PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR 1.0. PENDAHULUAN Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha pelajar menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kebanyakan pelajar yang gagal dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya para guru bagi memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebagai memperlengkapkan usaha gigih guru tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang untuk diadakan satu program ke arah mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan. 2.0. OBJEKTIF Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar: 2.1. Pelajar mengetahui cara dan teknik belajar berkesan; 2.2. Pelajar dapat mengurus masa dengan berkesan; 2.3. Pelajar dapat menilai sejauh mana persediaannya untuk menghadapi peperiksaan 2.4. Pelajar dapat menambah kefahamannya terhadap mata pelajaran yang dipelajari. 3.0. SASARAN Semua pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki SPM 2007. 4.0. PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 26, 27 dan 28 Julai 2007 Hari : Jumaat hingga Ahad Tempat : SMK. Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak. 5.0. KAEDAH PELAKSANAAN 5.1.
Ceramah;
5.2. 5.3. 5.4.
Bengkel; LDK (Latihan Dalam Kumpulan); Riadah/rekreasi.
6.0. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat
: En. Mohd. Hashim Bin Ahmad (Pengetua SMART)
Pengerusi
: En. Mohd. Radzi Bin Ismail (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1
: Puan Normah Bt. Kamaruddin (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2
: En. Amin Zaki Bin Mohd. Yusuf (P.Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras Program: En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling)
7.0. KEWANGAN Sumber Yuran Penyertaan 100 x RM10.00 Sumbangan PIBG Wang SUWA JUMLAH Perbelanjaan Makanan & Minuman 100 x RM6.00 x 3 hari Peralatan kursus (fail, kad manila, filem,dll) JUMLAH
RM 1000.00 RM 500.00 RM 450.00 -------------RM1950.00 --------------RM 1800.00 RM 150.00 --------------RM1950.00 ---------------
8.0 JADUAL PROGRAM MOTIVASI PMR 2007 Masa/Hari 5.30pg-6.00pg
Jumaat
Sabtu P e r s i a p a n Solat Subu h/ R I A S a r a p a n LDK 1 Kudapan LDK 2
6.00pg.-7.00pg. 7.00pg.-8.00pg. 8.00pg.-8.30pg. 8.30pg.-10.00pg. 10.00pg.-10.30pg. 10.30pg.-12.30tgh. 12.30tgh.-2.15ptg. 2.15ptg.-3.45ptg. 3.45ptg.-5.15ptg. 5.15ptg.-5.45ptg. 5.45ptg.-6.45ptg. 6.45ptg.-7.15mlm.
PENDAFTARAN PESERTA Persiapan Dir i/ Solat Maghri b / Dinamika Kumpulan
7.15mlm.9.15mlm. 9.15mlm.10.45mlm. 10.45mlm.M 11.00mlm. 11.00mlm.-5.30pg. R
Makan Tengahari / LDK 3 LDK 4 Solat Asar/Minum Riadah Makan Malam
Ahad D i r i Kuliah Subu h D A H P a g i Ceramah 2 Pagi Bengkel/P.Tindaka n Solat Zohor/Penutup
Tazkirah/Solat Isyak Ceramah 1
i
n
u
m
M a l a m
E
H
A
T /
T I D U R
9.0. PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.