INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA. KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM “MINGGU JUALAN BUKU TERPAKAI”
1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan dari Pengarah IPBA, untuk mengadakan program Minggu Jualan Buku Terpakai di IPBA. 1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos untuk mengadakan program ini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menanamkan semangat cinta terhadap ilmu. 2.2 Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar IPBA. 2.3 Memanfaatkan buku-buku yang tidak digunakan untuk dijual kepada pembaca yang lain. 2.4 Membuka minda pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan idea terhadap bahanbahan bacaan yang dijual. 2.5 Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan buku dengan harga lebih murah berbanding harga biasa.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM Maklumat tentang seminar ini adalah seperti berikut: Tajuk Program : Minggu Jualan Buku Terpakai. Tarikh Cadangan : 21-23 Julai 2008 Hari : Isnin - Rabu Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg Tempat Cadangan : Foyer IPBA 4.0 PENYERTAAN Program ini terbuka kepada semua pensyarah, pelajar dan staf IPBA.
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN 5.1 Program ini dijalankan oleh Exco Akademik serentak dengan Program Minggu Kesenian Islam dengan kerjasama Exco Kerohanian & Pembentukan Sahsiah. 5.2 Mengadakan perbincangan dengan salah satu pembekal buku terpakai di Amcorp Mall untuk mengadakan jualan buku tersebut. 5.3 Mengeluarkan notis bagi memberitahu pensyarah dan staf IPBA untuk membawa dan memberi buku terpakai yang ingin mereka jual kepada exco MPP yang berkenaan 5.4 Masa jualan dari jam 10.00 pg hingga 2.00 ptg adalah untuk jualan buku terpakai daripada pembekal luar. Manakala jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg adalah untuk jualan buku terpakai yang didapati daripada pelajar, pensyarah dan staf IPBA. 5.5 Harga bagi buku yang disumbangkan ditetapkan 50 – 70% daripada harga asal. 5.6 Bagi penjagaan gerai jualan buku, penjaga gerai tersebut terdiri daripada biro-biro bagi exco-exco yang terlibat. 5.7 Bagi buku-buku sumbangan yang tidak dapat dijual, akan diberi kepada perpustakaan IPBA untuk dijadikan koleksi tambahan. 6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA Struktur jawatankuasa bagi melaksanakan program ini adalah seperti dalam Lampiran 1. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan bagi perbelanjaan ini adalah seperti dalam Lampiran 2.
8.0 PENUTUP
Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan dan seterusnya kami dapat merealisasikan program ini dengan jayanya.
Disediakan oleh , ……………………….. (Taiebah Mohamad Sagir) Exco Akademik , MPP IPBA
Disokong oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.
Diluluskan oleh , ….…………………… (Dr. Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.
LAMPIRAN 1
Disemak oleh , ..……………………… (En Azizi b. Ahmad) Pensyarah Penasihat.
STRUKTUR JAWATANKUASA, PROGRAM HARI KECEMERLANGAN IPBA.
PENAUNG Dr. Mohd. Sofi b. Ali (Pengarah IPBA)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPBA. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPBA.
Ahli Jawatankuasa Exco Kerohanian & Pembentukan Sahsiah, MPP IPBA
LAMPIRAN 2
Ahli Jawatankuasa Exco Akademik, MPP IPBA.
Anggaran perbelanjaan untuk program Hari Kecemerlangan IPBA.
-
Perkara
Anggaran perbelanjaan
Makanan dan minuman penjaga gerai (Kuih & air mineral)
Seorang = RM4 10 orang = RM40 (sehari) 3 hari = 40 X 3 = RM 120
JUMLAH KESELURUHAN
RM120
Pengesahan anggaran perbelanjaan. Disediakan oleh , ……………………….. … (Taiebah Mohamad Sagir) Exco Akademik, MPP IPBA
Disemak oleh , ..…………………… (En. Azizi b. Ahmad) Pensyarah Penasihat Exco Akademik, MPP IPBA
Disokong oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA. Disahkan oleh,
…………………………… (Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah Ins. Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa.
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MINGGU JUALAN BUKU TERPAKAI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA