SENARAI KANDUNGAN
BIL 1. Tajuk Kajian
PERKARA
2. 3. 4. 5.
Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian
6.
Hasil Kajian • • • •
7. 8. 9.
MUKA SURAT
1 2 3 4
Lokasi & Latarbelakang Istana Jahar Sejarah Bangunan Istana Jahar Kos Perbelanjaan Dan Tempoh Pembinaan Istana Jahar Struktur Bangunan & Ruang-Ruang Pameran Di Istana Jahar
•
Ragamhias Istana Jahar
•
Info Ringkas Istana Jahar
Rumusan Lampiran Rujukan
5-6 7-11 12-13 14-19 20-22 23-24 25 26 - 27 28
PENGHARGAAN 1
Alhamdililah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiap folio sejarah ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya menyempurnakan tugasan ini. Terimakasih juga saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan mereka. Sekalaung perhargaan juga saya tujukan kepada pihak sekola, terutamanya kepada Pengetua Sekolah, Puan Norizam Bt. Mohd Zain dan Puan HJH. Maziyah Bt. Abdullah, guru sejarah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat kajian sejarah tempatan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja khusus ini.
2
Objektif Kajian Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian dengan tatacara yang betul dan tepat. Kajian ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah di Kelantan. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajar Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR). Mengetahui sejarah dan penubuhan dan perkembangan bangunan tersebut Dapat menghayati nilai-nilai budaya.
KAEDAH KAJIAN 3
Saya telah melakukan beberapa kaedah untuk maklumat bagi menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.
Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan di perpustakaan. Saya bersama beberapa orang rakan telah berkunjung ke Perpustakaan awam Kota Bharu dan perpustakaan sekolah. Di situ, kami telah telah mendapat beberapa maklumat yang berguna untuk kami gunakan dalam prosess menyiapkan kerja kursus ini.
Kami
mengumpulkan buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk yang kami kaji. Maklumat yang saya perolehi daripada buku tersebut dicatat dan dibuat salinan fotostat bagi halaman yang penting untuk kajian ini.
Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temubual. Saya telah menemubual orang sumber iaitu En.Nordin bin Che Man untuk mendapat maklumat yan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah. Maklumat yang saya peroleh telah saya catat dan rakam untuk dijadikan rujukan.
Di samping itu, saya juga menggunakan kaedah melayari laman web. Saya dapat mengumpulkan banyak maklumat melalui laman web yang saya teroka. Saya jua telah memuat turun maklumat yang terdapat dalam laman web itu untuk dijadikan bahan kajian ini.
Hasil Kajian 4
Lokasi & Latarbelakang Istana Jahar
Lokasi Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini terletak di atas Lot No. 430, dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1,822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim. Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah MasJid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pemah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota. Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail (1920-1944), dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja.
Latarbelakang 5
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh (Dato' Kaya Bakti). Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah. Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya "Ringkasan Sejarah Kelantan":
"Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu, Istana merupakan tempat untuk kediaman, perlindungan, menerima tamu, mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera ". Pada tahun 1886 Sultan Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Ahmad. Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan ayahandanya (Sultan M6hammad 11), barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping Istana Jahar ini, Baginda Sultan Ahmad juga menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di sebelah hilir Istana Balai, Besar untuk Tengku Bongsu. Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana Tengku Sri Akar.
Sejarah Bangunan Istana Jahar 6
Sejarah Bangunan Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) ini pada asalnya merupakan bangunan satu tingkat dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara. Istana ini mula dibina menggunakan kayu sepenuhnya pada zaman akhir pemerintahan Sultan Muhammad 11 (1837 - 1886). Pernbinaannya siap pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11. Istana ini dibina sebagai hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda Long Kundur dengan Tengku Embong, puteri kepada Tengleu Puteh, Raja Pattani 111. Pada masa itu Long Kundur bergelar Raja Bendahara. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11 pada tahun 1886, baginda digantikan oleh anakandanya Long Sulong yang memakai gelaran Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad, bangunan Istana Jahar in! terus didiami oleh anakandanya Long Kundur. Baginda Sultan Ahmad tidak lama memerintah Kelantan. Pada tahun 1889 baginda telah jatuh gering dan mangkat.
