KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI BELAJAR SIRI PERTAMA SESI PETANG TAHUN 2017 SMK SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR TEMA : “ BEAT THE BEST TO GET THE REST”
MISI SMKSP Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
VISI SMKSP Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera PENDAHULUAN Dalam proses pembelajaran, seseorang pelajar itu bukan sahaja perlu belajar dengan rajin dan tekun tetapi juga perlu belajar dengan berkemahiran. Pembelajaran merupakan satu proses berterusan bagi seorang pelajar. Setiap pelajar haruslah mempunyai gaya belajar yang tersendiri yang terbaik dan bersesuaian dengan diri mereka. Apa sahaja bentuk atau gaya pembelajaran seseorang pelajar itu akan dikatakan terbaik dan berkesan sekiranya ianya bersesuaian dengan keadaan dan tahap keupayaan pelajar itu sendiri dan memiliki ciri-ciri pembelajaran yang berkesan.
Namun begitu, ada juga dalam kalangan para pelajar yang tidak sedar akan gaya belajar yang paling sesuai dengan dirinya. Bukan itu sahaja, ada pelajar juga yang tidak menyedari tahap keupayaan diri sendirinya. Oleh itu, ramai pelajar yang rajin belajar tetapi langsung tidak mendatangkan keberkesanan malahan kejayaan pada diri mereka sendiri. Itulah sebabnya ada pelajar yang berjaya dan sebaliknya. Ianya bergantung kepada bagaimana pemilihan dan penggunaan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar itu sendiri dalam proses pembelajaran. Oleh itu, pemilihan yang tepat dan terbaik perlu diberikan kepada para pelajar agar mereka mengetahui bahawa gaya pembelajaran yang mereka pilih itu adakah berkesan atau sebaliknya dengan diri mereka agar kejayaan yang mereka ingini tercapai dan juga usaha yang mereka lakukan berbaloi dengan kejayaan yang mereka capai. RASIONAL
Keunikan manusia itu yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan pelbagai perwatakan, sifat, personaliti dan kemahiran serta bakat inilah menjadikan individu itu agak berbeza dengan seseorang individu yang lain. Maka, adalah wajar para pelajar ini diberi peluang bagi diri mereka memperkembangkan diri mereka dengan apa yang ada pada diri mereka dengan cara yang terbaik dengan bimbingan oleh orang yang lebih mahir. Maka dalam proses pembelajaran juga adalah amat penting diberi tunjuk ajar cara yang terbaik dan berkesan dalam menilai diri mereka bagi mencapai kejayaan dengan gaya pembelajaran serta teknik yang betul. Ianya bertujuan agar usaha yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.
Pelajar perlu didedahkan dengan persediaan belajar yang baik dan betul dalam memperolehi imu pengetahuan. Teknik-teknik atau kaedah-kaedah tertentu perlu diketahui dalam menjadikan ilmu pengetahuan itu lebh bermakna bagi seseorang yang bergelar pelajar. Teknik atau kaedah belajar diperlukan bagi menentukan pencapaian kejayaan seseorang pelajar itu. Ini kerana segala teknik atau kaedah yang dipelajari akan perlu diberikan kepada para pelajar agar apa yang mereka pelajari tidak luput diingatan. Oleh itu, kemahiran belajar yang berkesan dengan usaha yang bersungguh-sungguh akan menjanjikan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan pembelajaran.
MATLAMAT Mengenalpasti potensi yang ada pada diri pelajar bagi dijadikan sumber dorongan untuk ia berkembang secara positif ke arah pembentukan insan yang menyeluruh dari segi kesempurnaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, mengubah sistem dan situasi pembelajaran yang baru di sekolah menengah rendah atau atas berdasarkan keperluan semasa mata pelajaran yang akan dipelajari demi mencapai hasrat kualiti akademik bagi melayakkan diri pelajar ke IPT. OBJEKTIF
Melahirkan pelajar yang merasa seronok menimba ilmu serta dapat menghayatinya
Mendedahkan teknik dan kemahiran belajar yang berkualiti dan berkesan
Mengetahui teknik dan cara pembelajaran di menengah rendah dan atas
Mengamalkan teknik pembelajaran yang lebih berkesan
Meningkatkan prestasi akademik melalui teknik pembelajaran yangberkesan
ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK. Seri Permaisuri
SASARAN PELAJAR SESI PETANG TAHUN 2017 TERPILIH
TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS) 1.20- 3.20 petang
TEMPAT PELAKSANAAN a) DEWAN TERBUKA SMKSP : Semua pelajar sasaran
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENGISIAN PROGRAM Ceramah dan aktiviti berkaitan kemahiran belajar: a) Teknik Belajar b) Masalah Belajar c) Motivasi Belajar
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
SUMBER KEWANGAN/ PERUNTUKAN
1.
Hadiah Kuiz
2.
Cenderahati RM 70.00 X 1 Orang Penceramah Makanan dan minuman RM 6.00 X 5 Orang
3.
RM 5.00 X 20 Orang
JUMLAH
PENUTUP
RM 100.00 (PCG KAUNSELING) RM 70.00 (PCG KAUNSELING) RM 30.00 (PCG KAUNSELING) RM 200.00
Semoga dengan pelaksanaan program motivasi belajar ini sedikit sebanyak memberi input yang bermanfaat kepada para pelajar khususnya pelajar sasaran yang terpilih dari sesi petang dengan memberi pendedahan pelbagai teknik dan kaedah yang berkesan dalam proses pembelajaran agar kejayaan dan kecemerlangan diperolehi.
ULASAN PENGETUA
Disediakan Oleh:
Disahkan Oleh:
(CHIENG LUNG ANN)
(MOHD HAIZIR B MOHD SALLEH)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pengetua
SMK. Seri Permaisuri
SMK. Seri Permaisuri