Bab 4 Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 4 Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,982
  • Pages: 15
BAB 4 –PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA Soalan Objektif

1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan perkongsian kuasa. Apakah bukti wujudnya perkongsian kuasa tersebut? A. Pesuruhjaya Tinggi mendengar nasihat raja-raja Melayu. B. Kerakyatan diberi kepada kaum bukan Melayu. C. Wujudnya Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. D. Orang Melayu diambil berkhidmat dengan kerajaan. Jawapan : C Hal. 107 buku teks

2. Antara yang berikut, manakah ciri-ciri perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ? i. Penggabungan 11 buah negeri. ii. Ketua ialah Yang di-Pertuan Agong. iii. Konsep raja berperlembagaan diwujudkan. iv. Kedudukan istimewa orang Melayu dipelihara. A. I ,II, dan III

C. I, III, dan IV

B. I, II dan IV

D.II, III dan IV

Jawapan : C Hal. 107 buku teks

3. Selepas Perang Dunia Kedua, Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan mahkota British. Mengapakah berlakunya keadaan sedemikian? A. Sabah dan Sarawak ditadbir oleh British. B. Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan British. C. Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian wilayah British. D. Sabah dan Sarawak ditadbir oleh tentera British.

Jawapan : B Hal. 110 buku teks

* R.O CONNOR *DATO’ ONN JA’AFAR *RAJA KAMARULZAMAN RAJA MANSUR

4. Tokoh-tokoh di atas memainkan peranan penting dalam A . anggota Jawatankuasa Eksekutif menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. B . gerakan menentang Malayan Union. C. menentang prinsip yang terkandung dalam Malayan Union. D. Jawatankuasa perunding kemerdekaan. Jawapan : A Hal. 105 buku teks

5. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik pada 1945. Apakah saranan piagam tersebut ? A. Dasar penyatuan bangsa. B. Menggalakkan penjajahan. C. Latihan berkerajaan sendiri. D. Menggunakan amalan realpolitik.

Jawapan : C Hal. 104 buku teks

6. Apakah perubahan yang dilakukan oleh British setelah Malayan Union diperkenalkan? A. Raja-raja Melayu diberikan kuasa dalam pentadbiran. B. Pentadbiran negeri di bawah kuasa seorang residen. C. Pentadbiran tertakluk kepada gabenor di Singapura.

Jawapan : B

D. Pentadbiran terus kepada Parlimen British di London.

Hal.96. buku teks

7. Senarai di bawah berkaitan dengan tiga bentuk pentadbiran British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. • • •

Negeri-negeri Selat Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Mengapakah pentadbiran tersebut menimbulkan masalah kepada British? A. Penindasan kaum peribumi B. Peningkatan amalan rasuah C. Peningkatan kos pentadbiran D. Penguasaan pembesar tempatan Jawapan : C Hal. 96 .buku teks

8.Maklumat di bawah merujuk kepada ketua pentadbir Malayan Union. •

Gabenor Malayan Union

Pentadbiran pegawai British tersebut akan dibantu oleh i. Majlis Negeri ii. Majlis Tertinggi iii.Majlis Eksekutif iv.Majlis Undangan A. I dan II

C. II dan III

B. I dan IV

D. III dan IV

Jawapan : D Hal. 96. buku teks

9. Maklumat di bawah berkaitan dengan demontrasi orang Melayu. Tempat : Batu Pahat dan Johor Bahru Perkara: Orang Melayu telah keluar beramai-ramai Apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu mengadakan demontrasi di atas ? A. Membantah tindakan Sir MacMichael B. Menolak prinsip kerakyatan jus soli C. Menentang pembentukan Malayan Union D. Menentang pelantikan Sir Edward sebagai Gabenor Malayan Union. Jawapan : C Hal.99. buku teks

10. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai tindakan.Antara akhbar berikut yang manakah terlibat dalam menyuarakan bantahan tersebut secara berterusan? i. Utusan Melayu

iii. Majlis

ii. Warta Malaya

iv. Warta Negara

A. I, II dan III

C. I, III dan IV

B. I, II dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan : C Hal. 100. Buku teks

11. Pada 1-4 Mac 1946, Kongres Melayu telah diadakan. Tahun Mac 1946

Peristiwa Kongres Melayu

Di manakah Kongres ini berlangsung? A. Kuala Kangsar B. Carcosa Seri Negara C. Padang Pahlawan

Jawapan : D

D. Kelab Sultan Sulaiman

Hal. 101. Buku teks

12. Mengapakah British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu dalam pembentukan Tanah Melayu? A. Menuntut kemerdekaan kepada British B. Menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union C. Memiliki sikap politik yang agresif D. Mendapat sokongan daripada pegawai-pegawai British

Jawapan : B Hal 104. Buku teks

13. Perundingan Jawatankuasa Eksekutif mendapat tentangan orang dagang dan golongan radikal Melayu. Mengapakah mereka menentang rundingan tersebut? A. Menjejaskan kepentingan mereka di Tanah Melayu B. Perwakilan orang dagang tiada C. Kehilangan hak kerakyatan D. Melambatkan usaha menuntut kemerdekaan

Jawapan : B Hal. 105. Buku teks

14. Maklumat di bawah berkaitan dengan pembentukan kerajaan persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu, 1948 Konsep pentadbiran yang boleh dikaitkan dengan persekutuan tersebut ialah A. Pemusatan kuasa

C. Perkongsian kuasa

B. Pengasingan kuasa

D. Pengurangan kuasa

Jawapan : C Hal 107. Buku teks

15. Apakah kepentingan Malayan Union? A. Mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu B. Menghapuskan pembinaan Negara dan bangsa C. Mengekalkan orang tempatan di dalam pentadbiran D. Melicinkan pentadbiran British di Tanah Melayu

Jawapan : B Hal 95. Buku teks

Soalan Subjektif Selepas Perang Dunia Kedua, penduduk di Sarawak dan Sabah telah dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak.

1. Pernyataan di atas merujuk kepada perkembangan politik di Sarawak dan Sabah.

a. Kenapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British? (1 m) - Beliau terlalu tua dan uzur. - Pengganti beliau tidak dapat mentadbir dengan berkesan

Hal.110. Buku teks

b. Senaraikan dua buah pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.(2m) - Persatuan Melayu Sarawak

- Persatuan Dayak Sarawak

- Barisan Pemuda Sarawak

- Barisan Pemuda Melayu Sibu Hal. 110 Buku teks

c. Bagaimanakah penduduk Sarawak menentang penjajahan British?(2m) - Mengadakan demonstrasi

- Perletakan jawatan oleh kakitangan kerajaan

- Menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas - Menentang perisytiharan secara terbuka Hal. 110 Buku teks d. Apakah reaksi British untuk menghadapi tentangan penduduk di Sarawak? (2m) - Menghukum gantung Rosli Dhobi

- Mengeluarkan surat pekeliling Bil.9

e. Mengapakah kebangkitan kesedaran politik di Sabah selepas Perang Dunia Kedua agak perlahan berbanding dengan negeri-negeri lain? (3m) - Berlaku pepecahan dalam kalangan pemimpin pertubuhan - Perjuangan pertubuhan yang tidak berkesan - Persatuan sosioekoomi yang bersifat sedehana Hal. 110 dan 111.buku teks

2.