Setelah itu Long Kundur telah ditabal dengan rasminya menjadi sultan menggantikan ayahandanya pada tahun 1889 dengan memakai gelaran Sultan Muhammad 111. Baginda terus bersemayan di Istana Jahar dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan. Baginda mangkat pada tahun 1890 setelah hanya satu tahun lebih di atas takhta. Adindanya Long Mansur kemudiannya ditabal menjadi sultan menggantikan Long Kundur, dan Long Senik (anakanda kepada Long Kundur), pula dilantik menjadi Tengku Indera Mahkota. Long Mansur menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan seterusnya memindahkan pusat 7
pentadbiran Kerajaan Kelantan daripada Istana Jahar ke Istana Balai Besar.
Bangunan Istana Jahar telah dijadikan tempat bersemayam oleh Long Senik. Demikianlah kebiasaannya sejak zaman pemerintahan Long Sulong (1886-1889) dimana raja yang memerintah akan bersemayam di Istana Balai Besar manakala bakal pengganti Sultan pula bersemayam di Istana Jahar. Pada tahun 1899 Long Mansur mangkat dan baginda diganti oleh Long Senik sebagai Raja Kelantan. Pada tahun 1911 Long Senik di gelar Sultan Muhammad IV. Baginda Sultan Muahmmad IV kemudiannya telah berpindah ke Istana Balai Besar dan bersemayam di sana. Bangunan Istana Jahar dibiarkan kosong bagi membolehkan kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian.
Baginda Sultan Muhammad IV jugalah yang telah menitahkan agar ditanam pokok Jahar di halaman bangunan Istana Jahar (Istana Raja Bendahara). Pokok Jahar banyak tumbuh di bumi Kelantan pada masa itu. Pohonnya berbunga sebesar bunga melor dan berwama kuning lemak ketam. Daunnya sebesar ibu jari dan berbentuk seakan-akan bujur empat persegi. Daunnya selalu diguna oleh orang India untuk masakan kari pada hari Jumaat. Orang Melayu pula menggunakan bunganya untuk membuat kerabu. Orang Siam memanggil pokok Jahar ini 'kelek' dan mereka sangat memuliakan pokok ini.
Pada tahun 1915 baginda Sultan Muhammad IV telah mengurniakan Istana Jahar ini kepada anakanda baginda Tengku Ismail yang pada ketika itu bergelar Tengku Sri Indera Mahkota. Pengurniaan ini adalah sebagai hadiah perkahwinan Tengku Ismail dengan Tengku Nik Tengleu Kaya Pahlawan. Tengku Ismail terus menjadikan Istana Jahar ini sebagai tempat bersemayam baginda. 8
Pada tahun 1920 Sultan Muhammad IV mangkat dan baginda telah diganti oleh anakandanya Tengku Ismail yang memakai gelaran Sultan Ismail. Baginda Sultan Ismail terus menjadikan Istana Jahar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan Istana Balai Besar sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Baginda adalah sultan yang terakhir bersemayam di Istana Jahar ini. Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1944, baginda telah diganti oleh adindanya Tengku Ibrahim. Dalam zaman pemerintahan Sultan lbrahim, Istana Jahar ini dikurniakan pula kepada menantunya Raja Perempuan Zainab 11 (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) isteri kepada-Tengku Yahya Petra. Pada ketika itu Tengku Yahya Petra bergelar Tengku Bendahara. Tengku Yahya Petra bersemayam di Istana Batu dan Istana Jahar telah dijadikan sebagai pejabat baginda. Pada zaman pemerintahan Sultan Yahya Petra, baginda sendiri bersemayam di Istana Kota Lama dan Istana Jahar telah dibiarkan tidak terurus. Mengikut Tan Sri Mubin Sheppard dalam artikelnya yang berjudul 'Kelantan Palaces Of The Past' beliau menyatakan bahawa bangunan asal Istana Jahar ini telah dirobohkan pada tahun 1965 setelah sekian lama terbiar. Tambahan pula tapak bangunan ini dicadangkan untuk pembinaan bangunan yang baru sebagaimana yang ada sekarang.
Pada tahun 1980 Tengku Ismail Petra telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Istana Balai Besar. Pada zaman pemerintahan KDYMM Sultan Ismail Petra (1979 - sekarang), baginda telah mengampuni perkenaan bangunaan Istana Jahar dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri 9
untuk dijadikan Muzium Negeri Kelantan. Bagi mewujudkan sebuah Muzium Negeri, banyak kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian perlu dilakukan. Bangunan ini uzur. kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan tidak terurus. Begitu juga dengan kawasan sekitrnya yang memerlukan kerja-kerja 'land-scaping' sesuai dengan pengwujudan sebuah Muzium Negeri yang bakal menjadi pusat lawatan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Setelah kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian selesai dijalankan maka bangunan Istana Jahar telah dirasmikan sebagai Muzium Negeri oleh Raja Perempuan Zainab 11 pada 30 Mac 1981 bersempena dengan sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan AI-Sultan Kelantan. Pameran pertama yang diadakan bertajuk 'Pameran Raja Kita'.' Kemudiannya pada bulan Ogos 1990, Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan yang baru iaitu bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan Istana Jahar telah sekali lagi diubahsuai. Muzium yang baru ini dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Upacara perasmiannya telah disempumakan oleh AI-Sultan Kelantan pada 27 Julai, 1992. Di Muzium ini kini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, dipamerkah juga jenisjenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang.
