Kertas Kerja Ppbd Tanjung Tuan

  • Uploaded by: mrraj
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Ppbd Tanjung Tuan as PDF for free.

More details

  • Words: 797
  • Pages: 6
KERTAS KERJA PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI TANJUNG TUAN, ALOR GAJAH, MELAKA

1.0 OBJEKTIF Program Pendidikan Biodiversiti ( PPBD ) merupakan program anjuran Jabatan PERHILITAN yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang kepentingan konservasi hidupan liar terutama sekali untuk golongan peringkat sekolah dan universiti.

2.0 AKTIVITI DI DALAM PROGRAM PENDIDIKAN BIODIVERSITI 2.1 Pasang Khemah Aktiviti pemasangan khemah adalah satu aktiviti dimana peserta perlu memasang khemah meraka sendiri di kawasan tapak pekhemahan yang telah disediakan dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak fasilitator. 2.2 Ice Breaking Aktiviti Ice breaking adalah penting sebagai medium suai kenal diantara fasilitator dengan perserta dan mungkin juga antara peserta dengan peserta yang tidak mengenali antara satu sama lain. Semasa sesi ice breaking ini juga pihak fasilitator akan memberi pencerahan mengenai kawasan pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan kepada para peserta. 2.3 Ceramah Jabatan PERHILITAN Ceramah PERHILITAN lebih tertumpu kepada pengenalan kepada Jabatan PERHILITAN diantaranya misi dan visi Jabatan, sejarah Jabatan, bidang tugas di Jabatan PERHILITAN. ceramah ini akan disusuli dengan seidkit taklimat program yang akan di jalankan serta peraturan yang perlu di ikuti oleh setiap peserta di Pusat Pendidikan Tanjung Tuan, Melaka.

2.4 Night walk Aktiviti Night Walk merupakan aktiviti berjalan di waktu malam, melalui jalan berturap dari pintu masuk PPBD Tanjung Tuan sehingga Rumah Api Tanjung Tuan dimana jarak perjalanan sejauh 900M tanpa menggunakan sumber cahaya. aktiviti ini akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai hidupan liar yang aktif pada waktu malam seperti kongkang, musang, kelawar, serangga malam dan burung hantu yang berkeliaran di sekitar laluan aktiviti. 2.5 Compass Matching Aktiviti ini akan membari pendedahan kepada peserta mengenai cara penggunaan dan fungsi kompas. di dalam aktiviti ini, peserta akan dibekalkan kompas dan perlu mencari check point seterusnya sehingga check point terakhir. Aktiviti ini dijangka mengambil masa lebih kurang 2 jam. 2.6 Jungle Trekking Jungle trekking di PPBD Tanjung Tuan akan menggunakan laluan pesisir pantai dan hutan diptrokap. sepanjang aktiviti ini, fasilitator akan memberi intepretasi mengenai elemen-elemen menarik yang terdapat di sepanjang trek yang di lalui. aktiviti ini akan dapat member pendedahan kepada para peserta akan keunikkan sumber hutan. selain aktiviti trekking, fasilitator juga akan memberikan tunjuk ajar ikhtiar hidup di dalam hutan. 2.7 Karya Hutan Aktiviti ini memerlukan kreativiti peserta untuk menyiapkan tugas yang diberikan oleh fasilitator dalam tempoh masa yang ditetapkan. Peserta perlu kreatif menggunaka sumber alam dan diakhir aktiviti, peserta perlu membuat pembentangan hasil akhir meraka. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kreativiti peserta serta membina keyakinan diri ketika melakukan pembentangan. 2.8 Jejak Kelawar / Jejak sibuta Aktiviti memerlukan mata peserta ditutup dan diberikan tali sebagai panduan untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. aktiviti bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan berpegang teguh kepada pendirian.

2.9 Tayangan Video Pihak fasilitator akan menayangkan Video berkenaan Taman Negara dan Operasi tangkan dan pemindahan gajah bertujuan mendedahkan kerja-kerja yang dilakukan di Dalam Jabatan PERHILITAN. aktiviti mengambil masa 1 jam 30 minit. 2.10 Nature game Nature game adalah aktiviti-aktiviti ringan yang bertujuan membentuk sahsiah diri peserta dan memupuk semangat berpasukan kepada peserta.

2.11 Lawatan Bilik Interpretif PPBD Tanjung Tuan

Para peserta akan dibawa melawat Bilik Interpretif yang terdapat di PPBD Tanjung Tuan diaman peserta dapat melihat dengan lebih dekat specimen taksidermi hidupan Liar yang terdapat di Negara kita. Fasilitator akan meberikan interpretasi terhadap semua spesimen yang terdapat di sana.

3.0 JANGKA MASA KESELURUHAN PROGRAM Jangka masa yang sesuai untuk menghabiskan semua aktiviti di PPBD Tanjung Tuan adalah selama 3 hari 2 malam dengan kapasiti maksimum peserta seramai 40 peserta dan 5 orang guru pengiring. 4.0 Senarai kemudahan yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan 4.1 Tapak Perkhemahan 4.2 Dewan Kuliah 4.3 Tandas & Tempat Mandi 4.4 Khemah Makan 4.5 Denai Hutan 4.6 Gelanggang Futsal & Bola Jaring 4.7 Penyidai Pakaian 4.8 Surau lelaki/perempuan 4.9 Peralatan setiap aktiviti

5.0 Pakaian & Keperluan Peribadi yang perlu dibawa (PESERTA) 5.1 Pakaian Sukan 5.2 Pakaian Solat 5.3 Pakaian Tidur 5.4 Kain Basahan / Kain Mandi 5.5 Tuala 5.6 Baldi & Gayung 5.7 Kasut Sukan 5.8 Kasut Getah / Tahan Air 5.9 Selipar / Capal / Sendal 5.10 Stokin 5.11 Sleeping Bag 5.12 Torchlight 5.13 Ubat-ubatan Persendirian & Mopiko 5.14 Buku Nota / Catatan Persendirian 5.15 Alat Tulis

6.0 Keperluan Perkhemahan yang perlu dibawa (Urusetia IPTA / IPTS / Sekolah) 6.1 Khemah untuk peserta 6.2 Belerang (Sulfur) 6.3 First Aid Kit 6.4 Tali Rafia 1 gulung 6.5 Ubat-ubatan tambahan (sekiranya perlu)

7.0 KOS MAKANAN Pihak PERHILITAN tidak menyediakan makan kepada para peserta, wakil peserta perlu menguruskan tempahan makanan sendiri. Pihak Jabatan tidak membenarkan aktiviti memasak diadakan di dalam kawasan PPBD Tanjung Tuan. Walaubagaimanapun, terdapat pembekal makanan yang berhampiran dengan PPBD tanjung Tuan yang bersedia untuk menerima tempahan dari wakil peserta. kadar harga yang dikenakan oleh pihak pembekal adalah sebanyak RM50/orang untuk 10kali sesi makan selama 3 hari 2 malam program berlansung.

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43

More Documents from ""

Tentatif Ppbd
September 2019 31
Borang Kebenaran Lawatan
October 2019 41