7
Bukti Rawatan Klinikal
Kajian Klinikal
5) Kesan urutan elektromagnet terhadap pergerakan sendi dan otot. 6)Kaitan kehadiran titik diagnosis bersamasama dengan penyakit.
Terdapat beberapa kajian perbandingan klinikal yang dijalankan menerusi kesakitan tulang belakang. Di antaranya adalah:1) Kaitan struktur elektromagnet seperti titik, gelang dan garis dengan penyakit. 2) Kaitan struktur elektromagnet dengan anatomi. 3)Kaitan struktur elektromagnet dengan pergerakan sendi. 4)Kesan urutan elektromagnet terhadap penyakit tulang belakang.
Borang Penilaian Borang penilaian seperti muka surat sebelah digunakan untuk mencatat informasi yang berkaitan dengan masalah tulang belakang. Segala rekod pesakit seperti data pesakit, jenis kesakitan, rekod perubatan, diagnosis, ubat-ubatan yang diambil dan penyakit berkaitan perlu dicatat untuk informasi penyakit. 105
Bukti Rawatan Klinikal
106
Bukti Rawatan Klinikal
KES 1
XL1 a
Rajah 7.2 Rajah 7.3
Pesakit lelaki berumur 37 tahun mengadu sakit pinggang di sebelah kiri. Sakitnya seperti menusuk tajam ke dalam. Pemeriksaan pergerakan menunjukkan pesakit sakit semasa awal pusingan pinggang ke kanan dan titik RM 6, RP 6 dan SM 1 sakit apabila dipicit (Rujuk Rajah 2.1 m/s 17). Daripada diagnosis pemeriksaan yang dibuat, struktur tulang dan sendi vertebra mungkin terlibat. Titik RP 6 mewakili vertebra lumbar L1.
Sekiranya pergerakan awal rotasi ke kanan sakit, ini menunjukkan tulang vertebra L1 berpusing ke arah bertentangan iaitu ke kiri. Oleh itu rawatan senaman rotasi ke kanan (Rajah 7.3) perlu dilakukan untuk membetulkan kembali kedudukan tulang vebtebra ini di samping anda juga boleh urut gelang no 14 (Rajah 7.2 (a)) dengan mengunakan teknik 3 sebanyak 10-15 kali.
107
Bukti Rawatan Klinikal
KES 2
b
•a
Rajah 7.4
Rajah 7.5
Pesakit perempuan berumur 49 tahun mengadu sakit di sebelah kanan atas pinggang. Keadaan sakitnya seperti sesuatu yang menusuk ke dalam pinggang. Pemeriksaan pergerakan dapat mengenal pasti terdapat limitasi pada gerakan awal membengkok ke hadapan dan rotasi ke kiri. Selain daripada ini terdapat juga titik RP 14 (Rajah 7.4 (a)) di sebelah kanan pinggang. Lanjutan daripada pemeriksaan ini, didapati titik RP 14 dan garis B5 RP mengalami hipopolariti (tidak aktif) dan
pesakit menghadapi masalah PID. Rawatan yang sesuai diberikan ialah terapi haba, urutan garis B5 RP (Rajah 7.4 (b)) dan senaman Cobra’s (Rajah 7.5). Selepas rawatan pertama dijalankan, tahap sakit telah kurang separuh. Kemudian pada hari ke 3 dan lawatan ke 2, pesakit memberitahu bahawa sakitnya telah banyak berkurangan dan dia mampu berjalan lebih jauh daripada biasa.
108
Bukti Rawatan Klinikal
KES 3
a
Rajah 7.7
Rajah 7.6
Pesakit lelaki berumur 42 tahun mengadu sakit di sebelah kiri bawah pinggang. Keadaan sakit berlaku semasa melurus pinggang daripada bengkok . Pemeriksaan pergerakan dapat mengenal pasti terdapat kesukaran pada gerakan melurus pinggang. Selain daripada itu garis B4 SM di sebelah kiri di bawah pinggang juga didapati sakit. Penelitian daripada pemeriksaan ini, pesakit didapati menghadapi masalah sendi sakroiliak
sebelah kiri yang telah naik ke atas. Maka rawatan yang diberikan ialah terapi haba, urutan garis B4 SM (Rajah 7.6 (a)) dan senaman regangan (Rajah 7.7). Selepas rawatan pertama tahap sakit telah kurang 50%. Kemudian pada hari ke 3 dan lawatan ke 2, pesakit memberitahu bahawa telah berkurangan kepada 90%. Dia mampu membengkok pinggang ke hadapan tanpa rasa sakit lagi.
109
Bukti Rawatan Klinikal
KES 4
b
a
Rajah 7.8
Rajah 7.9
Dalam pemerhatian saya, pesakit mengalami masalah vertebra C4 dan C5 tersasar ke belakang (Rujuk Rajah 4.2 m/s 44). Oleh itu sebagai permulaan rawatan, terapi ais boleh digunakan selama 15 minit kemudian seterusnya mengajar senaman ektensi (Rajah 7.9). Selain daripada itu juga disyorkan mengurut kedua-dua garis iaitu B7 SM (Rajah 7.8 (b)) dan B7 SP sebanyak 15 kali dengan menggunakan minyak.