Taraf kewarganegaraan melalui prinsip jus soli telah mewujudkan penentangan terhadap Perjanjian Malayan Union 1946.

a. Terangkan maksud kerakyatan mengikut prinsip jus soli. (1m) - pemberian kerakyatan yang merujuk kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura. Hal 96. Buku teks

b. Berikan tiga tujuan malayan Union diperkenalkan oleh British. - persediaan kepada Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri. - melicinkan dan menjimatkan kos pentadbiran melalui penyatuan pentadbiran - membentuk sebuah bangsa Malayan Union - menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi di Tanah Melayu [pilih mana-mana satu] Hal. 95. Buku teks

c. Mengapakah orang Melayu menentang Malyan Union? Berikan tiga sebab. -kedudukan sultan tergugat - pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang. - bimbang kehilangan warisan tamadun yang dibina oleh kerajaan Melayu Hal. 99 Buku teks d. Berikan tiga langkah yang diambil oleh orang Melayu dalam menyampaikan bantahannya terhadap pembentukan Malayan Union. -menyuarakan bantahan melalui akhbar

- mengadakan demonstrasi dan rapat umum - menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London - mengadakan Kongres Melayu membincangkan penentangan [pi li mana-mana satu] Hal. 100 dan 101 buku teks

3.

British membubarkan Malayan Union dan memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

a. Apakah faktor utama yang membawa perubahan pentadbiran di atas? -

Ketegangan orang Melayu membantah Malayan Union

-

Sikap politik orang Melayu yang sederhana

-

Sokongan pegawai-pegawai tinggi British

-

Sokongan bekas pegawai-pegawai British

-

Gesaan Piagam Atlantik 1945

-

UMNO tidak menuntut kemerdekaan

-

Perpaduan orang melayu daripada semua golongan 103. Buku teks

Hal

b. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu yang manakah menunjukkan British menerima pertuanan Melayu? Nyatakan. -

Menerima raja-raja Melayu sebagai pemerintah negeri-negeri Melayu

-

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan 104 Buku teks

hal

c. Jelaskan peranan majlis-majlis berikut dalam Persekutuan Tanah Melayu. i.

Majlis Perundangan Persekutuan -berkuasa mengubal undang-undang Persekutuan

ii.

Majlis Kerja Persekutuan - sesebuah badan eksekutif yang menjalankan pentadbiran Hal 107 Buku teks

d. Orang dagang dan golongan radikal Melayu telah menubuhkan persatuan untuk menentang British dan UMNO. Apakah persatuan itu? -

AMCJA

-

PUTERA Hal 106 Buku Teks

SOALAN ESEI 1. (a) Pengenalan Malayan Union menimbulkan pelbagai reaksi daripada

penduuk tempatan. Bagaimanakah reaksi orang Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union? (8 markah) (b) Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh British untuk menggantikan Malayan Union. (6 markah) (c) Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan British menggantikannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan secara ringkas bentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (6 markah)

Hal 98-101 buku teks JAWAPAN (a) -

orang melayu bangun menentang Malayan Union (1m)

-

Kerana mereka akan kehilangan hak (1m)

-

Dan kedudukan istimewa sebagai kaum bumiputera (1m)

-

Orang melayu tidak bersetuju dengan tindakan British mahumemberikan hak dan kerakyatan yang sama kepada kaum imigran (1m)

-

Kerana tindakan ini akan menyebabkan jumlah orang Cina yang mendapat hak kewarganegaraan melebihi orang Melayu (1m)

-

Kemarahan orang Melayu memuncak apabila sultan-sultan Melayu kehilangan banyak kuasa (1m)

-

Baginda hanya memberikan kuasa dalam soal adat istiadat Melayu dan agama Islam (1m)

-

Tindakan MacMichael memaksa sultan-sultan Melayu supaya bersetuju dengan rancangan Malayan Union menambahkan lagi kemarahan orang –orang Melayu (1m)

-

Orang Melayu melancarkan mogok

-

Dan bersetuju menubuhkan satu pertubuhan iaitu UMNO pada 11 Mei 1946 (1m)

(b) -

british membubarkan Malayan Union (1m)

-

Dan memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 (1m)

-

Satu jawatankuasa kerja dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru (1m)

-

Dianggotai oleh 6 orang pegawai British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO (1m)

-

British membentuk jawatankuasa perundingan (1m)

