TAJUK KAJIAN
BIL 1 2 3 4 5
ASPEK TAJUK KAJIAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASILKAJIAN
MUKASURAT 1 3-4 5-6 7-8
1- Nama Bangunan 2-Latar Belakang - Asal usul - Pengasas - Tarikh Pembinaan - Lokasi - Tujuan Penubuhan - Kos Pembinaan - Perasmian
9-17
3-Keistimewaan Bangunan - Rekabentuk Pelan - Bahan Binaan - Pengubahsuaian - Hiasan Dalaman - Kegunaan Dahulu dan Sekarang - Cara Pembinaan 4-Mercu Tanda dan Kejayaan MCKK 6
RUMUSAN
18
7
LAMPIRAN
19-21
8
RUJUKAN
22-23
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus saya ini. Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja ini ialah seperti yang berikut.
Pertama, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Guru Sejarah saya iaitu Puan Saudah Binti Seman kerana beliau telah memberi penerangan tentang membuat kerja kursus ini. Selain itu, beliau telah memberi tunjuk ajar dan memberi
penerangan
berkenaan
format
kajian
selain
memberi teguran bagi
menghasilkan tugasan yang betul dan sempurna.
Kedua, saya ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada dua orang insan yang tercinta iaitu ibu bapa saya, En. Saipul Bahari bin Mohd Nor dan Rosbi bte Zakaria kerana mereka telah memberikan peruntukan perbelanjaan bagi saya menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu mereka telah memberi perangsang kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus dan kedua-duanya telah menyediakan kenderaan
untuk
saya
berkunjung
ke
tempat-tempat
penyelidikan
seperti
Perpustakaan Desa Kuala Krai.
Seterusnya, saya ingin memberikan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu iaitu Amirul Ridzuan bin Mohd Shafie, Luqman bin Amri
dan Muhamad Shahir bin Mohd Zin serta Muhammad Adib bin Mohd Sambri kerana
mereka
telah
memberi
pendapat
yang
bernas
kepada
saya
dalam
menghasilkan kajian ini. Seterusnya, mereka turut membantu saya untuk membuat penyelidikan bersama selain berkongsi idea-idea buku ilmiah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat. tugasan yang diberi.
Mereka
juga
memberi
perangsang
untuk menyiapkan
Kerja Kursus Sejarah ini perlu dilakukan bagi memenuhi beberapa objektif kajian Maka, saya telah melakukan tugasan ini bagi memenuhi beberapa objektif kajian yang telah ditetapkan. Antara objektif kajian ini dilakukan ialah seperti yang berikut.
Objektif utama kajian ini dilakukan ialah untuk memenuhi tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009. Tugasan PMR 2009 ini mengehendaki pelajar melakukan penyelidikan mengenai sebuah bangunan bersejarah di Malaysia. Saya telah memilih bangunan di negeri Perak iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar. Saya melakukan kajian ini untuk mendapatkan maklumat bertulis tentang bangunan tersebut dan menambahkan lagi pengetahuan mengenai bangunan tersebut.
Objektif kedua kajian ini ialah meningkatkan kemahiran dalam membuat kajian. Kemahiran baharu yang mampu diperolehi pelajar setelah menghasilkan kajian ini ialah kemahiran membuat penyelidikan, kemahiran mencatat fakta, kemahiran merekod maklumat dan kemahiran melakukan tugasan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pelajar mampu mendapat kemahiran-kemahiran tersebut setelah mereka mematuhi jadual kerja untuk menyiapkan kajian, mengetahui disiplin membuat kajian dan membezakan maklumat penting atau tidak penting semasa merekod maklumat berdasarkan Elemen 1.
Objektif seterusnya tugasan ini dilaksanakan adalah untuk mengambil iktibar daripada kajian yang dibuat. Melalui kajian yang dilakukan, iktibar yang boleh diambil oleh pelajar termasuklah menepati masa iaitu berdasarkan kepatuhan terhadap jadual pelaksanaan kajian. Selain itu, iktibar yang boleh diambil ialah bertolak
ansur
dan
patuh,
masing-masing
berdasarkan
penerimaan
terhadap
pendapat orang lain dalam kajian dan mematuhi arahan guru dalam menghasilkan kerja kursus yang baik dan sempurna.