Pesakit lelaki berumur 34 tahun, mengadu sakit di kawasan tengah leher pada 2 hari lepas. Sakitnya seperti menusuk tajam ke dalam leher dan lenguh-lenguh. Pemeriksaan pergerakan dapat mengenal pasti pesakit sakit semasa akhir menunduk kepala ke hadapana dan garis B7 SP (Rajah 7.8 (a)) sakit apabila ditekan.
110
Bukti Rawatan Klinikal
KES 5
a
•
RM 21
Rajah 7.10 Rajah 7.11
Pesakit lelaki berumur 42 tahun mengadu sakit di tepi sebelah kiri leher sejak semalam. Pemeriksaan dapat mengenal pasti pergerakan rotasi ke kanan bertambah sakit semasa akhir pergerakan dan juga sakit di titik RM 21 dan gelang no 19 (Rajah 7.10 (a)) sebelah kiri apabila ditekan.
Dalam pemerhatian saya pesakit mengalami masalah vertebra C4 dan C5 tersasar dan memusing ke kanan (Rujuk Rajah 4.2 m/s 44). Seperti biasa untuk peringkat fasa akut terapi ais adalah sesuai untuk mengurangkan sakit. Seterusnya pesakit diajar senaman seperti (Rajah 7.11). Akhir sekali urut di gelang no 19 (Rajah 7.10 (a)) dengan menggunakan minyak atau losen.
111
Bukti Rawatan Klinikal
KES 6
a
Rajah 7.13 Rajah 7.12
Sebagai permulaan rawatan untuk fasa kronik, terapi haba boleh diberikan selama 15 minit. Kemudian pesakit boleh diajar senaman rotasi ke kanan (Rajah 7.13). Selain daripada itu disarankan mengurut kedua-dua garis B7 RM di kiri dan kanan sebanyak 15 kali dengan menggunakan minyak atau losen.
Pesakit lelaki berumur 46 tahun mengadu sakit di leher sebelah kiri sejak 2 minggu lepas. Pemeriksaan pergerakan dapat mengenal pasti pesakit sakit semasa awal rotasi leher ke kanan dan garis B7 RM (Rajah 7.12 (a)) sakit apabila ditekan. Dalam pemerhatian saya pesakit mengalami masalah vertebra C5 dan C6 tersasar ke kiri (Rujuk Rajah 4.2 m/s 44).
112
Bukti Rawatan Klinikal
KES 7
a b
Rajah 7.15
Rajah 7.14
Dalam pemerhatian saya, pesakit mengalami masalah vertebra T4 dan T5 tersasar ke kiri (Rujuk Rajah 5.5 m/s 66). Jadi rawatan yang sesuai untuk pesakit ini adalah senaman regangan ke kanan (Rajah 7.15) dan urutan di gelang no 16 (Rajah 7.14 (b)). Rawatan ini boleh dijalankan sehingga sakit berkurangan.
Pesakit perempuan berumur 26 tahun, mengadu sakit di kawasan belikat kiri selama 1 minggu. Sakitnya seperti menusuk tajam ke dalam. Pemeriksaan pergerakan dapat mengenal pasti pesakit sakit semasa awal rotasi torasik ke kanan dan garis B3 RM (Rajah 7.14 (a)) sakit apabila ditekan.
113
Bukti Rawatan Klinikal
KES 8
c b a d
Rajah 7.16
Rajah 7.17
Pesakit lelaki berumur 34 tahun, mengadu sakit di kawasan torasik kanan selama satu minggu. Pemeriksaan pergerakan dapat mengenal pasti pesakit sakit semasa awal rotasi torasik ke kiri dan garis B6 RP(Rajah 7.16 (d)) sakit apabila ditekan.
Dalam pemerhatian saya pesakit mengalami masalah vertebra T3, T4 dan T5 tersasar ke kanan (Rujuk Rajah 5.5 m/s 66). Jadi rawatan yang sesuai untuk pesakit ini adalah senaman regangan (Rajah 7.17) ke kiri dan urutan di gelang no 15 (Rajah 7.16 (a)), gelang no 16 (Rajah 7.16 (b)) dan gelang no 17 (Rajah 7.16 (c)). Rawatan ini boleh dijalankan sehingga sakit berkurangan.
114
Bukti Rawatan Klinikal
Tentang Penulis
Shamsul Azhar bin Mahmood @ Abd Hamid adalah pengasas dan pengarah SMT Manual Terapi. SMT Manual Terapi adalah pusat rawatan, latihan kajian elektromagnet, tulang belakang, kecederaan sukan dan organ khusus seperti organ dalaman. SMT Manual Terapi juga menerbit beberapa buah buku berkaitan dengan kajian yang dibuat. Buku ini berbentuk kesihatan yang menggunakan kaedah urutan, senaman dan rawatan fisioterapi. Beberapa buah buku keluaran SMT, sekarang ini telah dijual di koperasi universiti seluruh negara. Di samping menerbit buku, Pusat SMT Manual Terapi ada menyediakan latihan, bengkel dan ceramah untuk orang awam dan golongan professional seperti terapis sukan, doktor, ahli fisioterapis, kiropraktor, pengamal perubatan alternatif dan pelajar-pelajar yang meminati bidang manual terapi atau bidang urutan. Pada sesiapa yang meminati latihan dalam bidang ini boleh hubungi alamat di bawah:SMT Manual Terapi Tel: 0193808132 www.medicmassage.net
115