Kepimpinan Dakwah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepimpinan Dakwah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,000
  • Pages: 11
Kepimpinan

1

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ Disediakan Oleh : Adima Bt. Semat ( A 65408 ) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDAHULUAN Kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah kumpulan atau organisasi supaya pihak terlibat menyusun dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan yang tertentu. Dengan adanya seorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan secara bersama. Seterusnya, dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin akan menjamin dan memastikan kepentingan semua pihak terpelihara. Namun demikian, dengan adanya kuasa ketua atau pemimpin tidaklah bermakna seseorang yang memegang jawatan itu boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Bahkan ketua atau pemimpin terikat dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam. Seseorang pemimpin haruslah memerintah atau mengurus berlandaskan syura yang mana segala keputusan yang diambil merupakan suara majoriti. Justeru itu, di dalam kertas kerja ini, kita cuba melihat kepimpinan yang dimiliki oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan membandingkannya dengan bentuk kepimpinan yang dianjurkan oleh Islam yang pelaksananya adalah dirintis oleh Rasulullah Saw dan para khalifah Islam sesudahnya. TAKRIF KEPIMPINAN Menurut Kamus Dewan, kepimpinan diambil dari kata dasar pimpin, yang membawa erti bimbing, pandu, tunjuk dan sebagainya. Manakala memimpin pula ialah memegang

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

2

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ tangan, mengetuai, mengepalai, membimbing, mendidik mengasuh dan sebagainya. Pimpinan pula ialah perihal memimpin, didikan dan asuhan. Bagi kebanyakan pengkaji kepimpinan moden seperti Fielder (1967:11) melihat kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan di mana kuasa dan pengaruh diagihkan secara yang sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu yang lain. Islam tidak sama sekali mengenepikan perihal kepimpinan kerana ia merupakan elemen yang menjadi sendi utama dalam menggerak dan menyusun masyarakat supaya selari dengan perintah Allah Swt. Syeikh Ibnu Taimiyah (t/th:45) menakrifkan kepimpinan sebagai menunaikan amanah-amanah. Beliau mengambil kefahaman daripada hadis Rasulullah Saw yang bermaksud : “Barangsiapa yang menyerahkan sesuatu jabatan (urusan) kepada seseorang dalam suatu jama’ah, padahal ia telah melihat orang yang lebih berhak bagi urusan itu, maka ia telah mengkhianati Allah dan Rasul serta seluruh orang mukmin”. Riwayat Hakim fiSahih. Menurut Abd Talib Mohd Zain (1972:40 43) pimpinan boleh diberi pelbagai takrifan. Ia boleh diberi pengertian sebagai satu seni untuk menyusun, menyelaras dan memberi perangsang kepada individu atau kumpulan untuk menyampaikan cita-cita bagi satu-satu pertubuhan. Pimpinan juga boleh diberi pengertian sebagai alat perhubungan di mana seseorang pemimpin itu mempengaruhi pengikutnya agar bekerja sama. Justeru, melalui takrifan-takrifan yang diberikan dapatlah disimpulkan bahawa kepimpinan jika dikaitkan dengan pengurusan dan pentadbiran adalah merupakan kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. SEJARAH PENUBUHAN PERKIM

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

3

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ditubuhkan pada 20 Ogos 1960 oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( M.Y. Jaafar 1991:51). PERKIM merupakan sebuah badan NGO di bawah kerajaan yang berkecimpung dalam bidang dakwah di mana sasaran dakwahnya ialah bukan Melayu, Orang Asli, Cina, India dan lain-lain bangsa (Suara PERKIM 1999:3). Objektif penubuhan PERKIM

ialah sebagai badan sukarela yang memberi

perkhidmatan dalam bidang kebajikan dan pembangunan masyarakat di samping mengambilberat hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak yatim, orang miskin dan sebagainya yang memerlukan pembelaan tanpa mengira ras atau agama di samping memberikan pengajaran dalam bentuk kursus-kursus bimbingan Islam kepada para saudara baru ( PERKIM t/th:3). Sebagai menjelaskan lagi objektif PERKIM ialah seperti berikut ( M.Y Jaafar 1991:52) : ◘ Dakwah : menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan. ◘ Pelajaran : memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undangundang. ◘ Kebajikan : menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan amal jariah yang lain kepada yang sakit, miskin, susah dan daif. ◘

Kerjasama : iaitu kerjasama dalam bidang agama Islam dengan mewujudkan

perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kepentingan dan kemajuan agama Islam.

