Tamadun Dan Kaitannya Dengan Kebudayaan Dan Kesenian

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Dan Kaitannya Dengan Kebudayaan Dan Kesenian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,047
  • Pages: 6
Sebelum saya menerangkan tentang kaitan perkembangan tamadun dan peradaban manusia dan kaitannya dengan kebudayaan dan kesenian terlebih dahulu saya ingin menerangkan definesi tamadun secara etimologi, pandangan barat dalam pendifinisan tamadun dan juga pengertian tamadun secara umum.

Dari sudut etimologi perkataan tamadun adalah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Menurut M.A.J Beg, tamadun adalah melambagkan pencapaian manusia didalam kehidupan seperti pembangunan kota dan seni bina, penciptaan skrip tulisan, kesenian, agama undangundang dan juga politik. Edward L. Farmer pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial, tradisi dan istitusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Arnold J. Toynbee, mentafsirkan tamadun sebagai satu pencapaian pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undangundang, kesenian, kesusanteraan, agama dan polotik.

Setelah meneliti semua pendifinisian-pendifinisian tersebut maka dapatlah saya simpulkan bahawa secara umum pergertian tamadun membawa konsep yang sangat luas dan kompleks kerana ia merujuk kepada pencapaiaan menyeluruh manusia dalam pembangunan pemikiran dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, kepimpinan dan undang-undang, agama, moral dan adat resam, kesusasteraan, sistem tulisan dan juga perbandaran.

1

Sejarah telah membuktikan akan kewujudan tamadun-tamadun besar yang masyur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani dan tamadun Islam. Kesan sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang ciri-ciri tamadun yang sebenar. Setiap tamadun yang masyur mempunyai kemahiran daya reka cipta bagi menyempurnakan lagi keselesaan hidup serta menyumbang kepada kemajuan teknologi. Setiap tamadun juga mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dalam sistem nilai serta moral yang berwibawa bagi mengatur perlakuan masyarakatnya dalam kegiatan kehidupan.

Sistem urbanisasi terancang juga merupakan ciri utama tamadun. Kewujudan penempatan masyarakat dari beberapa penempatan disatukan dan membentuk bandar dan kota. Setelah masyarakat tidak lagi hidup secara nomad atau berpindah randah dan mula hidup dalam satu kelompok masyarakat maka terhasillah sistem organisasi yang teratur seperti insitusi sosisl dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.

Budaya dan kesenian juga tidak lari dari menjadi salah satu ciri utama sesebuah tamadun. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghjayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estitika yang dimiliki oleh setiap tamadun membuktikan lagi penyataan ini. Untuk melengkapi jurang komunikasi bahasa maka lahirlah satu bahasa serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri bagi setiap tamadun. Kemajuan bahasa dan tulisan menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

2

Setelah memahami pengertian tamadun dan cicri-cirinya, kita telah mengetahui bahawa budaya dan kesenian tidak dapat dipisahkan dalam kewujudan sesuatu tamadun, malah kebudayaan dan kesenian telah dibuktikan adalah merupakan kompenan asas bagi pembentukan sesuatu tamadaun yang masyur dan terbilang. Dalam erti kata lain, tanpa budaya dan kesenian yang tinggi tidak mungkin sesuatu pencapaian hidup masyarakat dalam segala aspek kehidupan tanpa budaya dan kesenian akan dianggap sebagai tamadun yang terbilang.

Seterusnya untuk memahami lebih lanjut tentang kaitan tamadun dan peradaban manusia dengan budaya dan kesenian kita juga perlu memahami dengan jelas apakah itu konsep budaya. Menurut E.B. Tylor budaya adalah merujuk kepada perkembangan dan pencapaian ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam. Malinowsky mendifinisikan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Maka jelaslah bahawa budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan yang merangkumi aspek sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan agama atau kepercayaan. Secara umum cara/gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa adalah budaya. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia.

Apakah hubungkaitnya antara tamadun dan Kebudayaan dan kesenian? Saya akan cuba menerangkan dengan lebih ringkas dan mudah. Walaupun setiap tamadun mempinyai ciri-ciri peradaban manusia yang sama namun, kebudayaan dan kesenian yang lahir dari setiap cara dan gaya hidup sesebuah bangsa dalam setiap tamadun adalah berbeza.

3

Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti harian) yang melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu tamadun.

Mari kita cuba memahami perhubungan antara tamadun dan kebudayaan dan kesnian dengan melihat kepada tamadun dan budaya dan kesenian Melayu. Sebenarnya tamadun melayu dapat dilihat dari dua dimensi iaitu rumpun bangsa (kelompok Austronesia-Nusantara) dan kawasan atau wilayah (Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan kepulauan kecil yang lain). Namun saya akan cuba menerangkan dalam konsep dimensi kawasan dan wilayah. Ketamadunan Melayu adalah merupakan peradaban manusia yang sangat unik kerana budaya dan tamadun Melayu telah mencapai tahap kematangan akibat daripada adunan dan pengaruh berbagai-bagai tamadun dunia seperti India, Islam dan Barat hasil dari interaksi perdagangan, perkahwinan dan penjajahan. Tamadun melayu mempunyai sistem politik sejak zaman kesultanan Melaka, sistem ekonomi yang bersifat trdisional dan sara diri, kepercayaan primitif dan agama Hindu, Buddha dan Islam. Bahasa dan kesusasteraan (Peribahasa, pantun, syair) dan juga budaya dan kesenian yang lahir dari cara hidup masyarakat tamadun Melayu. Sebagai contohnya (dari aspek seni persembahan melayu) masyarakat melayu dapat diselami melalui keindahan hasil karya seni persembahan. 4

Kebanyakan lahir dari kepercayaan primatif seperti Mak yong. Melihat dari sudut cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang bertamadun mereka mempunyai sistem kepercayaan primatif yang mempercayai kepada benda ghaib, semangat, penunggu dan sebagainya yang boleh membawa kesan baik dan buruk kepada mereka. Mak yong asalnya merupakan ritual menyembah semagat dan roh. Walaupun kini aspek ritual dalam seni persembahan mak yong telah tiada namun nilai estitika yang terdapat pada mak yong bukan sahaja melambangkan falsafah budaya dan kesenian Melayu malah ianya mampu menjadi satu wakil kepada kesenian melayu yang serba lengkap kerana persembahanya merangkumi teknologi pembuatan pakaian yang sangat indah, kemahiran penggunaan alat muzik yang merdu, bahasa dan kesusasteraan yang halus yang terdapat pada setiap cerita, lagu dan lawak yang dipersembahkan. Kesimpulanya, sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. Masyarakatnya mampu berkembang daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui perkembangan sosial dan sains, masyarakat sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang mewakili ketemadunan mereka sendiri. Ketamaduan setiap kumpulan manusia atau masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat. “masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketemadunan mereka sendiri”

5

A.Aziz Deraman, 1994. Masyarakat dan Budaya Malaysia, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd., 2000.

Tamadu Islam Dan Tamadun Asia, 2001. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

6

Related Documents