Kertas Kerja Program Super

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Program Super as PDF for free.

More details

  • Words: 1,636
  • Pages: 17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA, JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA

Kertas Kerja Karnival Sukan Dan Permainan (SUPER) AHLI KUMPULAN

: KATHIRAVAN A/L PATTAN (680622055375) : SAMUNDI ISWARI A/P VASUDEHVAN (740523045106) : HADIJAH BT TAHIR (720822105406) : PANG FUEI SHEE (711117015478)

KUMPULAN/UNIT

: KSPK PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN AMBILAN JANUARI 2009

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN

: ENCIK ZAKARIYAH BIN JULAS

: 23 MAC 2009

ISI KANDUNGAN m/s Pengenalan

1

Analisis Swot

2

Kertas Kerja Karnival Sukan dan Permainan

3

Program

5

Rasional

6

Objektif

6

Kumpulan sasaran

7

Jawatankuasa Program

8

Anggaran Perbelanjaan

9

Pelaksanaan Program

10

Maklumat Program

11-13

Penutup

14

Rujukan

15

Pengenalan

Perubahan adalah merupakan sebahagian dari kehidupan kita seharian. Tiada sesuatu di dunia ini yang kekal atau tidak berubah. Tekanan arus perubahan telah meningkat secara dramatik dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan menunjukkan tanda akan berterusan meningkat. Persekitaran di mana Perkhidmatan Awam beroperasi sekarang telah banyak berubah. Ini termasuklah jenis pelanggan, pekerja, sektor swasta, sistem maklumat dan sebagainya. Istilah pengurusan merujuk kepada satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan (Drucker, 1972). Perkara yang lain penting dalam pengurusan perubahan termasuk merancang,

mengelola,

memimpin

dan

mengawal

seta

menyelesaikan

masalah.Pelanggan-pelanggan Perkhidmatan Awam kini lebih bermaklumat dan mempunyai pengharapan yang lebih tinggi terhadap kualiti, kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan. Ini menuntut kepada satu perubahan pemikiran dan budaya kerja setiap agensi kerajaan.

Perubahan persekitaran

sama ada dalaman dan luaran organisasi yang menuntut dan mendesak kepada perubahan pengurusan agensi kerajaan dengan lebih kerap, tetapi bentuk dan cara perubahan mungkin lebih bertambah komplek. Oleh itu adalah agak sukar untuk membuat semua jenis perubahan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang dan mampu memberi pengalaman yang menarik kepada semua orang. Namun, sentiasa ada kemungkinan kepada pendekatan mengurus perubahan dengan cemerlang, mengenal pasti situasi perubahan dan memilih cara terbaik untuk mengurus perubahan.

A.

SWOT / SWOC

Kekuatan ( S ) 1. Pengetua/Penyelaras PK mempunyai asas pengurusan yang kuat dan berpengalaman serta barisan guru yang bermotivasi tinggi, komited dan efisyen.

Kelemahan ( W ) 1. Sebilangan guru PK yang kurang kemahiran melatih pelajar PK dalam sukan dan permainan.

2. Mempunyai pelajar PK yang berpotensi dalam bidang Kokurikulum dan Ko-akademik.

2. Ramai pelajar PK tidak berminat menyertai aktiviti Kokurikulum kerana masalah kesihatan.

3. Telah mencapai kejayaan dalam bidang Kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa.

3. Peralatan dan kemudahan sukan atau PJ Suaian tidak mencukupi.

4. Pencapaian Ko-akademik seperti bercerita sehingga ke peringkat negeri dan Kebangsaan. Peluang ( O ) 1. PIBG/ Badan Kebajikan PK sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu dari segi moral dan kewangan. 2. Ibu bapa atau penjaga pelajar PK memberi kerjasama dan dorongan kepada anak-anak dalam semua penyertaan dan pertandingan.

Cabaran / Ancaman ( T ) 1. Ada ibu bapa atau penjaga pelajar PK kurang menggalakkan anak-anak mereka aktif dalam Kokurikulum. 2. Pengaruh gejala sosial di luar kawasan sekolah. 3. Masalah kesihatan dan fizikal dikalangan pelajar PK

Kertas Kerja Karnival Sukan Dan Permainan (SUPER)

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (PIPKBP) SMK SERI KOTA

TAHUN 2009

1.0 PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI Menyediakan

perkhidmatan

berkualiti

kepada

murid-murid

dengan

keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

2.0 PENGENALAN PROGRAM KARNIVAL SUPER Program Karnival Sukan dan permainan adalah program yang dirancang dengan mantap bagi menarik minat dan komitmen pelajar pendidikan khas terhadap sukan dan permainan (SUPER). Ia diharapkan dapat

membantu

pelajar bermasalah pembelajaran melibatkan diri secara aktif dalam lapangan sukan dan permainan di samping

menjalani gayahidup sihat. Sukan dan

permainan yang dipilih adalah yang paling dominan dengan pelajar iaitu futsal, dan bola jaring, yang akan dijalankan selama 4 hari.

