KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2019 1. PENDAHULUAN Program Transisi Pra sekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian Program Transisi Tahun 1 2019. 2. NAMA PROGRAM Program Transisi Tahun 1 Sekolah SK Bandar Tun Hussein Onn 2019. 3. OBJEKTIF 3.1 Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal. 3.2 Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1. 3.3 Mendedahkan murid-murid dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema. 3.4 Mengenalpasti murid yang memerlukan pengukuhan literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi. 4. MATLAMAT 4.1 Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat. 4.2 Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1. 4.3 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk gembira datang ke sekolah tanpa banyak masalah. 4.4 Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran literasi dan numerasi dikenalpasti. 5. SASARAN Program ini mensasarkan semua murid tahun 1 tahun 2019 dan juga guru-guru yang terlibat secara langsung dengan murid tahun satu. 6. TEMPAT Program ini akan diadakan di dalam kelas dan di sekitar kawasan sekolah. 7. TARIKH Program ini berjalan selama 3 minggu, bermula 2 Januari hingga 18 Januari 2019 .
8. KUTIPAN DARIPADA IBUBAPA PERKARA 1. Buku Transisi
KUANTITI RM 6.00 X 1
HARGA
2. Nametag sementara Nametag kekal
RM 1.00 x 1 RM 5.00 x 1
RM 1.00 RM 5.00
3. Buku Kerja Bahasa Inggeris
RM10.00 x 1
RM10.00
4. Nota Sains
RM8.00 X 1
RM8.00
5. Sumbangan keceriaan kelas
RM 10.00 x 1
RM 10.00
JUMLAH
RM40.00
RM 6.00
9. ALIRAN KERJA 9.1 9.2
Mesyuarat Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1. Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Penutupan Program Transisi.
10. JAWATANKUASA KERJA ( Lihat Lampiran) 11. PENUTUP Diharapkan program ini dapat memberi informasi dan dari semua pihak agar ianya berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektif yang dirancang.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
……………………………… (NOORAINI BT SAARI) Pen. Penyelaras Tahun 1 SK Bandar Tun Hussein Onn
…………………………… (ROHAIZA BT EMBONG) Penyelaras Tahun 1 SK Bandar Tun Hussein Onn
DILULUSKAN OLEH:
…………………………………… (PN.AZIMAH BT. IBRAHIM) Guru Besar, SK Bandar Tun Hussein Onn