10
Kos Perbelanjaan Dan Tempoh Pembinaan Istana Jahar
Istana ini dibina oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad II atau Long Senik yang memerintah Kelantan antara tahun 1837 – 1886. Istana ini dibina khas untuk cucunda baginda Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara.
Istana Jahar ini siap dibina pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan Sultan Muhammad III dan lalu dinamakan Istana Raja Bendahara. Tempoh pembinaan Istana Jahar ialah 1 tahun.
Long kundur yang telah menaiki takhta sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad II bersemayam dan mangkat di sini.
Beberapa orang raja pemerintah negeri Kelantan telah bersemayan di istana ini, sehinggalah Almarhum Sultan Ismail Ibni Armahum Sultan Muhammad IV.
11
Kos perbelanjaan yang dianggarkan bagi pembinaan Istana Jahar ini ialah melebihi 10 000.00 kerana kayu pembinaannya merupakan kayu yang bermutu tinggi.
Selain Istana Jahar, bangunan bersejarah yang hampir seusianya di kawasan tersebut ialah Istana Batu, Istana Balai Besar dan Muzium Islam.
Kos pembinaan Istana Jahar dikatakan kos yang rendah kerana ia merupakan dibina pada zaman dahulu.
12
Struktur Bangunan & Ruang-Ruang Pameran Di Istana Jahar Struktur Bangunan Sejarah perkembangan senibina merupakan cermin kepada peradaban, kebudayaan, emosi dan falsafah bidup sesuatu bangsa. Sejarah senibinajuga dapat menjadi bukti nyata tentang kemahiran dan kemajuan yang dicapai dan secara tidak langsung dapat melambangkan identiti sesuatu kaum/bangsa itu sendiri. Rekabentuk bangunan Istana Jahar ini adalah merupakan gabungan antara dua pengaruh iaitu Timur dan, Barat. Pengaruh daripada Barat jelas kelihatan pada bentuk atapnya di bahagian hadapan (anjung) Istana Jahar. Bentuknya berbeza dengan bentuk atap rumah 'bujang' atau 'rumah tiang dua belas' masyarakat Melayu negeri Kelantan.Begitu juga dengan bentuk tiangtiang yang menyokong bangunan Istana Jahar ini. Tiang-tiangnya berbentuk 'cylinder', berbeza dengan tiang rumah Melayu yang biasanya berbentuk bulat atau pun empat segi sahaja. Bangunan Istana Jahar dibina berbentuk empat persegi panjang dan mempunyai dua tingkat. Setiap tingkat mempunyai keluasan yang sama dan dihubungkan melalui dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut bahagian belakang Istana Jahar. Di bahagian bawah Istana Jahar ini terdapat tiga ruang yang utama serta koleksi pameran iaitu: 13
Ruang Surung Terletak dibahagian hadapan berhampiran pintu masuk, memanjang ke bahagian kiri dan kanan kira-kira 57 meter dan melebar ke belakang kira-kira 7 meter. Ruang ini dahulunya digunakan oleh Sultan untuk menyambut tetamu dan pelawat yang berkunjung ke istana. Kini ruang ini digunakan untuk mempamerkan berbagai jenis koleksi tekstil. Antaranya ialah Kain Limar, Kain Limar Songket, Kain Punca Potong, Kain Aceh Rosak dan lainlain. Ruang Serambi Terletak dibahagian kanan dan kiri ruang surung, dengan keluasan 5.17 meter panjang dan 7 meter lebar. Ruang ini dahulunya digunakan sebagai tempat tinggal pengawalpengawal tetap istana.
Kini kedua-dua bilik ini digunakan untuk mempamerkan Adat Istiadat Diraja. Bilik di sebelah kanan digunakan sebagai bilik bertunang dimana segala peralatan dan perkakas yang digunakan semasa istiadat pertunangan berlangsung dipamerkan.