Ia adalah bertujuan untuk memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu, mewujudkan minat serta menningkatkan keupayaan pelajar bagi menceburi bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan. Program ini dipercayai dapat member suntikan motivasi yang konsisten kepada pelajar pendidikan khas supaya mereka terus mantap dalam bidang sukan dan permainan.

Program ini diharapkan dapat menyedarkan

pelajar-pelajar pendidikan

khas dari 5 buah pusat PIPKBP tentang kepentingan amalkan gaya hidup yang sihat menerusi bersukan.

RASIONAL Program SUPER di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota amat sesuai dijalankan kerana ia merupakan sekolah sukan yang mengalami banyak perubahan dari aspek-aspek akaomodasi dan fasiliti. Ini menjadi pemangkin kepada warga PIPKBP di kawasan ini untuk lebih komited terhadap sukan dan permainan.

Oleh yang demikian,, pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Seri Kota dan dar 4 buah pusat PIPKBP lain perlu didedahkan kepada kepentingan melibatkan diri dalam lapangan kesukanan. Ia juga dapat meningkatkan semangat kesukanan mereka sejajar dengan matlamat falsafah pendidikan khas.

OBJEKTIF i.

Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

ii.

Memperoleh pendedahan tentang kemahiran- kemahiran asas sukan dan permainan.

iii.

Explorasi kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal sukan.

iv.

Memantapkan interaksi sosial.

v.

Penglibatan pelbagai pihak (Ibu bapa / Sekolah / Masyarakat) di dalam Program Pendidikan Khas.

vi.

Persekitaran belajar sambil berseronok.

vii.

Memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajar berkeperluan khas.

KUMPULAN SASARAN

Program ini mensasarkan pelajar-pelajar berkeperluan khas dari tingkatan 1 hingga 3

serta mampu melakukan pergerakan-pergerakan asas seperti

lokomotor, bukan lokomotor dengan baik. Pelajar- pelajar yang dipilih juga dapat melakukan

aktiviti-aktiviti

manipulasi

alatan

dengan

kordinasi

yang

minima.Jumlah pelajar adalah seramai 28 orang dari sebuah sekolah.Jumlah pusat yang terlibat adalah 5.

Tahap kecergasan dan kekuatan fizikal bukanlah merupakan syarat utama. Namun demikian, jika pelajar pendidikan khas mempunyai kekuatan fizikal yang mantap ia adalah satu kelebihan.

3.0 JAWATANKUASA PROGRAM SUPER PENDIDIKAN KHAS SMK SERI KOTA

PENGERUSI

: Tuan Hj. Ramli Bin Othman ( Pengetua SMK Seri Kota)

NAIB PENGERUSI : - Puan Rosni Binti Rusli (GPK Pentadbiran) Puan Hjh. Asnah Binti Jamsari ( GPK HEM) En. Kho Chin He (GPK KOKU)

SETIAUSAHA

: Puan Norizan Binti Abd. Kadir (Penyelaras Pendidikan Khas)

PEN. SETIAUSAHA: Puan Loh Chun Lan En. P. Kathiravan

AJK

Puan Lim Meei Jiuan

Puan Yap Lee Leng

En. Gan Choo Peng

Puan Lim Guat Moey

Pn. Pang Fuei Shee Puan Zahrah bt Kamal Pn.Hadijah Bt. Tahir Encik Mohd. Rizal Bin Abd. Rauf

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1 2 3

4 5

PERKARA Baju peserta Cenderamata Hadiah

KUANTITI 140 orang X RM15 140 orang X RM 3

JUMLAH (RM) 2100.00 420.00

Johan

Rm 80.00 X2

160.00

Naib Johan Rencam (Lain-lain)

Rm 50.00 X2 Rm 100.00 Jumlah

100.00 100.00 2880.00

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM SUPER Mengenal pasti kecergasan dan potensi pelajar menerusi Ujian Segak

Memberikan latihan asas untuk meningkatkan stamina dan kekuatan otot seperti latihan litar dan Jeda.

