Kertas Kerja Bam & Phm

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Bam & Phm as PDF for free.

More details

  • Words: 1,002
  • Pages: 8
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA International Languages Teacher Training Institute

KERTAS KERJA UNTUK MENGADAKAN TEMURAMAH DAN TINJAUAN DI PEJABAT PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA & PERSEKUTUAN HOKI MALAYSIA (23 & 24 Februari 2009)

Disediakan Oleh: 1

Kumpulan Tiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kajian Sosial) Semester 5, Tahun 3.

1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengarah IPBA, untuk mengadakan temuramah dan tinjauan ke Pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM)

2.0 LATAR BELAKANG Seperti yang telah direncana oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mempunyai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sebagai elektif. Oleh itu, bagi semester lima ini, kami perlu mempelajari komponen bagi mata pelajaran PJK iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJ3112). Dalam komponen ini kami perlu mengadakan lawatan ke beberapa agensi sukan bagi melihat dan memperolehi maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan yang dijalankan untuk sesuatu agensi sukan tersebut. Untuk itu kumpulan kami iaitu kumpulan tiga seramai 5 orang telah memilih untuk melaksanakan tugasan ini di Pejabat Persatuan Badminton Malaysia dan Persekutuan Hoki Malaysia. Antara skop maklumat yang perlu kami dapatkan adalah berkenaan pentadbiran dan perlembagaan persatuan, pengurusan yang merangkumi aspek seperti kepimpinan, sumber kewangan, pengurusan stor, program pembangunan sukan yang dirancang, undangundang sukan, nilai dan etika serta membuat lawatan ringkas di sekitar kawasan pentadbiran PHM dan BAM. Oleh yang demikian, lawatan ni amat penting dalam memberi maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan secara holistik dan menjadikan kami lebih berpengetahuan ketika menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah kelak.

2

3.0 RASIONAL Bagi melaksanakan tugasan ini kami telah membuat keputusan untuk membawa ahli kumpulan kami sahaja iaitu seramai 5 orang. Hal ini kerana, ia akan memudahkan pelaksanaan tugasan dan tidak menjadi bebanan kepada pihak PHM dan BAM untuk mengadakan interaksi mereka bersama kami. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh pensyarah mata pelajaran kami iaitu Dr. Azita bin Amrin. 4.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 4.1 Butiran mengenai Lawatan ke Pejabat BAM dan PHM Tarikh cadangan: i.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) : 23 Mac 2009

ii.

Persatuan Hoki Malaysia (PHM) : 24 Mac 2009

Hari

: Isnin & Selasa

Masa

: 1.30 – 5.30 petang

Tempat: i.

Badminton Association of Malaysia (BAM) Stadium Juara Bukit Kiara Sports Complex Jalan 1 / 70 D, Bukit Kiara 60000 Kuala Lumpur.

ii.

Stadium Hoki Bukit Jalil Bukit Jalil, 50714 Kuala Lumpur.

Jumlah pelajar: 5 orang 4.2 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk seperti dalam Lampiran 1 4.3 Program ini adalah di bawah pengawasan pensyarah mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan, Dr. Azita bin Amrin. 4.4 Tentatif program telah disediakan seperti dalam Lampiran 3. 3

5.0 OBJEKTIF 5.1 Mengetahui tentang selok belok pentadbiran sukan di setiap agensi sukan tersebut 5.2 Menyediakan guru pelatih untuk lebih bersedia bagi mengendalikan pengurusan dan pentabdiran pendidikan jasmani di sekolah kelak. 5.3 Mengalakkan aktiviti hands on agar guru pelatih dapat melihat sendiri aktiviti pengurusan dan program sukan yang dilaksanakan 5.4 Membina hubungan yang baik antara komuniti IPBA dengan pihak-pihak luar.

6.0 CADANGAN Antara perkara yang dicadangkan untuk program ini ialah: 5.1 Pegawai BAM dan PHM akan mengadakan sesi taklimat tentang pentadbiran dan pengurusan sukan di tempat mereka. 5.2 Melihat program latihan sukan yang dijalankan.