Bilik di sebelah kiri pula digunakan sebagai bilik peraduan. Bilik ini digunakan oleh pengantin Diraja selepas istiadat persandingan. Berbagai jenis peralatan dan sajian kuihmuih untuk santapan pengantin juga dipamerkan. Ruang Tengah Ruang ini dikenali juga sebagai Balai Tarik, mempunyai keluasan 57 x 25.47 meter. Ruang ini digunakan untuk acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan, kesyukuran, tempat persembahan kesenian seperti tarian dan nyanyian sebagai hiburan.
14
Balai tarik ini dipisahkan dengan ruangan surung oleh dinding kayu yang mempunyai 3 pintu kecil. Dinding ini dibuat daripada kayu cengal dan disusun mengikut motif janda berhias. Kini ruang tengah ini digunakan sebagai ruang utama untuk mempamerkan Istiadat Persandingan Pengantin Diraja. Selain daripada itu ruangan tengah ini juga digunakan untuk mempamerkan berbagai jenis alat perhiasan diri kaum wanita seperti gelang kaki, rantai leher, dokoh, kerongsang dan lain-lain.
Di sudut belakang Istana Jahar ini terdapat dua buah tangga berpusing bagi menghubungkan tingkat satu dan dua. Tangga ini diperbuat daripada besi tuang yang diimpot daripada luar negara. Bahagian bawah Istana Jahar ini dindingnya dibuat daripada batubatu berlapis simen/plaster. Di bahagian hadapan dindingnya memanjang hingga ke tingkat dua dibuat daripada kayu yang di susun mengikut motif janda berhias. Bagi mencantikkan lagi pandangan, dindingnya diselang-selikan dengan kaca. Di bahagian dalam pula tiangnya dibuat daripada simen dan berbentuk bulat, manakala lantainya daripada batu marmar. Di tingkat dua pula keseluruhan lantai dan dinding bahagian dalam adalah daripada kayu cengal. Pembahagian ruang di tingkat dua ini juga boleh dibahagikan kepada 3 ruang dengan koleksi pameran iaitu; •
Ruang Surung.
•
Ruang Peraduan.
•
Ruang Pakaian.
•
Ruang Surung/Anjung
15
Ruang ini memanjang ke hadapan berukuran 20 x 8 meter. Ruang ini berlantaikan kayu cengal dan tidak berdinding, dan hanya dipagari dengan besi tuang yang berukir sehingga 1 meter. Fungsinya adalah sebagai tempat beristirehat.
Ruang Bilik Peraduan Bilik ini berukuran 5.25 x 57 meterdan dahulunya digunakan sebagai bilik peraduan raja. Di kiri dan kanan bilik ini terdapat dua bilik kecil yang berfungsi sebagai bilik tidur putera dan puteri sultan. Keseluruhan bilik ini diperbuat daripada kayu cengal dan di bahagian atas dindingnya dipasang dengan ukiran tebuk tembus yang dikenali dengan nama jelaja. lanya berfungsi untuk mencantikkan pemandangan dan mengalirkan udara agar keadaan sub dalam bilik sentiasa nyaman. Kini bilik peraduan ini digunakan sebagai balai pameran untuk mempamerkan adat istiadat Diraja dizaman dahulu. Bahagian bilik-peraduan Diraja dipamerkan adat melenggang perut dan adat rnenyambut kelahiran.
Bilik yang kecil di sebelah kiri pula digunakan sebagai bilik mandi berlimau bagi ibu yang lepas bersalin dan lepas pantang. Manakala bilik ke sebelah kanan digunakan untuk mempamerkan peralatan dan alat membelah mulut, bercukur dan naik endor (buaian) putera dan puteri Diraja.
Ruang Pakaian Ruang ini terletak di sebelah kiri dan kanan di antara ruang anjung/surung dan bilik peraduan. Ruang ini berukuran 4.5 x 6.4 meter digunakan untuk menyimpan segala peralatan dan pakaian Diraja. Dahulunya ruang ini mempunyai dinding di tepi 16
membentuk seolaholah sebuah bilik. Bagi maksud menjadikannya balai pameran maka dinding tersebut telah dibuang. Sebelah kanan ruang ini digunakan untuk mempamerkan adat istiadat memijak tanah putera/puteri Diraja. Di sebelah kiri pula digunakan untuk mempamerkan adat istiadat berkhatan bagi putera raja. Di antara Ruang Anjung dan Bilik Peraduan ini terdapat satu ruang yang kosong yang tembus ke bawah. Daripada atas kita dapat melihat ruang-ruang di bawah dengan jelas. Ruang ini berbentuk bujur telur berukuran 10.06 meter panjang dan 3.33 meter lebar. Ruang ini dipagari sekeliling dengan besi tuang yang berukir setinggi 1 meter. Fungsinya adalah sebagai hiasan dan juga untuk kemudahan berhubung antara tingkat atas dengan bahagian bawah tanpa perlu menggunakan tangga.