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

4

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _



Lain-lain : menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan untuk memajukan

agama Islam.

ORGANISASI KEPIMPINAN DAKWAH PERKIM PERKIM mempunyai organisasi atau division di setiap negeri kecuali Sabah (di Sabah fungsi PERKIM diserapkan terus kepada pentadbiran USIA ( United Sabah Islamic Association ) ). Di setiap bahagian kecuali Perlis, cawangan-cawangan PERKIM ini mengadakan hubungan khusus dengan badan-badan sukarela yang lain yang berada di bawah pentadbiran kawasan-kawasan setiap negeri. Bahagian-bahagian PERKIM

ini mengendalikan pentadbiran, kewangan dan

aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh mereka sama ada melalui PERKIM Kebangsaan mahupun peringkat cawangan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dibuat melalui pengundian dan diumumkan ketika Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada hari yang sama. Organisasi PERKIM diketuai oleh seorang presiden yang lebih dikenali sebagai jawatan Yang Dipertua, dibantu oleh Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan di bawahnya dibentuk pula organisasi pelaksana yang terdiri daripada ahli-ahli yang menganggotai pertubuhan ini.



Keahlian

PERKIM membuka keahlian melalui dua cara iaitu, keahlian biasa yang terbuka kepada orang-orang Islam yang bermastautin di Malaysia. Satu lagi ialah keahlian bersekutu

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

5

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ yang dibuka kepada orang-orang bukan rakyat Malaysia dan orang-orang asing yang Muslim.



Sumber Pendapatan

Aktiviti-aktiviti PERKIM dibiayai sepenuhnya oleh ahli-ahlinya dan kerap juga mendapat sumbangan dan pembiayaan daripada sektor-sektor korporat dan agensi-agensi kerajaan. 

Program-program dan Projek-projek

Di bawah pentadbiran dan pengurusan PERKIM, terdapat tiga bidang penting dan utama yang diselenggarakan oleh mereka iaitu aktiviti-aktiviti kebajikan, pendidikan dan dakwah Islamiyah. 1. Kebajikan. Di bawah kerja-kerja kebajikan ialah memberi khidmat bakti dari sudut klinik-klinik bergerak, membuka rumah-rumah bagi orang kurang upaya, menjaga dan menolong wanita-wanita yang tidak bernasib baik, menjaga kebajikan orang pelarian Muslim dari kemboja, Bosnia dan sebagainya (Suara PERKIM 1999:3). Setakat ini, PERKIM mempunyai dua Rumah Anak-anak Yatim di Alor Setar, Kedah dan satu lagi di Sabak Bernam, Selangor. PERKIM juga turut menyumbangkan pembiayaan kepada rumah anak-anakm yatim yang diluar pentadbiran PERKIM. Di samping itu juga, PERKIM memiliki tiga asrama kecil yang mengendalikan anak-anak gadis remaja yang lari dari rumah, wanita-wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan suami atau keluarga dan orang-orang yang kurang

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

6

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ berkemampuan yang berhajat untuk menumpang berteduh sementara sementara belum mendapatkan rumah dan kemudahan yang lebih selesa. Pada tahun 1975, satu unit khas di bawah seliaan PERKIM berkenaan dengan perlindungan terhadap pelarian-pelarian Muslim dari Indo China telah diwujudkan. Di samping itu, PERKIM juga menguruskan kebajikan pelarian-pelarian dari BosniaHerzegovina. Dengan kerjasama bersama UNHR, PERKIM turut menyelia keperluan pelarian-pelarian dari negara-negara lain di dunia tanpa mengira bangsa mahupun agama. Di Kuala Lumpur, terdapat Pusat Pemulihan dan Kesihatan PERKIM di Bandar Sentul yang menyediakan rawatan fisioterapi dan perkhidmatan kerja-kerja terapi kepada pesakit-pesakit jangkitan strok dan lain-lain lagi yang memerlukan rawatan pemulihan fizial. Di sesetengah tempat, dibuka pusat-pusat yang serupa dan lebih kecil bagi mereka yang menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan daripada klinikklinik swasta (PERKIM t/th:7). PERKIM juga menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak di kawasan-kawasan perkampungan orang Asli dan kawasan-kawasan sekitarnya. Unit ini juga terdapat di TASPUTRA PERKIM (Pusat Kanak-kanak Cacat) yang terdapat di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga satu Pusat Perkhidmatan Kebajikan PERKIM (PWSC) yang menyediakan program-program dalam bentuk kelas-kelas agama untuk saudara baru (setiap hari), ceramah-ceramah dan kursus-kursus berbentuk Islam kepada non-Muslim (setiap minggu), syarahan-syarahan dan forum-forum berkenaan isu semasa (setiap minggu), panduan agama dan kaunseling saudara baru (setiap hari) dan banyak lagi. PERKIM Kebangsaan juga turut membantu orang-orang miskin dari kalangan orang Asli di mana cawangan-cawangannya menyelidik kawasan-kawasan kediaman

