Kertas Kerja Hari Sukan Negara.docx

  • Uploaded by: Nik Diana Hartika Nik Husain
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Hari Sukan Negara.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 737
  • Pages: 4
SMK KUALA SELANGOR, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

Dikendalikan Oleh : UNIT KOKURIKULUM SMK KUALA SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR 1.0 NAMA PROGRAM Program “Badan Sihat Minda Cergas” Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2018. 2.0 PENGENALAN Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah bersetuju dengan memorandum daripada Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu). 3.0 RASIONAL Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

4.0 OBJEKTIF Pada akhir program ini para peserta akan dapat: 4.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan pelajar. 4.2 Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta; guru dan pelajar. 4.3 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta. 4.4 Membentuk peserta agar sentiasa berfikiran positif. 4.5 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan pelajar. 4.4 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing – masing, 4.5 Melahirkan nilai – nilai murni dalam diri seperti kerjasama, rajin dan bertanggungjawab. 5.0 TARIKH 13 Oktober 2018 6.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar SMK Kuala Selangor Guru-guru dan Staf-staf SMK Kuala Selangor 7.0 LOKASI Padang SMK Kuala Selangor. 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN Banner dan Bunting Makanan pelajar Makanan guru Minuman Dokumentasi Sijil Peti kecemasan Cenderahati Jurulatih

KOS INDIVIDU 113 orang × RM1 80 orang × RM3 5 × RM12 RM50.00 193 orang × RM1.50 1 orang × RM60.00 JUMLAH KESELURUHAN

9.0 TENTATIF PROGRAM 0800 Pendaftaran 0830 Aerobik 0930 Pertandingan antara kumpulan guru dan pelajar ● Pertandingan Bola Baling (Perempuan) ● Pertandingan Bola Tampar (Lelaki) 1200 Bersurai

JUMLAH RM120.00 RM113.00 RM240.00 RM60.00 RM50.00 RM289.50 RM67.50 RM60.00 RM1000.00

10.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 10.1 Jawatankuasa Induk Penaung : En. Zainal Bin Kassim (Pengetua) Penasihat 1 : Pn Norliza Bt Fatahurraji (PK Pentadbiran) Penasihat 2 : Pn Saayah Bt Yusop (PK HEM) Penasihat 3 : Pn Roslizar Bt Yaacob (PK Petang) 12.2 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi : Tn Hj Ghazali B Ariffin (PK Kokurikulum) Setiausaha : En Suib B Othman Naib Setiausaha : Pn Nik Diana Hartika Bt Nik Husain. Bendahari : Pn Siti Farrah Binti Md Nasir Jurulatih Aerobik : En Mohd Hafizi Bin Ismail Persiapan Tempat/ Peralatan : En. Asrul Asyik Bin Md Arop : En. Suib Bin Othman Jurufoto : En Muhammad Azam Bin Sahid Budin Makanan dan minuman : Pn. Siti Farrah Bt Md Nasir Hadiah : Pn Rafidah Bt Abdullah PA Sistem : En Saparin B Amat Sehab Sijil : Pn Suraida Bt Marof Buku Program : Pn Norasidah Bt Agman Dokumentasi : Pn Nik Diana Hartika Bt Nik Husain. Penutup Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman yang seiringan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam misi kecergasan negara.

Disediakan oleh:

Disemak Oleh:

……………………… Nik Diana Hartika Nik Husain Naib Setiausaha Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2018

…………………… Ghazali bin Ariffin PK Kokurikulum SMK Kuala Selangor

Diluluskan oleh: ……………………… Zainal bin Kasim Pengetua SMK Kuala Selangor

Related Documents


More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"