dunia Islam Zaman Pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai kakitangan-kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini.

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

Teknologi dan perindustrian Tamadun Islam amat maju sekali. Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu teknologi besi daripada India dan China. Salah satu perkembangan Tamadun Islam yang teragung ialah senibina Islam. Orang Moor memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun 785M dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan Afrika Utara. Masjid ini terkenal dengan gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra yang merupakan istana atau kubu Granada yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru, dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsiinskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya dilitupi oleh jubin-jubin berkaca. Masjid Qolsharif di Rusia disiapkan sekitar tahun 1000M. Ia masih lagi merupakan masjid yang terbesar di timur Eropah kini. Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun 847M menggabungkan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar di atasnya. Satu lagi subgaya yang tersendiri ialah seni bina Empayar Mughal di India pada abad ke-16. Menyepadukan unsur-unsur Islam dan Hindu, maharaja Akbar membina sebuah kota diraja di Fatehpur Sikri yang terletak 42 km (26 batu) di barat Agra pada akhir dekad 1500-an. Makam Taj Mahal pula dibina pada 1650an. Islam mula tiba di India pada kurun ke 7 Masihi. Perhubungan perdagangan antara Arab dan India berlaku melalui jalan laut dan darat. Jalan laut melalui Lautan Hindi dan Laut Merah, manakala jalan darat pula melalui Parsi. India dikenal sebagai Sind atau Hind dalam kalangan masyarakat Arab. Pada 636- 637M, tentera Islam cuba menawan Thana, namun ia gagal. Pada 634M, tentera Islam juga menyerang India dan berjaya menawan sebahagian

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

besar Lembah Hind. Pada Zaman Muawiyah bin Abu Sufian Islam telah berjaya menawan Kabul dan Lahore. Kejayaan seterusnya berlaku apabila Islam telah berjaya menembusi benteng pertahanan India. Pada 712 M, Muhammad bin al-Qasim telah menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan telah mendirikan sebuah masjid. Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan. Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti Puak Jat dan Med. Beliau membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang. Beliau turut menjaga dan menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk serta mengenakan jizyah terhadap penduduk bukan Islam dan beliau menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja jika mereka mematuhi pemerintahan Islam. Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi. Perkembangan Islam di India terbantut apabila Muhammad bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah. Punjab menjadi daerah Islam ketika Zaman Mahmud Ghaznawi. Penaklukan Punjab menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah. Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka. Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab. Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi. Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam. Namun, Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah. Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori, Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah. Kesultanan Delhi Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid di mana Delhi menjadi pusat pemerintahan. Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori). Beliau seorang yang tegas dan adil dan seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh). Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban. Pada waktu tersebut, beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat bertamadun. Alauddin Khilji merupakan pemerintah

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

terkenal Dinasti Khilji. Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain. Mengenai projek ini, baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara. Namun, atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan. Baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi. Atas nasihat itu, baginda mula mengharamkan penjualan minuman keras, mengawal

perkahwinan

antara

pembesar,

mengharamkan

perhimpunan

pembesar tanpa kebenaran Wazir dan memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar. Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir. Pemerintah Kerajaan Moghul seorang yang mengamalkan dasar liberal. Beliau mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama, menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa, semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak dan amalan perhambaan dihapuskan. Pentadbiran yang dijalankannya mendapat sokongan politik daripada semua rakyat. Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna. Mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin. Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor. Baginda berusaha segera menghapuskan pemberontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan. Baginda turut menetapkan bahawa:•

Bahasa Arab - bahasa agama.



Bahasa Turki - untuk bangsawan.



Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan.



Bahasa

lain

seperti

Urdu

(gabungan

Arab,

Parsi

dan

dipopularkan. •

Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.

Hindi)

22 MAC 2008

[TIA_OKED]



Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.



Undang-undang

digubal

bagi

membolehkan

orang

bukan

Islam

memasuki sekolah khas untuk orang Islam. •

Pendidikan wanita juga diberi perhatian.



Undang-undang perkahwinan juga diperkenalkan. Akbar menyatakan dari segi agama, semua rakyat bebas beragama,

agama bukan ukuran kedudukan. Baginda juga memperkenalkan agama baru iaitu Din Illahi (1581 M). Din Illahi ialah gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Agama ini melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India. Ciri-ciri yang terdapat pada agama ini antaranya ialah sebutkan AllahuAkbar dan Jalla Jalaluh ketika bertemu dengan rakan,mengadakan jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup, menahan diri memakan daging, tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung, tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur, tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu dan dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut atau bermegah diri. Usaha Akbar yang telah mempopularkan agama Din Illahi ini telah menjejaskan perkembangan Islam. Pada zaman Aurangze, baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam. Perubahan dari segi sosial berlaku di mana banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam akan dikenakan jizyah. Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting dan manakala dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan. Oleh itu, ramai yang telah mula mendekati Islam semula. Sejak dari berlakunya kemasukan Islam ke India, pengaruh Islam semakin berkembang dan berpengaruh terhadap Tamadun India. Tamadun Islam banyak telah mempengaruhi Tamadun India misalnya dari segi kesenian yang terdapat di India sekarang. Kita dapat lihat bahawa terdapatnya satu keajaiban dunia yang boleh kita ketahui dan saksikan di India hasil pengaruhnya dari perkembangan Tamadun Islam di India suatu masa