Dalam menghasilkan tugasan ini saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat mengenai bangunan bersejarah ini. Saya telah menggunakan 3 kaedah kajian dalam tugasan ini. Kesemua kaedah ini adalah seperti yang tertera di bawah ini. saya Kaedah kajian pertama yang telah gunakan untuk mendapatkan maklumat ialah kaedah melayari internet. Saya telah melayari laman blog-blog mengenai bangunan ini. Selain itu, saya telah melayari laman sesawang rasmi sekolah berkenaan. Saya juga telah melayari laman yang telah disediakan oleh orang-orang perseorangan dan juga institusi-institusi lain untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan kerja kursus ini. Melalui kaedah ini saya telah mendapat maklumat mengenai tarikh penubuhan bangunan ini. Selain itu, saya juga telah mendapatkan maklumat mengenai asal usul dan rekabentuk bangunan bersejarah ini.
Keedah kajian kedua yang saya gunakan dalam tugasan ini ialah kaedah lawatan dan pemerhatian. Saya telah melawat bangunan ini. Bangunan ini beralamat Maktab Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Saya telah bekunjung ke tempat ini dan melihat struktur bangunan ini. Selain itu, saya juga telah mengambil beberapa keping foto berkenaan bangunan bersejarah ini. Melalui
kaedah ini, saya telah memperoleh maklumat mengenai struktur dan senibina bangunan ini.
Kaedah ketiga yang saya gunakan dalam tugasan ini ialah penyelidikan perpustakaan. Saya telah berkunjung ke Perpustakan Desa di bandar Kuala Krai. Selain itu, saya juga telah mengunjungi Pusat Sumber Sekolah di SMKA Tok Bachok bagi mendapatkan maklumat berkenaan bangunan bersejarah ini. Saya telah menfotokopi bahan berilmiah yang mengandungi maklumat penting berkaitan bangunan ini. Maklumat yang diperoleh adalah berkaitan asal usul, keistimewaan dan perkembangan serta penubuhan maktab ini. Selain itu, saya juga mendapat maklumat yang berkaitan dengan pengasasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.
NAMA BANGUNAN
Maktab Melayu Kuala Kangsar merupakan sekolah elit yang pertama. Maktab ini lebih dikenali pada masa dahulu dengan nama Malay College Kuala Kangsar. Pada mulanya, maktab ini telah ditubuhkan dengan nama Malay Residential School.
Setelah siap dibina bangunan tambahan, maktab ini dirasmikan dengan nama Malay College Kuala Kangsar. Bangunan ini juga dirujuk secara tidak rasmi sebagai ‘Eton of Malaya’ atau ‘Eton of The East’ oleh pegawai-pegawai British.
LATAR BELAKANG
Penubuhan maktab ini adalah atas cadangan Sultan Idris Shah, Sultan Perak sejak
1887.
Baginda
sangat
berminat
dengan
pendidikan
Inggeris
kerana
hubungannya yang sangat rapat dengan pegawai-pegawai British. Baginda juga memikirkan tentang peri perlunya anak-anak raja dan pembesar Melayu Perak diberi pendidikan Inggeris kerana mereka adalah bakal pentadbir Perak. Tambahan pula, baginda melihat Hugh Low, Residen Perak, menghantar Raja Chulan dan Raja Mansor ke Raffles Institution, Singapura, dan Raja Ngah Abu Bakar dan Abdul Shukor ke Malacca High Class. Dengan itu, Sultan Idris telah memulakan ‘Raja Class’ pada tahun1888 di Kuala Kangsar dan meminta seorang tutor daripada residen untuk mengajar anak-anak raja mempelajari bahasa Inggeris. Setahun kemudian, Clifford School telah ditubuhkan bagi memberi pendidikan dalam pengantar bahasa Inggeris dan sekolah itu diletakkan di bawah naungan dan perhatian Sultan Idris sendiri.
