Kesan Pemberontakan Pkm

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Pemberontakan Pkm as PDF for free.

More details

  • Words: 1,029
  • Pages: 3
Kesan Pemberontakan PKM Pengenalan Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu, seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menghentikan kegiatan anti British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah mulai berusaha mencapai matlamatnya melalui perlembagaan. Usaha ini gagal dan menyebabkan PKM melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu sejak Jun 1948. Namun, usaha ini juga gagal. Pemberontakan PKM telah membawa kesan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu Kesan-kesan sosial

1.

2.

3.

4.

5.

6. 7.

8.

9.

Penubuhan kampung-kampung baru Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru. Pada 1954, terdapat 550 buah kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun 1964, terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660 ribu penduduk. Penduduk-penduduk kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami proses urbanisasi sehingga berkembang menjadi bandar-bandar. Syarat kewarganegaraan Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957, seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara Tanah Melayu. Perpecahan kaum Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Orang Melayu menganggap pemberontakan dan keganasan PKM merupakan percubaan orang Cina untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan yang majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM seolah-olah menggambarkan pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina. Penderitaan Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu. Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undang-undang Darurat menyebabkan ramai lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki. Usaha mengeratkan hubungan kaum Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yakni di kalangan penduduk Tanah Melayu Sistem perhubungan Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam tempoh pemberontakan mereka. Akta Pendaftaran 1948 Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM. Kesatuan sekerja Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi peluang memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat mengawal secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini. Guru Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guruguru ini dipengaruhi oleh fahaman serta ideology komunis.

Kesan-kesan Pendudukan Jepun Pengenalan Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira 70 hari ia berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu apabila Ketua Turus Tentera Berikat iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942. Sejak itu, Tanah Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan tetapi ia telah meninggalkan beberapa kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial

Sosial

Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah Melayu. Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya Kempeitai telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina. Ramai orang Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Tidakan orang Cina telah membawa kepada permulaan wujudnya masalah setinggan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan makanan terutamanya beras telah menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak membawa maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana kekurangan ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut. Layanan baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh Jepun untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Tindakan orang Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah lagi kemarahan orang Cina. Akibatnya selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara

Zaman pendudukan Jepun telah membawa dua kesan utama ke atas perkembangan institusi  Polis di Malaya:  a. Pendudukan Jepun telah menunjukkan bahawa penduduk­penduduk tempatan 

berupaya menjalankan tugas­tugas kepolisan tanpa pimpinan pegawai­pegawai  Inggeris. Sistem stratifikasi anggota­anggota polis berasaskan pemisahan di antara  pegawai asing dan pegawai tempatan tidak dapat diteruskan selepas tamatnya  pendudukan Jepun.  b. Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan 

konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu. Pada masa itu penduduk  kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples  Anti Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak komunis. Pasukan polis yang  memburu gerila­gerila itu kebanyakan terdiri daripada orang Melayu. Kesan langsung  dari keadaan ini tercetus selepas penyerahan tentera Jepun. Pihak British mengambil  masa lebih dari dua minggu untuk bertapak semula di Malaya. Dalam tempoh masa  peralihan ini pejuang­ pejuang gerila telah keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa 

di beberapa tempat. Mereka telah mengambil kesempatan ini untuk membalas  dendam.

Related Documents

Kesan
October 2019 31
Pkm
November 2019 49
Pkm
August 2019 74
Kesan Politik
May 2020 14