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

dahulu. Taj Mahal-Tugu Peringatan Cinta Mughal 1632-1654M merupakan binaan Islam yang termasyur di benua kecil India. Taj Mahal merupakan sebagai salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia yang terletak di Agra berhampiran dengan Delhi. Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan sebagai sebuah makam untuk isterinya Mumtaz Mahal. Bangunan yang dikenali sebagai perkara ajaib di dunia ini berbentuk simetri dan bersaiz besar. Pandangan luaran bangunan ini sentiasa berbeza bergantung pada cuaca dan waktu disebabkan sifat semulajadi, marmar putih makhana. Pada bangunan ini terdapatnya ayat Al-Quran iaitu tulisan dari Ayat Kursi di mana Ayat Kursi terukir dan tercatat melingkari bangunan tersebut. Kawasan di dalam Taj Mahal juga terdapat taman berlandskap yang meliputi dan menggambarkan seperti tentang alam syurgawi. Taman tersebut tampak seoalah-olah terawang di antara langit dan bumi. Ia merupakan keajaiban yang sangat menakjubkan di mana ia akan kekal bertahan sebagai monumen kiasan kepada cinta dan keindahan. Tamadun Islam juga melahirkan masyarakat yang hebat dan cekap dalam bidang pemburuan dan peperangan di India. Tentera yang mahir juga telah ramai dilahirkan hasil daripada perkembangan Tamadun Islam di India. Tamadun Islam yang berkembang di India juga telah berjaya membentuk satu kejayaan di mana terbentuknya empayar Mughal. Empayar Mughal pula telah berjaya dalam menakluki sebahagian besar benua kecil India disebabkan oleh kemahiran ketenteraan serta strategi politik yang bijak. Golongan Mongol ini terkenal dengan kemahiran menunggang kuda, menggunakan busar dan anak panah. Mereka gemar memburu haiwan dan binatang dengan menggunakan burung falko. Haiwan yang terlibat dalam aktiviti pemburuan biasanya diikatkan batu permata dan dihias seakan maharaja seperti mana burung falko itu. Pengaruh Tamadun Islam kepada Tamadun India juga adalah dengan adanya Zenana, iaitu tempat yang khusus dan khas sebagai tempat penempatan wanita. Wanita-wanita memakai purdah melambangkan adab menjaga dan memelihara aurat yang telah disyariatkan oleh Islam dan ia merupakan peringatan visual kepada orang lain. Kaum wanita pada masa itu mengikuti hierarki yang tegas. Mereka dijaga dan dipandang tinggi oleh orang lain. Dunia Zenana seperti juga istana yang menjadi tempat kaum lelaki dipenuhi perasaan

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

cemburu dan komplot kerana para isteri bertanding sesama sendiri untuk menjadi isteri kesayangan kepada suami mereka. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa Tamadun Islam telah mempengaruhi Tamadun India pada suatiu masa dulu. Negara China adalah di antara Negara yang mempunyai umat Islam yang teramai di dunia. Islam pernah melalui zaman gemilang dalam tamadun tersebut dan pernah juga melalui zaman kegelapan hasil daripada corak kepimpinan Negara tersebut yang mengamalkan dasar diskriminasi ke atas umat Islam. Sungguhpun begitu, umat Islam tidak terhapus di bumi China, malah bilangannya

semakin

bertambah

hari

ke

hari.

Bagi

mengembalikan

kegemilangan Islam di bumi China mungkin agak sukar, namun sekurangkurangnya masyarakat dunia mengetahui sumbangan Islam kepada peradaban China sangat besar dan ia tidak boleh dipadamkan daripada catatan sejarah. Agama Islam telah disebarkan ke China sejak abad ke-7 Masihi atau awal abad pertama Hijrah. (Jayaudin dan Ruziatul 1993:392). Namun demikian, hubungan China dengan Arab sudah terjalin sejak abad ke-4 Masihi iaitu sebelum kedatangan agama Islam. Hubungan ini berlaku dalam sektor perdagangan kerana para pedagang Arab belayar ke China melalui pelabuhanpelabuhan di India, Ceylon, Kepulauan Melayu terus ke Selatan China. Hubungan tersebut seterusnya berkembang pesat pada awal kurun ke-7 Masihi antara China, Parsi dan Arab. Pusat perdagangan ketika itu terletak di Siraf di kawasan Teluk Parsi yang menjadi tumpuan para pedagang dari China. Kerancakan hubungan ini berlaku dalam era pemerintahan Dinasti Tang dan direkodkan dalam Sejarah China. Amalan Islam yang ditunjukkan oleh masyarakat Hui-hui mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada pemerintah China seterusnya mendorong mereka membina penempatan di China. Sehubungan dengan penerimaan tersebut, agama Islam digelar sebagai Huijiao atau Qingzhenjiao yang bermaksud ‘agama yang tulen dan benar’ manakala penganut Islam digelar Hui-hui atau Muhammadans. Perkembangan Islam di China daripada aspek pertambahan bilangan penganutnya, bidang pendidikan, penguasaan wilayahnya turut membawa