Tindakan dan usaha Sultan Idris telah menggalakkan Raja Muda Sulaiman mendesak Residen British menubuhkan sebuah sekolah khas bagi mendidik anak-anak raja dan pembesar Melayu Selangor. Sekolah itu dinamakan ‘Selangor Raja School’ dan ditubuhkan pada Disember 1890 di Gombak Cave, Kuala Lumpur. Sekolah ini mendidik 12 orang murid. Oleh sebab perbelanjaannya tinggi, pada tahun 1894, mereka telah dipindahkan ke Victoria Institution, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, mereka diberi keistimewaan sebagai kelas aristokrat Melayu. Kedua-dua usaha ini telah menarik minat dan perhatian yang jelas tehadap keperluan untuk mengadakan sebuah sekolah khas secara kolektif dalam kalangan pentadbir British Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Beberapa cadangan mula diajukan pada pertengahan tahun 1890 oleh Residen Selangor dan Perak kepada Gabenor Negeri-Negerri Selat. Cadangan itu terbit daripada keperluan mendapatkan lebih banyak tenaga pentadbir
di Negeri- Negeri Melayu
Bersekutu terutamanya daripada kalangan orang Melayu sebagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.
Apabila W.H.Treacher menyandang jawatan Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan R. J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan,satu usaha dibuat untuk mengadakan sekolah khas bagi golongan bangsawan Melayu. Usaha ini dibuat selaras dengan desakan raja-raja Melayu yang merupakan pengasasnya, iaitu Sultan Idris, Sultan Sulaiman, Sultan Ahmad dan Yang di-Pertuan Besar Mohd Shah dalam persidangan kedua Durbar pada tahun 1903. Untuk mendapatkan lebih banyak pegawai-pegawai Melayu yang terlatih, sebuah sekolah khas melatih anak-anak bangsawan Melayu itu telah diusahakan oleh R. J. Wilkinson, melalui cadangannya kepada Residen Jeneral dalam Persidangan Residen-Residen pada Mac 1904. Pada April 1904 pula, cadangan itu diterima oleh Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Sebagai percubaan, Malay Residential School ( nama asal MCKK ) dibina pada 2 Januari 1905.
Malay Residential School diketuai oleh William Hargreaves, guru besar Penang Free School. Dia dibantu oleh F.A. Vanenen dan R.C.W. Rowlands. Bangunannya ialah sebuah rumah papan dan beratap rumbia dan didirikan di sebelah Kuala Kangsar English School yang kini beralamat Maktab Melayu Kuala Kangsar ,33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Menjelang tahun 1905, muridnya seramai 79 orang. Mereka ditempatkan
di rumah-rumah guru besar dan penolongnya. Mereka dididik menggunakan English Educational Code dan dibahagikan kepada Kelas I ( anak raja), Kelas II ( anak pembesar tertinggi ) dan Kelas III ( anak pembesar rendah ) dengan elaun yang berbeza-beza, masing-masing $ 20.00, $ 12.00 dan $ 9.00 bagi setiap bulan.
Kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid itu telah meyakinkan British untuk terus memajukan maktab tersebut. Misalnya pada bulan September 1907, 19 daripada 21 orang pelajar telah lulus sepenuhnya Senior class ( Standard VII ). Dengan itu, maktab itu telah dilihat sebagai sekolah khas yang cukup sesuai untuk ‘boys of gentle birth’ dan patut dikendalikan seperti English Public School.
Dengan dasar baru itu, peningkatan pembangunan sekolah itu telah dibuat sepenuhnya. Ini termasukalah membina bangunan baharu, meningkatkan sukatan pelajaran, kokurikulum yang elitis, tingkah laku ‘Anglo-Malay Gentlemen’ dan guru-guru yang lebih khusus. Sebanyak $ 30 000 diperuntukkan bagi membina bangunan tambahan yang siap pada tahun1909. Istiadat pembukaan rasmi disempurnakan oleh Sultah Idris Mursyidul Shah pada 11 Disember 1909 dan ditukar kepada nama Maktab Melayu Kuala Kangsar.
KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Pelan 1 Aras bawah bangunan Big School
Pelan 2 Aras satu bangunan Big School
Pelan 3 Aras bawah dan aras satu bangunan Prep School
Gambar 1 Tiang berkembar yang menonjolkan senibina Greco-Roman
Reka bentuk pelan Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah bersegi kerana binaan bangunan ini mengikut senibina Greco-Roman. senibina ini merupakan senibina yang pertama bertapak di seluruh Eropah ketika Rom pernah menguasai sebilangan besar negara Eropah. Sejarah pembinaan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang pertama di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan kira-kira 7 juta batu bata, 9 500 tong simen, 25 700 pikul kapur, 6 230 lb tembaga, 70 tan besi keluli dan 47 000 kaki padu kayu. Pada mulanya, maktab ini yang dikenali sebagai Malay Residential School hanya menempatkan rumah papan beratap rumbia. Bermula 1909, bangunan tambahan dibina iaitu Big School, Prep School, West Wing dan East Wing, Overfloor, Menara Jam, Blok Pentadbiran, Asrama Baru dan Pavilion. Big School telah dibina pada tahu 1909, Prep School pula telah dibina pada 1912, manakala pada tahun 1955 binaan West Wing dan East Wing ditambah pada Overfloor dan membentuk Asrama Besar, seterusnya Pavilion dan Asrama Baru pula masing-masing dibina pada tahun 1963 dan 1972. Blok Pentadbiran dan Menara Jam dibina untuk memenuhi keperluan semasa. Hiasan dalaman maktab ini mengamalkan sepenuhnya senibina Greco-Roman. Penggunaan kapur untuk membentuk bahagian luar dan siling bangunan menampakkan lagi senibina agung tersebut. Pada zaman dahulu, awal abad ke-20, maktab ini digunakan sebagai sekolah latihan anak-anak bangsawan Melayu bagi menambah pentadbir rendah di NegeriNegeri Melayu Bersekutu, selain untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.
Semasa Jepun menduduki Tanah Melayu, maktab ini terpaksa ditutup. Bangunannya diduduki oleh tentera Jepun selama lima bulan pada tahun 1943. Setahun kemudian, MCKK dijadikan sekolah Jepun dan padang sekolah dijadikan kebun sayur. Pada tahun-tahun akhir pendudukan Jepun, bangunan sekolah ini menjadi hospital pula. Dasar melatih anak-anak golongan bangsawan dan pembesar ini kekal sehingga tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebelum itu sedikit perubahan dilakukan iaitu membenarkan kemasukan anak-anak bukan bangsawan tetapi berkait rapat dengan golongan bangsawan seperti anak-anak penghulu dan dan pegawai kanan kerajaan. Selepas kemerdekaan, secara beransur-ansur MCKK telah dibuka kepada mereka yang pandai walaupun tidak berketurunan bangsawan. Kini, MCKK merupakan sebuah sekolah berasrama penuh. Mengikut logik mahupun fakta, cara pembinaan maktab ini adalah menggunakan cara yang moden kerana senibina Greco-Roman ini sendiri memerlukan teknologi yang tinggi. Penggunaan jentera, alatan serta pengangkutan moden adalah perlu untuk menghasilkan binaan yang terulung seperti ini.
MERCU TANDA DAN KEJAYAAN MCKK Sekolah ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pembinaan Menara Jam pada tahun 1955 bukan sahaja bagi memenuhi keperluan semasa, malah menjadi mercu tanda sekolah ini. Satu lagi mercu tanda sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hijau yang terletak di sebelah timur bangunan Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri. MCKK telah berjaya mendidik pelajrnya sehingga menbentuk sebilangan mereka menjadi tokoh tersohor di negara ini. Antara bekas pelajar ternama ialah: •
Sultan Azlan Shah
•
Tan Sri Khalil Yaakob
•
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
•
Dato’ Onn Jaafar
•
Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
•
Tan Sri Sanusi Judid
•
Dato’ Seri Hishamudin Hussain
•
Dato’ Panglima Bukit Gantang
•
Raja Chulan ibni Raja Hamid, dan lain-lain.
