Senarai kandungan Tajuk kajian 1 Penghargaan 2 Objektif kajian 3 Kaedah kajian 4 Hasil kajian 5 Pengenalan 6 Peristiwa perjuangan 7 Sebab penentangan 7 Kesan 10 Rumusan 12 Lampiran 13 Rujukan 15
Penghargaan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan kepada: a) Pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kajian sejarah ini. b) Puan Che Asma guru sejarah kelas saya yang telah banyak memberi panduan,nasihat serta bimbingan masa kajian dijalankan. c) Ibu bapa tersayang yang telah memberi banyak prihatin dan semangat kepada sya bagi menyempurnakan kajian ini. d) Rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan Akhirnya,saya semoga mereka dapat berjaya dalam segala lapangan yang di ceburi.
Objektif kajian Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran sejarah tingkatan dua.antara objektif kajian yang ingin di capai ialah: a) Mengenali tokoh perjuangan tempatan. b) Menghargai jasa perjuangan tokoh tempatan c) Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap Bangsa dan Negara.
d) Menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan menganalisis maklumat.
Kaedah kajian Kaedah kajian yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini.saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis maklumat,iaitu: a) Rujukan buku teks- saya merujuk kepada buku teks mengaji dan meneliti serta mencatatkan isu isu dan gambar-gambar yang di perlukan. b) Kaedah perbincangan-saya berbincang dengan guru sejarah dan
kawan-kawan baik sya bagi menyiapkan kerja kursus ini. c) Kaedah perpustakkan dan internet-saya telah melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan kerja kursus ini.
Dato’Maharaja Lela perjuang Kebanggan Perak: -pengenalan -peristiwa perjuangan -sebab-sebab penentangan -kesan
Pengenalan
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 1422 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Peristiwa perjuangan
Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri. Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( .... bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si Puntung (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli). Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British. Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan tersebut. Sebab-sebab penentanagan .
Kelemahan Perjanjian Pangkor kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan
Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871. Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen. Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu. 2.
Kelemahan Birch Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolakansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai “an idealist in a hurry” kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.
3.
Pembaharuan-pembaharuan Birch Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. a. Politik Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen
lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British. b.
Ekonomi Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan.
c.
Sosial Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hamba-hamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hambahamba perempuan di kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah
mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu, berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja kerana mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang Melayu 4.
. Tindakan Sir William Jervais Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.
kesan Peristiwa Pembunuhan J.WW. Birch Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesarpembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja Lela. Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau Pinang. Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch.
Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875. Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’ Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir Salak. 4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan. Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.
Perang Perak 1875-1876 Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British. 15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar. Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk. Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap. Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah: a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877. b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. d. Raja Ismail dipindah ke Johor. e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan. Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British. Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.
rumusan
Dalamkajianini,saya telah mengetahui bahawa penjajah menyebabkan penderitaan dan penghinaan.kekayaan tanah air telah di bolot oleh penjajah dan penduduknya pula di tindas.demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara,phalawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah,tetapi bristish telah menggunakan tipu helah,kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan perjuangan mereka. Walaupun uangan mereka gagal,namum semangat dan keberanian mereka amat di kagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya.untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara.Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.
lampiran
Dalam gambar:dari kiri Dato’Maharaja Lela,di tengah sultan abdullah,dari kanan Dato’Sagor
Dato’maharaja lela di hukum gantung sampai mati.
Perjanjian pangkor
peta negeri perak
Kampung Pasir Salak
Rujukan Laman web. http://images.google.com.my/images?hl=en&rlz=1C1RNCN_enMY320MY342&q=peta +pasir+salak&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi http://www.pdfcoke.com/doc/3232975/contoh-kerja-kursus-sejarah-pmr-2008complete-task http://en.wikipedia.org/wiki/Pasir_Salak http://muzium.perak.gov.my/m_ps_sejarah.html
orang sumber K.Sekarasan 52 tahun No23,jln Sultan Abdul Samad,Port Klang S.Ambiga 41 tahun No 23,jln Sultan Abdul Samad,Port Klang Sumber buku Sejarah tingkatan 2(buku teks) Dewan bahasa dan pustaka