Kertas Kerja Kokurikulum

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Kokurikulum as PDF for free.

More details

  • Words: 839
  • Pages: 3
KERTAS KERJA KEM TAHUNAN 2009 PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA SJK(C) BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN Kem tahunan PKLM sekolah mula dianjurkan sejak tahun 2005. Ia diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan ahli-ahli baru kepada unit pengakap sekolah, di samping memberi peluang kepada ahliahli jawatankuasa untuk mempelajari cara memimpin ahli kumpulan.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli jawatankuasa, ketua-ketua dan penolong-penolong ketua seksyen, dan juga dengan ahli-ahli serta rekrut-rekrut baru tahun 2009. 2.2 Mempertingkatkan daya keupayaan ahli-ahli dan rekrut-rekrut dalam pelbagai aspek sama ada dari segi fizikal ataupun mental melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. 2.3 Memperkenalkan PKLM dengan lebih terperinci dan lebih mendalam supaya ahli-ahli baru dapat mengenali matlamat utama pertubuhan Kelab Pengakap. 2.4 Membimbing dan melatih ahli baru dari segi fizikal dan mental supaya mereka dapat menghadapi cabaran dan juga dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan apa jua tugas yang diberikan. 2.5 Mewujudkan semangat kerjasama, toleransi dan berpasukan antara ahli-ahli dengan ketua-ketua mereka. 3.0 MATLAMAT 3.1 Melahirkan golongan yang serba mahir dalam apa jua jenis bidang, berfikiran kreatif, inovatif, bermotivasi serta berkebolehan dalam pelbagai aspek. 3.2 Membimbing ahli-ahli menjadi pemimpin yang berdedikasi, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam mengetuai PKLM pada masa depan. 3.3 Membekalkan peluang kepada ahli-ahli yang lebih berpengalaman untuk mewarisi pengetahuan mereka kepada ahli-ahli yang masih mentah supaya mereka dapat memimpin kelak. 4.0 TENTATIF PELAKSANAAN Tarikh: 13 hingga15 Mac 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) Tempat: Bukit Cahaya, Shah Alam Tempoh perkhemahan: 3 hari 2 malam Masa bermula dan berakhir: Bermula 5pm, 13 Mac dan berakhir 3pm, 15 Mac 5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN Sasaran peserta: Kesemua 63 orang ahli pengakap Guru-guru yang terlibat: 1.)En. LEE CHIN YOUNG 2.)Cik CHONG SOO SHAN 3.)Cik EU MEI XIA Fasilitator yang dijemput: Pn. ZAITON BT. MAT NON (Penolong Pesuruhjaya Daerah KLM-19) 6.0 JAWATANKUASA Guru penasihat Ketua fasilitator Fasilitator Komandan kem Penolong komandan kem Setiausaha AJK Rekreasi

: En. LEE CHIN YOUNG Cik CHONG SOO SHAN Cik EU MEI XIA : Pn. ZAITON BT. MAT NON (Penolong Pesuruhjaya Daerah KLM-19) : En. LOW LIEW En. KANG SEI LEI Cik CHEW MING MING : CHAN HOE YEH : OOI WEI SHIUAN : HA AI YING : ONG CHAI LING CHUAH CHIOU FONG

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Perkara 1 Makanan dan minuman 2 Yuran bas (Untuk pergi dan balik Bukit Cahaya) 3 Hadiah pertandingan (Ketua kumpulan terbaik, ahli terbaik, kumpulan terbaik) 4 Peralatan (Rujuk bawah) 5 Cenderahati 6 Sewa tempat perkhemahan (Tiga hari) 7 Lain-lain

Jumlah kos (RM) RM1000.00 RM100.00 RM 50.00 RM300.00 RM 30.00 RM300.00 RM 20.00

8.0 SUMBER PENDAPATAN Setiap ahli akan membayar RM30 untuk menyertai kem ini. PIBG sekolah akan menyumbangkan RM500 untuk membeli makanan dan minuman bagi malam kebudayaan pada hari kedua. 9.0 JADUAL WAKTU AKTIVITI Hari Jam Aktiviti Pertama 1700 Bertolak ke tapak perkhemahan

Hari Kedua

Hari Ketiga

1730 1800 1930 2030 2130 2200 2300

Membahagi kumpulan Mendirikan khemah Memasak dan makan malam Permainan: Sesi ‘Ice Breaking’ Ceramah: Sejarah Pertubuhan Pengakap Rehat dan bersihkan diri Tutup lampu

Jam 0630 0700 0800 0900 1000 1200 1230 1400 1500 1700 1900 2000 2100 2200 2300

Aktiviti Bangun dan bersiap sedia Membuat senaman pagi Sarapan pagi Taklimat Latihan kawad kaki Berehat Makan petang Laung Agung (PKK) Ceramah: Ikatan tali Mencipta dan mempersembahkan lagu-lagu kumpulan sekawan; sketsa Memasak makan malam Menjamu selera Permainan: Mencari harta karun Rehat dan bersihkan diri Tutup lampu

Jam 0630 0700 0800 0900 1000 1100 1130 1230 1330 1430

Aktiviti Bangun dan bersiap sedia Membuat senaman pagi Menyedia dan makan sarapan pagi Ceramah: Pengakap yang berdikari Permainan: Larian halangan Berehat Laung Agung (PKK) Makan tengah hari Sesi penutupan Bertolak balik ke sekolah

Penyelaras Cik Chong Soo Shan Cik Eu Mei Xia Guru penasihat Fasilitator Fasilitator Fasilitator Pn. Zaiton Cik Chong Soo Shan En. Lee Chin Young Cik Eu Mei Xia Penyelaras Guru penasihat Chan Hoe Yeh Fasilitator Guru penasihat En. Low Liew Guru penasihat Fasilitator Cik Chew Ming Ming Pn. Zaiton En. Kang Sei Lei Cik Chew Ming Ming Fasilitator Guru penasihat Fasilitator Guru penasihat En. Lee Chin Young En. Low Liew Penyelaras Guru penasihat Chan Hoe Yeh Fasilitator Pn. Zaiton Fasilitator Guru penasihat Cik Eu Mei Xia Fasilitator Guru penasihat Guru penasihat

10.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Perkara Khemah Lampu suluh Pelita Peti kecemasan Pisau parang Kayu api Peralatan memasak Baldi besar Batang tongkat Pembesar suara Kamera Radio Walkie-talkie

Jumlah 15 6 2 2 1 30 1 set 3 65 1 1 1 2 set

11.0 PENUTUP Kem Tahunan PKLM telahpun berlangsung selama 4 tahun berturut-turut sebelum ini dan merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan oleh ahli-ahli dan juga guru-guru penasihat persatuan. Adalah diharapkan kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para murid. Kerjasama daripada pihak Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

______________ (Cik Eu Mei Xia) Guru Penasihat, Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, SJK(C) Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

______________ (Pn.Ooi Mooi Keng) Guru Besar, SJK(C) Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43