Penubuhan MCKK dianggap bermakna sebagai perintis penubuhan sekolahsekolah Inggeris lain dan menyerapkan ramai tokoh Melayu ke dalam pentadbiran British, sterusnya membentuk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
Pelaksanaan kajian ini memberi iktibar kepada diri, masyarakat dan negara. Pertama, kajian ini memupuk semangat cinta akan negara. Kajian ini memperlihatkan bahawa negara kita mempunyai pelbagai unsur sejarah. Kita seyogianya bersyukur kerana negara kita mempunyai pelbagai unsur sejarah. Kekayaan sejarah itu menjadikan kita bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya berharap agar bangunan ini dapat memperkasakan jati diri masyaarakat.
Seterusnya, kajian ini dapat memupuk perpaduan dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana, rakyat Malaysia yang mempunyai semangat cinta akan negara, tidak dapat tidak harus bersatu bagi menjamin kesejahteraan negara. selain itu juga, perpaduan bangsa adalah suatu nilai estetika yang amat diperlukan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Selain itu, kajian ini juga mampu untuk menghasilkan negara yang terbilang di mata dunia. Sudah pasti, negara yang mempunyai tarikan bersejarah seperti ini mampu mengkomersialkan Malaysia di mata dunia. Selain itu, perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat oleh sebab semangat cinta akan tanah air akan menjadi sanjungan manusia sejagat seterusnya meningkatkan martabat Malaysia di dunia. Mereka juaga akan berusaha memperkenalkan bangunan-bangunan bersejarah ini di seluruh pelosok dunia selain memelihara dan memulihara unsur sejarah ini.
Gambar 2 Clock Tower yang terletak dalam kawasan Kolej Melayu Kuala Kangsar, turut menjadi simbol
institusi tersebut
Gambar 3 Antara tiang berkembar bangunan Big School yang menggunakan senibina Greco-Roman
Gambar 4 Gambar hadapan bangunan Big School
Gambar 5 Bangunan Prep School yang merupakan infrastruktur yang telah dibina pada 1912
Gambar 6 Ilustrasi MCKK
JURNAL •
“Maktab Melayu Kuala Kangsar” dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 3, 1998
INTERNET •
Kuala Kangsar Elite School, http://www.asiaexplorers.com/malaysia/Malay_College_Kuala_Kangsar
•
Sejarah Maktab Melayu, http://www.mckk.edu.my/information/history-of-MalayCollege
•
Keratan Akhbar, http://www.mckk.edu.my/blog/newspaper-clippings
•
Malay College Kuala Kangsar, http//en.wikipedia.org/wiki/Malay_College_Kuala_Kangsar
•
Maktab Melayu Kuala Kangsar, http://matsbp.blogspot.com/2008/07/mckkMaktab-Melayu-Kuala-Kangsar
•
Kolej Melayu Kuala Kangsar, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Melayu_Kuala_Kangsar
•
Sejarah Penubuhan MCKK, http://utusanmelayu.net/arkib/mengingati_penubuhan_Kolej_Melayu_Kuala_ Kangsar
BUKU ILMIAH •
Ghulam Jie M Khan, 2000, Buku Rekod Malaysia Edisi Khas 2, Negeri Sembilan, Ainna’s Publications.
MELAWAT TEMPAT KAJIAN •
Maktab Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
SUMBER LAIN-LAIN •
Wan Hashim Wan Teh, 1991, Biografi Bergambar D.Y.M.M. Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
•
Zainuddin Maidin, 1997, Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot, Kuala Lumpur, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak dengan kerjasama Utusan Publications & Distributors