Pemilihan pasukan sekolah dari 5 buah pusat

Surat kebenaran dari Unit Pendidikan Khas /Jabatan Pelajaran Melaka

Taklimat Kepada Ibu Bapa atau Penjaga

Surat Kebenaran Ibu Bapa dan Surat akuan Pelajar

Pelaksanaan program Penilaian Program

Hadiah / Sijil

6.0 MAKLUMAT PROGRAM KARNIVAL SUPER 2009 Tarikh pelaksanaan Tempoh Program

24 Mac hingga 27 Mac 2009 4 Hari

Waktu Interaksi 08.00 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari Kos pengangkutan Yuran Penyertaan Lokasi Karnival

Ditanggung oleh ibu/bapa/penjaga dan diurus oleh pihak sekolah Ditanggung Oleh PIPKBP SMK Seri Kota Futsal : Gelanggang Futsal SMK Seri Kota Bola jarring: padang Bola jaring SMK Seri Kota

Catatan

Pasukan sekolah perlu berada di SMK Seri Kota pada jam 7.45 pagi untuk catatan kehadiran persekolahan. Setiap pusat perlu menghantar sekurang- kurangnya 2 pasukan untuk setiap kategori. Pasukan dipimpin dan dipantau oleh guru pengiring). Guru pengiring perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan dan disiplin pelajar masing-masing. Guru pengiring juga perlu memastikan pelajar dihantar pulang ke sekolah masing-masing selepas program tamat pada setiap hari.

Jenis Permainan Sistem pertandingan

FUTSAL (Lelaki) Liga 2 Kumpulan

Peraturan Pertandingan

Adaptasi Peraturan MSSM yang diubahsuai olah Jawatankuasa Teknikal

Syarat

Penyertaan minima dari setiap sekolah adalah 2 pasukan. Setiap pasukan boleh menghantar psaukan yang hanya terdiri daripada pelajar kategori bawah 15 tahun. Hadiah yang diberikan adalah untuk johan, naib johan, tempat ketiga, tempat keempat dan saguhati kepada semua pemain Sijil pemenag dan penyertaan juga diberikan.

Yuran

Bayaran yuran adalah dikecualikan

Pengadil

Guru – guru lelaki dari setiap pusat bergilir-gilir menjalankan tugas sebagai pengadil.

Jenis Permainan

BOLA JARING (Perempuan)

Sistem pertandingan

Liga 2 Kumpulan

Peraturan Pertandingan

Adaptasi Peraturan MSSM yang diubahsuai olah Jawatankuasa Teknikal

Syarat

Penyertaan minima dari setiap sekolah adalah 2 pasukan. Setiap pasukan boleh menghantar psaukan yang hanya terdiri daripada pelajar kategori bawah 15 tahun. Hadiah yang diberikan adalah untuk johan, naib johan, tempat ketiga, tempat keempat dan saguhati kepada semua pemain Sijil pemenag dan penyertaan juga diberikan.

Yuran

Bayaran yuran adalah dikecualikan

Pengadil

Guru – guru perempuan dari setiap pusat bergilir-gilir menjalankan tugas sebagai pengadil.

PENUTUP / RUMUSAN

Program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk kepentingan masa depan pelajar-pelajar berkeperluan khas.

Walaupun mereka dikategorikan sebagai insan istimewa, sesungguhnya program ini melatih mereka untuk menjadikan amalan berdikari sebagai bekalan hidup serta dapat memberikan keyakinan diri, lebih bersemangat dan menyediakan pengalaman sebenar kepada pelajar berkeperluan khas ini tanpa mengharapkan ihsan orang lain. Adalah diharapkan juga agar mereka dapat mengaplikasikan konsep gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka.

BIBLIOGRAFI

1. Fullan, M. (2004). Learning To Lead Change : Building System Capacity. Core Concept. Publication Produced in Partnership with Microsoft’s Partnership In Learning (PiL) Initiative. www.michaelfullan.ca (atas talian) 28 Februari

2009

2. Muhamad Bustaman bin Haji Abdul Manaf. (2008) .Pengurusan Perubahan: Satu Usaha Untuk Meningkatkan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan. www.pdfcoke.com (atas talian) 3 Mac 2009

3.

Mohammad Kamal Hassan.(1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu perspektif bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

4. Mohammad Sahari Nordin.(2002) Pengurusan dan Pentadbiran. Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Kajang

5. Zaidatol Akmahliah lope Pihie & Foo Say Fooi (2003) Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Penerbit universiti Putra Malaysia.: Serdang

Related Documents