SK JERANTUT JAYA 27000 JERANTUT,PAHANG
KERTAS KERJA
PROJEK KECEMERLANGAN KELAB PUSAT SUMBER KERTAS KERJA & ASTRO UNTUK MELABEL PROJEK NAMA-NAMA POKOK TAMAN HERBA DI TAMAN HERBA (KHAS)DAN KAWASAN PROGRAMSEKOLAH 3K – KEBERSIHAN, 2007 KESIHATAN, KESELAMATAN
2009 Disediakan oleh : JAWATANKUASA TAMAN HERBA (KHAS)
SK JERANTUT JAYA 27000 JERANTUT,PAHANG
SK JERANTUT JAYA 27000 JERANTUT,PAHANG
PROJEK TAMAN HERBA (KHAS) PROGRAM 3K 1. PENGENALAN Projek menanam dan melabel nama nama pokok – pokok di Taman Herba dan taman-taman di persekitaran sekolah merupakan salah satu projek khas Program 3K untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Projek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah. 2. MATLAMAT Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. 3. MISI Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang cemerlang. 4. OBJEKTIF Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah : 1. Agar suasana sekolah kami kelihatan ceria dan bersih. 2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman. 3. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah. 4. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian. 5. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.
5. MATLAMAT Terbahagi kepada 3 iaitu : (i) Jangka Pendek: - Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah. - Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur, sekolah, PIBG dan sebagainya. - Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk melaksanakan projek. (ii) Jangka Sederhana: - Penyediaan tanaman dan proses penanaman . - Menyediaan tiga petak penanaman padi jenis MR219 dan MR220. (iii) Jangka Panjang: - Menjadikan taman mini botanikal kemilau ini tempat idaman setiap murid. - Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini. - Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan taman mini botanikal secara khususnya dan kawasan sekolah amnya. - Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman.
6. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kami ialah untuk para murid dan guru-guru SK Jerantut Jaya serta masyarakat sekitar.
7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK - Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt: - Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa. - Pembentangan struktur projek - Pemerhatian dan lawatan ke kawasan yang berpotensi di sekitar sekolah.
- Gotong-royong membersihkan kawasan projek. - Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek - Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di taman herba. - Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam Bahasa Malaysia.
5. JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi :
Rodziah bt Mohd Razali, AMP.,
GURU BESAR
Naib Pengerusi 1 :
Rozilah bt Abu Bakar
GPK HAL EHWAL MURID
Naib Pengerusi 2 :
Mazlan bin Ismail
GPK PENTADBIRAN
Naib Pengerusi 3 :
Che Aubaidi bin Abdullah
GPK KO-KURIKULUM
Setiausaha :
Azmi bin Said
AJK :
1. Zahid bin Mohd Halim 2. Rosmawati bt Abd Majid 3. Roslan bin Abd Hamid
8. STRATEGI PERLAKSANAAN i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran projek. iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan . iv Keberkesanan akan dinilai.
9. SENARAI PROJEK a) Memperlengkapkan kawasan taman herba
10. KEWANGAN i. SUMBER KEWANGAN : BIL. 1. 2. 3.
SUMBER Sumbangan / Derma SUWA Sekolah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) JUMLAH
NILAI ( RM ) RM 500.00 RM 200.00 RM 500.00 RM1000.00
ii ANGGARAN PERBELANJAAN : BIL. 1 2 3 4 5 6
BAHAN Bahan-bahan pembinaan (simen,blok bata, kayu dan sebagainya) Pasu Batu-bata Baja Mesin pancutan air Alat pengawal semburan pokok JUMLAH
KUANTITI
ANGGARAN RM300.00
12 unit x RM 8.00
RM 96.00
5 unit x RM 20.00 1 unit 1 unit
RM100.00 RM400.00 RM 104.00 RM1000.00
9. PENUTUP Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Herba sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria
dan
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak. Disediakan oleh :
Disemak oleh :
Disahkan oleh:
…………….......……….
……………................………
…………...........................……
(AZMI BIN SAID) SETIAUSAHA Projek 3K SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut Pahang
(ROZILAH BT ABU BAKAR) GPK HAL EHWAL MURID SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut Pahang
(RODZIAH BT MOHD RAZALI, AMP.) GURU BESAR SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut Pahang
s.k. : Fail Sekolah Fail Program 3K