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

perkembangan positif ke atas sumbangan masyarakatnya kepada peradaban China. Sumbangan tersebut dapat dilihat daripada pelbagai aspek, pentadbiran, cara hidup masyarakat, sains dan teknologi, bahasa, ketenteraan dan sebagainya. Sumbangan Islam di China boleh dilihat melalui hasil-hasil karya sastera yang bermutu. Karya-karya tersebut bukan sekadar menonjolkan keindahan bahasa semata-mata malah digunakan untuk meluahkan perasaan, kritikan dan memuji keindahan alam semula jadi. Perkembangan sastera China berlaku sejak 3000 tahun yang lalu dan berterusan hingga sekarang yang digiatkan oleh tokohtokoh falsafah mereka. Usaha mereka adalah memberi keindahan kepada bahasa China melalui karya-karya seperti Classic Of Songs atau Shih Ching yang mengandungi 305 buah lagu. Karya ini bertarikh abad ke-10 sehingga ke-7 SM. Wang Dai Zing adalah salah seorang tokoh sastera China yang mengharmonikan sastera China dengan nilai-nilai Islam. Antara karyanya yang terkenal bertajuk ‘Penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar (Islam) dan Pengajian Tinggi (Qing Zhen)’. Selain itu, Yusuf Ma Zhu pula aktif dalam menegakkan ajaran Islam agar selari dengan situasi masyarakat China. Salah satu daripada karya beliau yang penting ialah Arah Islam. Karya ini memuatkan fakta berkenaan sejarah, falsafah dan undang-undang Islam yang memberi penekanan pada Allah sebagai sumber asas pengetahuan. Dari segi pentadbiran pula, pada zaman Dinasti Yuan (1260-1368M), usaha orang-orang Mongol menjatuhkan kerajaan Sung Selatan telah disambut baik oleh orang Islam. Sokongan tersebut diberi ekoran daripada sejarah kawasan-kawasan tersebut yang asalnya adalah tanah jajahan kerajaan Abbasiyyah sebelum ditakluki kerajaan Sung. Rentetan daripada kejatuhan itu telah memberi peluang kepada orang-orang Islam untuk bergiat dalam politik, pentadbiran dan ketenteraan. Penglibatan orang-orang Islam dalam politik memberi peluang kepada mereka untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Mongol. Antara orang-orang Islam China memegang jawatan dalam pemerintahan kerajaan adalah Abdul Rahman yang dilantik menjadi Pengarah Kewangan Maharaja pada tahun 1244 Masihi. Beliau diberi kuasa untuk mengagihkan cukai yang

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

dikenakan ke atas rakyat China pada waktu itu. Selain itu, ramai orang Islam dilantik menjadi gabenor dan wakil-wakil gabenor dalam kerajaan. Ahli sejarah Iran bernama Rasyidudin Fadhullah mencatatkan dalam bukunya Jami’utTawarikh bahawa terdapat 8 daripada 12 orang pemerintah zaman Kublai Khan adalah penganut Islam (254-1294M). Ketika Baghdad ditawan Mongol, seorang Panglima Islam bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal telah menyerahkalah dan menjadi salah seorang Panglima Tentera pada zaman Dinasti Yuan. Kepercayaan yang diberikan kepadanya dimanfaatkan sebaiknya sehingga beliau kemudiaannya dilantik menjadi Gabenor Yunan setelah berjaya menghapuskan pemberontakan di situ. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga meninggal dunia. Era Mughal merupakan salah satu zaman yang paling menakjubkan dan bertenaga dalam sejarah Islam. Citarasa yang tinggi dan naungan Maharaja Mughal mendorong para seniman diraja yang bertugas di bengkel-bengkel istana untuk menghasilkan seni Islam yang amat halis dan mewah. Hasil-hasil seni ini menyampaikan kisah-kisah umum dan peribadi yang mengasyikkan dan menarik. Ia juga merupakan pengisytiharan kuasa kemegahan empayar Mughal di samping memperlihatkan penghormatan abadi kepada citarasa penaung mereka yang berestetika tinggi. Dari segi senibina interaksi Tamadun Islam-Tamadun China telah menyumbangkan kepada pembinaan beribu-ribu masjid dewan membaca alQuran. Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan juga China. Masjid berseni Arab kebanyakannya terdapat di Xinjiang (Sinkiang) sementara reka bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih dipengaruhi oleh kuil atau

istana

China.