Jenis Jenis Bilik
Keseluruhan bilik ini diperbuat daripada kayu cengal dan bahagian atas dinding ini dipasang dengan ukiran tebuk tembus yang dikenal juga dengan nama jejala. Ianya berfunsi untuk mencantikan pemandangan dan mengalirkan udara agar keadaan suhu bilik nyaman.
Kini bilik ini digunakan sebagai bilik pameran unutk adat istiadat diraja zaman dahulu. Bahagian bilik peraduan diraja dipamerkan adapt melenggang perut dan adat menyambut kelahiran.
Bilik kecil disebelah kiri pula digunakan sebagai bilik mandi berlimau bagi ibu yang lepas bersalin atau lepas pantang. Bilik si sebelah kanan pula 17
digunakan untuk mempamerkan peralatan membelah mulut, bercukur, dan naik enda (buaian) putera dan puteri raja.
Ruang pakaian terletak terletak di sebalah kiri dan kanan diantara Ruang Anjung dan Bilik Peraduan. Ruang ini berukuran 4.5 x 6.4 meter. Ruang ini digunakan mempunyai dinding di tepi membentuk seolah-oleh sebuah bilik. Tetapi oleh kerana ingin menjadikannya balai pameran dinding itu telah dibuang.
Sebelah kanan ruang ini digunakan untuk mempamerkan adat istiadat memijik tanah putera atau puteri diraja. Di sebelah kiri pula digunakan untuk mempamerkan adat istiadat berkhatan bagi putera raja.
Diantara Ruang Anjung dan Bilik Peraduan ini terdapat satu ruang yang kosong yang tembus ke bawah. Daripada atas kita dapat melihat ruang-ruang di bawah dengan jelas. Ruang ini berbentuk bujur telur berukuran 10.06 meter panjang dan 33.3 meter lebar.
Ruang ini dipagari sekeliling dengan besi tuang yang berukuran tinggi 1 meter. Fungsinya adalah sebagai hiasan dan juga sebagai kemudahan berhubung antara tingkat atas dengan bawah tanpa perlu menggunakan tangga.
Ragamhias Istana Jahar Ragamhias adalah merupakan pelengkap bagi menambahkan lagi seri kecantikan sesuatu 18
bahan. Penggunaan ragamhias ini juga kadangkala mempunyai makna yang tersirat. Faktor alam sekitar seperti flora dan fauna serta adat menjadi sumber ilham dalam penciptaan dan penerapan ragamhias yang bersifat simbolik. Namun demikian, ragamhias biasanya menyentuh masalah kehidupan dan falsafah di sebalik kegunaarmya. Dalam membincarakan tentang ragamhias ini kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang 3 aspek yang utama iaitu fungsi, bentuk, dan motif. Fungsi Fungsi ragamhias adalah supaya bangunan kelihatan lebih cantik dan menarik. Selain daripada itu, ragamhiis juga berper.anan menyampaikan pesanan, nasihat dan pengaJaran kepada para pencinta seni. Bentuk Bentuk-bentuk yang dihasilkan pula adalah mengikut keadaan alam sekeliling dengan mengambil kira nilai-nilai keagamaan sebagai landasan penciptaarmya. Motif Pada kebiasaanya motif ini diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu flora dan fauna. Motif-motif ini akan disusun dan dibentuk sedemikian rupa bagi menampakkan keserasian dan keharmonian antara satu sama lain. Kesernua unsur-unsur ini (fungsi, bentuk dan motif) dijalin, digabungkan dan diteraplcan ke dalam seni ukiran pada bangunan Istana Jahar bagi menampakkan keunikan dan keindahan senibina dan bangunan itu sendiri. Jenis -Jenis Ragambias Istana adalah merupakan sebuah bangunan indah yang melambanglcan kedudukan serta ketinggian status pemiliknya. Menyedari betapa pentingnya fungsi sebuah istana, maka bentuk dan ragamhiasnya juga mestilah indah kerana ia merupakan sebahagian daripada 19
simbol keagungan dan kedaulatan pemiliknya. Kebanyakkan ragam hias di Istana Jahar bermula dengan konsep penciptaan 'awan larat'. Corak awam larat bermula dari satu tempat dan melarat (menjalar) memenuhi ruang sesuai dengan falsafah seni hias orang Melayu yang terkenal iaitu:-
"Tumbuh hendaklah berpunca, punca itu rahsia, tajam tidak menerjah lawan, lilit fidak mematuk lawan tetapi berlegar mesra".
