Kerja Kursus Pendidikan Islam Tingkatan 1 2009

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Pendidikan Islam Tingkatan 1 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,778
  • Pages: 15
PENGHARGAAN

Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini tanpa menghadapi masalah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian tokoh-tokoh perjuangan Islam ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan. Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah iaitu guru matapelajaran Pendidikan Islam saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan kerjasama cikgu. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Nurul Najiha Binti Abd Rauf, Teh Masrah Binti Md Suhaimi dan Nur Adlin Mazliza Binti Mazlan, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih Nor Diyanah Binti Nor Hisham 1 Al Kindi

1

A B U B A K A R A S S I D D I Q

2

RIWAYAT HIDUP SAIDINA ABU BAKAR Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 572 masihi iaitu dua tahun selepas kelahiran Rasulullah. Beliau berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menyumbang kepada perkembangan dakwah Islam. Beliau ialah lelaki pertama memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah orang yang mula-mula beriman dengan dakwah Rasulullah. Beliau diberi gelaran 'As-Siddiq' kerana pendiriannya sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah. Beliau dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullah wafat. Beliau meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun.

PERIBADI SAIDINA ABU BAKAR Saidina Abu Bakar As-Siddiq memiliki peribadi yang sangat mulia. Sebelum memeluk Islam, beliau tidak pernah menyembah berhala dan minum arak. Setelah memeluk Islam, beliau terkenal sebagai sahabat yang sangat teguh imannya sehingga tiada siapa pun yang dapat menyamai iman Abu Bakar. Akhlaknya sangat mulia serta dikagumi oleh sesiapa sahaja. PERIBADI BELIAU: Sentiasa bersopan santun Pengasih dan amat penyayang Bersifat lemah lembut Ikhlas dalam perjuangan Bercakap benar

Tabah menghadapi dugaan Setia kawan Pembela kebenaran Benci kepada kejahatan Jujur hatinya

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA ABU BAKAR

Sumbangan dan Pengorbanan 3

Sebelum Menjadi khalifah 1. Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk. 2. Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan membayar tebusan. 3. Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan. 4. Sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Rasulullah. 5. Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.

PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH Setelah Rasulullah wafat, Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan untuk memilih orang yang akan menjadi khalifah. Mereka sebulat suara memilih Saad Ibn Ubadah untuk menjadi khalifah mengantikan tempat dan menyambung tugasan Rasulullah. Pada ketika itu, umat Islam sedang sibuk menguruskan jenazah Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar itu diketahui umum, Saiidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah pergi ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangkan memilih salah seorang dari dua samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang daripada Ansar dan seorang daripada Muhajirin. Kemudian Basyir bin Saad dari pihak Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah", serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir. Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan.

4

JASA ABU BAKAR AS SIDDIQ Saidina Abu Bakar As Siddiq ialah seorang khalifah yang telah berjaya meneruskan perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah menjalankan pemerintahan dengan adil, sentiasa mengutamakan kepentingan agama, masyarakat dan negara daripada kepentingan peribadi. Saidina Abu Bakar sangat tegas dan mengambil berat dalam memastikan kesuciaan perundangan Islam dan keamanan Negara berjalan lancar. Bagi menjamin kesejahteraan masyarakat, usaha menyelesaikan bibik-bibik perpecahan yang mungkin melanda umat Islam telah dilakukan. Dengan ini, bolehlah dikatakan bahawa Saidina Abu Bakar telah berjaya meletakkan asas kepimpinan yang boleh diteladani oleh pemimpin-pemimpin selepasnya. JASA-JASA SAIDINA ABU BAKAR Jasanya ketika menjadi Khalifah  Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku menjadi nabi  Memerangi golongan yang enggan membayar zakat  Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom  Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah  Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran

IKTIBAR 1. Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat. 2. Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup berkorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara

5

3. Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin seperti menyertai pilihanraya untuk memilih ketua ataupun pemimpin 4. Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab

6

Saidatina khadijah Binti KhuwaIlid

Riwayat hidup saidatina khadijah Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Beliau daripada keluarga mulia dan berharta. Beliau juga seorang tokoh perniagaan yang kaya-raya. Hidupnya dalam keadaan sederhana. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia

7

empat puluh tahun, manakala Rasulullah pada ketika itu berusia dua puluh lima tahun. Saiditina Khadijah ialah isteri pertama Rasulullah dan wanita pertama menganut Islam.

Peribadi saidatina khadijah Saidatina Khadijah wanita yang mulia memiliki peribadi, taat kepada perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan, dan berfikiran kreatif. Maka tidak hairanlah Rasulullah sangat mencintai Saidatina Khadijah dan menghargai pengorbanannya. Beliau wafat pada tahun ke sepuluh selepas baginda dilantik menjadi rasul, iaitu tiga tahun sebelum hijrah ke Madinah bersamaan dengan 620 masihi.

Sumbangan saidatina khadijah Saidatina Khadijah berperanan sebagai isteri dan sahabat yang setia serta jujur dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau juga selaku pendorong dan sumber inspirasi bagi memastikan perjuangan baginda berjalan terus. Beliau telah berjaya meredakan kebimbangan baginda ketika menerima wahyu pertama

yang

mententeramkan

diturunkan. dan

Pada

memberi

saat

itu,

keyakinan

beliau untuk

telah

berjaya

meneruskan

perjuangannya. Beliau sanggup berkorban harta, tenaga, perasaan, dan pemikiran untuk bersama Rasulullah mengembangkan agama Islam.