-

Bagi mendapatkan kaum bukan Melayu mengenai ciri-ciri perlembagaan yang baru dibentuk (1m)

-

Melalui perlembagaan baru, kedudukan raja-raja Melayu dipulihkan dan syarat kerakyatan diketatkan (1m)

(c) -

singapura telah diasingkan daripada pentadbiran Tanah Melayu (1m)

-

Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai persekutuan (1m)

-

Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan telah ditubuhkan yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pengerusi (1m)

-

Majlis Perundangan Pesekutuan yang abru telah dilantik (1m)

-

Raja-raja Melayu telah diiktiraf sebagai ketua negeri dalam sisitem pemerintahan Raja Perlembagaan (1m)

-

Kerakyatan secara automatik (jus soli) kepada rakyat asing seperti dalam Perlembagaan Malayan Union dihapuskan (1m)

-

Hal ehwal pertahanan Tanah Melayu kekal menjadi tanggungjawab British (1m)

[MAKSIMUM 20 MARKAH]

2 . (a) Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Mengapakah rakyat Sarawak menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan beliau di atas? [10 markah] (b) Bagaimanakah pihak-pihak anti-penyerahan sarawak menunjukkan perasaan penentanagn mereka terhadap kerajaan British? [10 markah]

H alaman 110-112 buku teks Jawapan (a) -

Vyner Brooke membuat keputusan tentang penyerahan tanpa berunding dengan pemimpin tempatan (1m)

-

MacBrayan (setiausaha Vyner Brooke) menggunakan tipu muslihat (1m)

-

Bagi mendapatkan persetujuan mengambil alih sarawak (1m)

-

Tindakan ini ditentang oleh sebahagian besar rakyat Sarawak (1m)

-

Penyerahan tersebut telah bercanggah dengan perlembagaan 1941 (1m)

-

Menurut perlembagaan, kerajaan sendiri telah dijanjikan kepada Sarawak (1m)

-

Penyerahan ini akan menghalang kemerdekaan Sarawak dalam tempoh terdekat(1m)

-

Keputusan Majlis Negeri (1m)

-

Yang terdiri daripada ahli bukan bumiputera dan ahli pegawai-pegawai British membawa kepada penyerahan (1m)

(b) – penentangan pemimpin-pemimpin dalam Majlis Negeri tetapi gagal (1m) -penentangan secara terbuka (1m) - penentangan dibuat oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak SIbu , Persatuan Dayak Sarawak (3m) - kaum ibu dalam PKMS juga menunjukkan penentangan secara demokrasi. (1m) - surat bantahan dihantar kepada kerajaan British (1m) - sebanayk 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan(1m) - membunuh Gabenor Sarawak semasa Sibu oleh Rosli Dhobi (1m)

3.(a) Terangkan tujuan penjajah British menubuhkan Malayan Union. (10 markah) (b) mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union ? (10 markah)

Jawapan (a) -

British menukarkan taraf dari negeri naungan manjadi negeri tanah jajahan (2m)

-

Mengawal dan menjaga pelaburan ekonomi dan kepentingan British (2m)

-

Menyatukan sistem pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu kecuali Singapura (2m)

-

Pemberian kewarganegaraan untukmewujudkan bangsa Malaya (2m)

-

Menjimatkan kos pentadbiran (2 m)

-

Mengawal kuasa politik orang Melayu (2m)

(b) - kedaulatan dan kuasa-kuasa sultan terancam (2m) - orang bukan Melayu akan diberikan kerakyatan secara jus soli (2m) - menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik kaum Melayu sebagai bumiputera (2m) - cara ugutan dan paksaan MacMichael mendapatakan tandatangan (2m) - maruah masyarakat tradisional Melayu tergugat kerana Gabenor berkuasa penuh (2m) - tidak memberikan masa yang secukupnya untuk raja-raja berbincang (2m)

(halaman 95-102 buku teks)

Related Documents