Falsafah ini jugalah yang menjadikan seni hias orang-orang Melayu terkenal dan diminati sehingga kini. Lantaran itu bangunan Istana Jahar telah dipenuhi dengan berbagai jenis corak dan bentuk ragamhias yang menarik. Antara lain jenis-jenis ragamhias yang dimaksudkan ialah: •
Sirip Naga Sirip Naga menyerupai bentuk sirip yang terdapat di atas belakang naga. Menghiasi pada bahagian atas tulang ra.6ung- (Perabung).
• • •
Ekor Itik Diperbuat daripada simen dan menyerupai bahagian ekor itik. la juga terletak di atas bumbung dibahagian hujung perabung. la adalah pelengkap kepada hiasan sirip naga.
•
Andang-Andang Diperbuat daripada kayu cengai dan berukiran tebuk tembus. Andang-andang 20
ini dipasang di bahagian hujung Ouring) atap iaitu di bahagian kayu/papan pemeleh. Terdapat duajenis motif yang digunakan iaitu motif pucuk rebuang dan bunga petola. •
Jejala Juga diperbuat daripada kayu cengal dan berukiran tebuk tembus. Jejala ini dipasang sebagai pemisah ruang di antara hujung atas dinding dengan siling/bumbung. Selain berfungsi sebagai hiasan iajuga bertindak sebagai sistem pengaliran udara dan cahaya.
Terdapat berbagai motif yang digunakan dalam menghasilkanjejala ini. Antaranya ialah sulur kacang, bunga daia, bunga tikam, bunga ladu dan lain-lain.
Info Ringkas Istana Jahar
Oblektif Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini ditubuhkan untuk memelihara dan mengekalkan bangunan lama yang bersejarah iaitu Istana Jahar dan menampilkan 21
pengetahuan mengenai adat istiadat Diraja Kelantan di zaman dahulu. Koleksi Muzium, ini mempamerkan peralatan (artifek-artifek) mengenai adat istiadat Diraja di zaman dahulu bermula dari sejak kelahiran hinggalah ke alam perkahwinan. Selain daripada itu terdapatjuga koleksi tekstil, peralatan tembaga dan alat perhiasan diri. Semasa pameran berlangsung diperdengarkan (diiringi) alunan muzik tradisional.
Balai Pameran Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini mempunyai dua buah balai pameran iaitu di tingkat atas dan bawah.
Pegawai Bertugas Balai pameran dikawal selia oleh beberapa orang Penjaga Muzium yang beruniform diketuai oleh seorang Penyelia. Masa Muzium ini dibuka pada tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang. Bayaran Bayaran dikenakan RMI.00 bagi orang dewasa dan RMO.50 sen bagi kanak-kanak. Bagi pengunjung luar negara pula bayarannya ialah RM2.00 orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.
Alamat Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan 22
Jalan Sultan 15000 Kota Bharu Tel: 09-7444666
RUMUSAN Saya amat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini banyak pegetahuan dan nilai yang telah saya pelajari.
Melalui kajian yang telah saya lakukan mengenai bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia, dapat saya merumuskan bahawa bangunan bersejarah ini harus dipelihara dengan baik agar menjadi kebanggaan kita. Sekiranya kita tidak memelihara 23
bangunan bersejarah ini dengan baik, kemungkinan bangunan bersejarah akan hilang dan Negara kita akan kehilangan kesan peninggalan sejarah.
Selain itu, kita harus berbangga dengan bangunan bersejarah yang terdapat di Negara kita. Hal ini menunjukkan bahawa Negara kita juga mempunyai bangunanbangunan bersejarah. Oleh itu, janganlah kita melupai bangunan bersejarah yang terdapat di Negara kita.
Melalui kajian yang dibuat, saya mengkaji dengan lebih mendalam tentang Istana Jahar, terutamanya tentang sejarah bangunan tersebut. Untuk mengekalkan bangunan bersejarah, kita perlulah sentiasa berkerjasama mengekalkannya. Dengan itu itu, kita dapat menanamkan perasaan cinta akan warisan bersejarah di negara kita.
24