7.0 IMPLIKASI 6.1 Meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam urusan pentadbiran sesebuah organisasi 6.2 Menimba pengalaman dalam usaha menyediakan bakal guru yang mahir dan berpengalaman dalam mengendalikan sesebuah organisasi kelak. 6.3 Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih khususnya dalam aspek komunikasi 6.4 Mengalakkan aktiviti hands on agar guru pelatih berpeluang mengikuti dan mengumpul pengalaman sepanjang berada di sana 6.5 Mengerat kerjasama dan meningkatkan hubungan institusi dengan pihak luar 6.6 Memantapkan nama IPBA sebagai institusi pendidikan guru yang berdaya saing

4

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Senarai bagi anggaran perbelanjaan adalah seperti dalam Lampiran 2.

8.0 KESIMPULAN Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan guru yang berketrampilan dan sentiasa mempunyai iltizam yang tinggi dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya. Disediakan oleh , ……………………….. (Mohd Nor Fadzli Bin Osman @ Abd Rahman) Ketua Kumpulan 3. Melalui,

………………………….. (Dr. Azita b. Amrin) Pensyarah Pengurusan & Pentadbiran PJ & Sukan, Jabatan Kajian Sosial, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Disokong oleh,

…………………………… (Mohamad Kamar bin Bainudin) Ketua Jabatan Kajian Sosial, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Diluluskan oleh ,

….…………………… 5

(Dr. Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANA KUMPULAN 3, TEMURAMAH DAN TINJAUAN KE PEJABAT BAM & PHM

Penasihat

: Dr. Mohd Sofi Bin Ali

Penyelaras

: Dr. Azita Bin Amrin

Ketua Kump.

: Mohd Nor Fadzli Bin Osman @ Abd Rahman

Pen. Ketua Kump. : Mohd Taufik Bin Osman Setiausaha

: Taiebah Binti Mohd Sagir

Ahli Jawatankuasa: Hadiah & Cenderamata : Shamsiah Binti Masnan Pengangkutan

: Ahmad Bin Jaafar

6

LAMPIRAN 2

Anggaran perbelanjaan untuk program temuramah dan tinjauan ke BAM & PHM. Perkara

Hadiah & Cenderahati - Hamper - Cenderahati IPBA

-

Anggaran perbelanjaan BAM: 1 cenderahati PHM: 1 cenderahati

RM 50

Pengangkutan

RM 60

JUMLAH KESELURUHAN

RM 110

7

LAMPIRAN 3

Tentatif lawatan ilmiah ke Pejabat Persatuan Badminton Malaysia dan Persekutuan Hoki Malaysia. Tarikh: 23 Mac 2009 - BAM MASA

PERKARA

1.30 ptg 2.00 ptg

Guru pelatih bertolak dari IPBA Guru pelatih sampai ke Pejabat Persatuan Badminton Malaysia Sesi taklimat oleh Pegawai BAM Melawat kawasan pejabat dan melihat pelaksanaan pentadbiran BAM Ucapan penutup oleh wakil kumpulan Penyampaian cenderamata IPBA Guru pelatih pulang ke IPBA Guru pelatih sampai ke IPBA

2.15 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg 4.15 ptg 4.30 ptg 5.00 ptg

Tarikh: 24 Mac 2009 – PHM MASA 1.30 ptg 2.00 ptg 2.15 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg 4.15 ptg 4.30 ptg 5.00 ptg

PERKARA Guru pelatih bertolak dari IPBA Guru pelatih sampai ke Pejabat Persekutuan Hoki Malaysia Sesi taklimat oleh Pegawai PHM Melawat kawasan pejabat dan melihat pelaksanaan pentadbiran PHM Ucapan penutup oleh wakil kumpulan Penyampaian cenderamata IPBA Guru pelatih pulang ke IPBA Guru pelatih sampai ke IPBA

8

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43