Sumbangan Saidatina Khadijah  Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap perjuangan Rasulullah.  Isteri solehah yang sentiasa setia dan jujur.  Banyak memberi sumbangan fikiran dan harta untuk perjuangan

8

Rasulullah.  Memahami tanggungjawab Rasulullah dan sentiasa yakin dengan kebenaran perjuangan baginda.

Iktibar 1. Berusaha menjadi isteri solehah seperti taat kepada suami dan sanggup berkorban untuk kesejahteraan keluarga. 2. Penyayang

dan

sabar

seperti

sanggup

bersusah

payah

untuk

kebahagiaan keluarga. 3. Memiliki sifat keibuan seperti mendidik anak dengan penuh kasih sayang.

SUMAI YAH UMMU AMMA R BIN YASIR 9

RIWAYAT HIDUP SUMAIYAH UMMU AMMAR Nama sebenar beliau ialah Sumaiyah Binti Khabbat, seorang hamba kepada pembesar Quraisy bernama Abu Huzaifah bin al- Mughirah. Beliau berkahwin dengan Yasir bin Ammar seorang pengembala dan mendapat seorang anak

10

bernama Ammar bin Yasir. Ketika Rasulullah berdakwah, Sumaiyah dan keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumaiyah memeluk Islam, mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut. Yasir, Sumaiyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka. Namun, mereka tetap mempertahankan kesucian akidahnya. Sumaiyah pula dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur di tengah panas matahari. Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga." Walaupun

diseksa,

Sumaiyah

tetap

mempertahankan

akidahnya.

Akhirnya Abu Jahal menikam Sumaiyah lembing sehingga mati. Beliau merupakan wanita pertama Syahid dalam Islam.

PERIBADI SUMAIYAH UMMU AMMAR •

Teguh iman



Sabar dan tabah



Tetap pendirian



Taat kepada Allah

SUMBANGAN SUMAIYAH UMMU AMMAR BIN YASIR •

Berani menyatakan yang hak walaupun disiksa



Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian aqidah



Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam mempertahankan agama Islam 11

IKTIBAR 

Kesucian

aqidah

wajib

dipertahanan

seperti

tidak

terpengaruh dengan kefahaman atau perbuatan yang merosakkan iman walau dalam apa keadaan sekalipun. 

Hendaklah tabah menghadapi ujian hidup seperti tidak

terpengaruh dengan tawaran pangkat atau harta untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat. 

Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran

dari Allah 

Usaha menegakkan Islam memerlukan pengorbanan yang

tinggi seperti berani menyatakan sesuatu yang hak.

BILAL BIN RABA H 12

RIWAYAT HIDUP BILAL BIN RABAH Bilal bin Rabah lahir pada tahun 43 sebelum hijrah. Beliau hamba kepada Umaiyah bin Khalaf. Penganut Islam yang pertama daripada kalangan hamba. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu, Khadijah binti Khuwailid, Abu

13

Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.Beliau menganut Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Apabila tuannya mengetahui tentang keislamannya, beliau telah diseksa di padang pasir panas terik. Kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat serta diletakkan batu besar di atas perutnya. Penyeksaan yang begini dasyat, sedikit pun tidak menggugat keimanannya. Mulutnya sentiasa menyebut “Ahad!! Ahad!! “ ketika diseksa. Beliau meninggal dunia pada 20 hijrah ketika berumur 63 tahun.

PERIBADI BILAL BIN RABAH Bilal bin Rabah seorang patuh kepada perintah Rasulullah. Beliau juga seorang yang kuat imannya kepada Allah. Selain itu, Bilal bin Rabah juga merupakan seorang yang tabah dan berani menghadapi dugaan. Beliau juga sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. A) Memiliki iman yang teguh.

E) Taat.

B) Berperibadi mulia.

F) Rajin bekerja.

C) Sabar.

G) Kuat iman.

D) Cekal.

H) Berani.

SUMBANGAN BILAL BIN RABAH Sumbangan yang boleh dirumuskan daripada peristiwa Bilal bin Rabah seperti berikut :-

SUMBANGAN BILAL BIN RABAH •

Menjadi "Muazin" (tukang azan) yang pertama pada zaman Rasulullah 14



Menjadi contoh teladan terungggul dalam mempertahankan kesucian

• •

aqidah Membantu Rasulullah menembangkan dakwah Islam dikalangan hamba Menyertai peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat

IKTIBAR Iktibar yang dapat dipetik daripada perjalanan hidup Bilal bin Rabah, antaranya :•

Menggunakan kebolehan yang ada pada diri yang untuk perkara yang baik dan berfaedah kepada agama, bangsa dan Negara seperti membantu rakan dalam kemahiran menggunakan komputer.



Mempertahankan prinsip Aqidah Islam adalah tanggungjawab setiap mukmin seperti tidak terpengaruh dengan ejeran sesat.



Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t seperti sanggup bekerja lebih masa untuk kemajuan syarikat.

15

Related Documents