Walaubagaimanapun

sejak

kompleks

untuk

tujuan

bersembahyang pintu masjid didapati menghala ke timur supaya sejajar dengan mihrab. Unsur-unsur China seperti pagoda pintu gerbang bebas, dewan sembahyang dan menara asfak yang dibentuk bulan kekal sebagai senibina masjid gaya tempatan. Masjid Xian (684M) merupakan contoh masjid tertua di China yang bersejarah dan masih bertahan sehingga kini. Senibina Islam di China membuktikan sintesis di antara keperluan fungsi, Islam serta senibina tempatan yang tersedia untuk kegunaan baru. Kompleks-

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

kompleks China telah dibina di sepanjang paksi Utara-Selatan. Keseniaan Islam di zaman Tamadun China juga dapat dilihat pada binaan seramiknya. Binaan seramik keluaran China seperti pinggan, mangkuk dan cawan mempunyai corak atau lukisan ataupun tulisan. Tulisannya adalah tulisan jawi yang dibentuk membentuk corak bunga, buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan. Seni yang terdapat pada binaan ini sangat unik yang menunjukkan keagungan Islam di Tamadun China. Sumbangan dalam bidang ketenteraan telah diberikan oleh masyarakat Islam sejak zaman Dinasti Sung lagi. Po Shou Keng merupakan seorang pedagang terkenal China yang telah berjaya meletakkan dirinya sebagai orang kepercayaan Maharaja China semasa hayatnya. Beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Keamanan di Fukien dan Pesuruhjaya Tinggi Polis Marin yang bertanggungjawab

mengawal

kegiatan

perdagangan.

Di

samping

itu,

sumbangan-sumbangan lain yang diberikan oleh umat Islam di China ialah: Mewujudkan sistem pentadbiran ketenteraan berasaskan Islam yang dilakukan oleh Ahnan Da, gabenor wilayah An-si. Kesannya, lebih 1.5 juta orang telah memeluk Islam. Pembuatan meriam untuk kegunaan tentera yang dicipta oleh 2 orang pedagang Arab Islam iaitu Alaudin al-Mufari dan Ismail al-Syami. Kedua-duanya berkemahiran menggunakan gun-powder untuk membantu tentera Mongol. Atas kepercayaan pemerintah China, Alaudin dilantik menjadi Wakil Tentera manakala Ismail pula dilantik menjadi Chief Supritentent atau Ketua Penyelia Kilang Meriam. Kepimpinan Wilayah dan Pentadbiran Tentera merupakan dua bidang yang turut diceburi oleh orang Islam. Nasruddin merupakan seorang gabenor Yunan pada zaman Dinasti Yuan. Beliau dilantik memegang jawatan tersebut kerana sumbangannya mengalahkan tentera Burma pimpinan Raja Narathihepate (254M-1287M) sewaktu menyerang Yunan. Fungsi Baitul Mal sebagai Pusat Perbendaharaan Negara turut berjalan dengan baik pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam di China. Fungsinya menyelenggarakan harta-harta umum di samping menjadi tempat menyimpan barangan berharga seperti wang, emas dan perak, batu permata dan barang perhiasan yang berharga. Pada zaman Dinasti Sung (960-1279M), para pedagang Cina perlu membayar cukai kastam sebanyak 30 peratus.

22 MAC 2008

[TIA_OKED]

Cukai yang dikenakan ini mengambil contoh bentuk cukai yang dikenakan oleh Umar al-Khattab ke atas para pedagang ketika itu. Sementara itu, untuk mengutip hasil perdagangan ini sebuah badan penyelenggara telah diwujudkan dengan nama Superintendercies Of Trading Ships. Antara tugas lain unit ini adalah mengumpul dan melaksanakan senarai cukai import-eksport barangan yang diniagakan. Kedatangan Islam ke China dan India membuktikan agama suci ini bersifat sejagat dan berjaya merentas benua. Penerimaan Islam oleh masyarakat China dan India juga menunjukkan kesesuaian ajarannya kepada mereka yang kemudiannya diasimilasikan supaya lebih sesuai dengan kehidupan tempatan mereka. Natijahnya, Islam dan umatnya berjaya membawa China dan India menjadi salah sebuah kuasa yang digeruni ketika zaman kegemilangannya. Berdasarkan konsep ketamadunan yang diperolehi dalam penggabungan Tamadun Islam di India dan di China, kami dapat mengenalpasti bahawa setiap tamadun telah mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini.

Related Documents