Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 556
  • Pages: 3
Dokumen Rasmi MPP SMKA Inanam Kertas Kerja Ke arah memperkasakan MPP SMKA Inanam tahun 2008 Pengenalan Badan Pengawas atau Majlis Pimpinan Pelajar(MPP) SMKA Inanam merupakan badan pelajar yang membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama dalam usaha mengurus, memantau, mendisiplin dan mentadbir pelajar demi mencapai visi dan misi sekolah. Setakat ini, Badan Pengawas atau MPP SMKA Inanam dapat menjayakan segala tugas yang diberikan dengan memuaskan. Ia telah menjadi contoh ikutan dalam beberapa aspek apabila sekolah-sekolah lain membuat lawatan penanda aras atau benchmarking. MPP SMKA Inanam mempunyai beberapa kelebihan yang ketara seperti: 1. Kekemasan berpakaian dan personaliti yang menarik. 2. Kebolehan mengelolakan majlis rasmi mengikut protokol yang betul 3. Keupayaan yang baik dalam persembahan multimedia dan ICT 4. Membantu sekolah dalam menjalankan urusan pengurusan dan pentadbiran pelajar. Namun begitu, badan pelajar ini belum mempunyai kertas konsep yang menggariskan perjalanan kerja dan perlaksanaan tugas pengawas atau MPP. Sehingga setakat hari ini, pengawas atau MPP hanya bertugas mengikut aturan terdahulu atau tradisi sepertimana yang telah dilakukan oleh pengawas atau MPP sebelum ini. Ini tidak bermaksud MPP sekolah ini agak statik dalam pengurusan dan pentadbirannya. Memang berlaku penambahbaikan dari setahun ke setahun, tetapi ia agak terhad, tidak tersusun dan bersifat ad-hoc atau mengikut keperluan semasa. Ini memerlukan satu perancangan semula untuk menyusun-atur semula pengurusan dan pentadbiran badan pengawas atau MPP ini. Ini perlu memandangkan badan ini memerlukan satu garis panduan yang lebih tersusun dan sesuai mengikut kehendak dan hala tuju baru sekolah ini. Matlamat Menambah-baik dan memperkasakan pengurusan dan pentadbiran serta individu MPP dengan menyediakan satu sistem kerja dalaman yang boleh digunapakai MPP semasa dan MPP masa depan.

Dokumen Rasmi MPP SMKA Inanam Objektif 1. 2. 3. 4.

Menyediakan Kertas Kerja Pengurusan MPP SMKA Inanam Menyediakan Fail Meja MPP SMKA Inanam Menyediakan semua borang dan dokumen berkaitan Menyediakan kertas konsep latihan kepimpinan dan kemahiran MPP

Visi Ke arah melahirkan MPP cemerlang menjelang akhir 2010 Misi 1. Menjenamakan semula MPP dalam segi penampilan, ketrampilan dan personaliti 2. Menjadikan MPP modal insan yang berminda kelas pertama dengan latihan atau kursus kepimpinan, kemahiran dan kursus-kursus lain yang berkaitan yang terarah sifatnya. 3. Menyediakan satu sistem kerja dalaman yang merangkumi semua dokumentasi berkaitan termasuk carta alir dan fail meja MPP. Perlaksanaan Untuk mencapai visi dan misi ini, perkara-perkara berikut akan dilaksanakan Bil

Perlaksanaan

Tarikh

1

Menyediakan kertas kerja bertajuk ’ Ke arah memperkasakan MPP SMKA Inanam.

Mei 2008

2

Menyediakan Fail Meja MPP dan perincian fail meja

Mei 2008

3

4

5

Menyediakan borang-borang dan dokumentasi yang akan digunakan oleh MPP dalam melaksanakan tugas mereka. Menyediakan contoh-contoh laporan rasmi, kertas kerja, kertas konsep dan dokumentasi lain yang diperlukan dalam memantapkan sistem dokumentasi dan fail MPP Menjalankan kaji selidik untuk untuk pemantapan individu dan organisasi MPP dari semasa ke semasa.

Jun 2008

Jun 2008 Sepanjang tahun

Dokumen Rasmi MPP SMKA Inanam 6

Melaksanakan tugas dan program sekolah, asrama dan MPP mengikut fail meja terkini

Jun

7

Melaksanakan program-program pemantapan diri dan organisasi MPP

Sepanjang tahun

Penutup Besarlah harapan kami agar kertas kerja ini dapat dilaksanakan dan disempurnakan supaya visi dan misinya dapat dicapai dengan baik. Ia penting dalam memperkasakan MPP, supaya badan pelajar ini dapat menyumbang tenaga dan kemahiran dalam mencapai visi dan misi sekolah. Disediakan oleh: .......................... (MATDIRIS ISMAIL) Guru Penasihat MPP SMKA Inanam

Disahkan oleh: ........................... (SHARIFULBAHRI RAHMAT) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA Inanam Diluluskan oleh: ...................... (IDRUS ABD RAHMAN) Pengetua SMKA Inanam

Related Documents