Kesan Penjajahan Terhadap Pembinaan Negara Bangsa

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Penjajahan Terhadap Pembinaan Negara Bangsa as PDF for free.

More details

  • Words: 812
  • Pages: 3
NUR HIRADHA BINTI AZNI WONG CHEW LING SYENDEE UWIL AZEROY MUSTIN ASSIGNMENT 1 (PM) JUNE 2009 KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN FAKTOR UTAMA PENJAJAHAN Sebelum mencapai kemerdekaan, Negara kita telah dijajah oleh pelbagai kuasa dari luar. Bermacam-macam cara telah dilakukan demi untuk menguasai Negara kita pada masa dahulu. Salah satu faktor yang menyebabkan Negara kita dijajah adalah kerana kedudukannya yang stratergik. Syarikat Borneo Utara British (SHTI) memerlukan teh dari China. Sebagai tukaran, China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Barang-barang ini boleh didapati di Tanah Melayu. Oleh itu Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barang-barang tersebut kerana kedudukannya yang terletak di laluan antara pedagang timur dan barat. Kekayan hasil bumi Tanah Melayu juga telah menarik minat penjajah untuk menjajah Tanah Melayu. Kekayaan hasil bumi ini telah mendorong kuasa asing untuk menguasainya. Apabila berlaku Revolusi Prundustrian di England pada akhir kurun ke-18, British berhasrat untuk menguasai Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang yang kaya dengan bijih timah untuk keperluan kilang-kilangnya. Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan. Mereka merasakan negeri-negeri di Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah mesti dikuasai bagi mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka. Selain itu, kekeyaan ekonomi di Sarawak juga telah mendorong kepada penjajahan. Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak. Keluarga Brooke telah meneroka kekayan hasil hutan Sarawak seperti sarang burung, getah jelutung dan rotan. Di Sarawak juga terdapat tanaman tradisionalseperti kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia yang ditanam secara meluas untuk dieksport. Selain itu terdapat juga bahan galian yang berharga iaitu antimony dan emas. Antimoni ialah logam yang berharga di Sarawak. Antimoni yang dieksport antara tahun 1870 hingga 1916 bernilai hamper 2 juta dolar. Ini lebih mendorong lagi keluarga Brooke untuk menguasai Sarawak. Bukan hanya di Sarawak, malah kekayaan ekonomi di Sabah juga telah mendorong kepada penjajahan. Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat dan Sepanyol kerana kedudukannya yang stratergik serta kekayaan hasil buminya. Potensi ekonomi Sabah telah menarik minat perhatian pelabur-pelabur Barat dari

Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol. Matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan hasil tradisional Sabah seperti sarang burung, sagu, rotan, pokok lanut, trepa dan jiga sirip ikan yu. SBUB turut menguasai aktiviti pertanian, pembalakan dan perlombongan bagi mengaut kleuntungan. Sarang burung merupakan hasil eksport tradisional SBUB yang menguntungkan. Eksport sarang burung pada tahun 1926 bernilai sebanyak 125000 dolar. Pokok sagu dan rumbia merupakan antara tanaman tradisional di Sabah. Harga sagu mahal di pasaran dunia. SBUB menggalakkan rakyat mengusahakannya secara komersial. Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 bernilai sebanyak 93433 dolar. Ini boleh membuat keuntungan yang besar terhadap keluarga Brooke yang merupakan penjajah di Sabah pada masa tersebut. Walaubagaimanapun, penjajahan juga telah memberi kesan terhadap pembinaan Negara Bangsa. Bagi masyarakat melayu tradisional, negeri bermaksud kawasan. Contohnya, Negeri Larut, Negeri Bernam dan juga Negeri Kerian. Konsep bangsa pula merupakan sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah Negara. Penjajahan kuasa barat telah menyebabkan berlakunya perubahan pada konsep kerajaan dan negeri masyarakat melayu tradisional. Semasa penjajahan British, konsep kerajaan melayu telah terhapus dan digantikan dengan konsep Negara. British menganggap setiap kerajaan melayu sebagai negeri. Kesedaran tentang pembinaan Negara bangsa adalah disebabkan oleh British. Malayan Union diperkenelkan di Tanah Melayu sebagai satu persediaan kepada Tanah Melayu kea rah membentuk pemerintahan sendiri. Pengisytiharan Malayan Union telah mengantikan pentadbiran tentera British (BMA). Akan tetapi, kebanyakan orang melayu menentang Malayan Union kerana cara Sir Harold Macmichael mengugut raja-raja melayu bahawa mereka akan diturunkan takhta sekiranya tidak menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah. Oleh kerana penentangan yang hebat daripada rakyat tempatan, maka, Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan bagi mengantikan Perjanjian Malayan Union. Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi menggabungkan semua negeri melayu dalam sesebuah pentadbiran berpusat. Perjanjian ini juga membolehkan tiga kaum terbesar iaitu melayu, cina dan india juga mempunyai hak mutlak ke atas Tanah Melayu. Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan daripada British dan Tanah Melayu muncul sebagai sebuah Negara baru yang merdeka. Kesimpulannya, penyebab utama berlakunya penjajahanadalah kerana hasil alam yang terdapat di Negara ini. Kekayaan ini mendorong kuasa luar menjajah kerana hasil bumi ini mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran dunia dan harga barang-barang tersebut juga tinggi di pasaran dunia. Seperti yang kita tahu,

antimony di Sarawak yang dieksport pada tahun 1870 hingga 1916 bernilai hamper 2 juta dolar. Kerana inilah kuasa luar berusaha untuk menguasai Negara kita. Dalam masa yang sama, penjajahan ini turut menyumbang kepada pembinaan Negara dan bangsa di Negara kita. Apabila British menjajah Tanah Melayu, Malayan Union telah diperkenalkan. Malayan Union yang mendapat tentangan daripada penduduk tempatan telah digantikan denya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Setelah itu, ianya membawa kepada rundinya kemerdekaan yang diketuai olen Tun Hussein Onn dan seterusnya Tanah Melayu mencapai kemrdekaan. Ianya diteruskan lagim dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke Tanah Melayu, maka, pada 31 ogos 1963, terciptalah MALAYSIA.

Related Documents