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

7

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ orang Asli yang berhampiran dan di sekitarnya. Mereka memberi bantuan dalam meningkatkan ekonomi dan status sosial orang Asli serta pendidikan kanak-kanak Asli tersebut.

2. Pendidikan Satu projek PERKIM yang boleh dibanggakan ialah dengan tertubuhnya Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) yang ditubuhkan pada tahun 1967 yang melatih belia-belia dari kalangan saudara baru dan non-Muslim sebagai kader-kader yang bakal menjadi guruguru dan pendakwah kepada masyarakat dan kaum mereka. IDIP yang terdapat di Pengkalan Chepa, Kelantan ini menawarkan kursus selama empat tahun termasuk latihan dan praktikal dan ianya terbuka juga kepada pelajar-pelajar asing. Selain itu, PERKIM juga membuka Taman-taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) kepada kanak-kanak pra sekolah tanpa mengira ras atau agama. Di negara ini, terdapat tiga TASKA PERKIM yang telah diwujudkan dan akan ditambah lagi menurut perancangan. 3. Dakwah Islamiah Tugas PERKIM dalam bidang ini ialah menyelesaikan tanggapan non-Muslim kepada Islam yang salah dan sikap prejudis mereka terhadap agama ini. Penerangan adalah dalam bentuk perbincangan dan ceramah-ceramah umum. Di samping itu, PERKIM turut bekerjasama dengan badan-badan dakwah lain di negara ini dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam. PERKIM DAN PENTADBIRAN DI DALAM ISLAM

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

8

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ Secara keseluruhannya, jika dilihat pada organisasi kepimpinan dan bidang-bidang tugas yang dijalankan oleh PERKIM dan perbandingannya dengan sistem pentadbiran organisasi di dalam Islam, tidak banyak perbezaan yang dapat diperhatikan. Rasulullah Saw walaupun pada peringkat permulaan Islam, namun baginda telah pun membina satu struktur pentadbiran yang tersusun. Baginda melantik Pemegang Mohor, Setiausaha Sulit, Ketua Turus Angkatan Tentera dan beberapa jabatan lain dalam sistem pentadbiran baginda serta majlis syura untuk memberikan pandangan dan pendapat kepada baginda. Demikian juga dalam hal-ehwal kewangan, baginda telah mewujudkan institusi Bait al-Mal untuk menyelenggarakan aktiviti memungut dan mengagihkan hasil negara (Syed Omar Syed Agil 1998:236). Harus dikira logik, PERKIM adalah cabang daripada pentadbiran negara biarpun ia cuma badan sukarela dan tidak terlibat di dalam badan politik. Walau bagaimanapun, dari segi pentadbiran dan pengurusan seperti organisasi-organisasi lain, ia dikira menepati kehendak Islam. Iaitu ianya ditadbir oleh seorang ketua yang tetinggi, sementara timbalan-timbalan atau pembantu yang lain menjadi penyelia kepada anggota bawahan yang melaksanakan tugas dakwah dan sebagainya sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Di dalam kepimpinan PERKIM juga, wujudnya majlis syura yang memainkan peranan penting untuk memberikan pandangan dan idea yang membina demi menjamin bahawa setiap usaha mereka yang berkerja di jalan Allah mendapat keredhaannya. Majlis syura tidak dinafikan wujud semasa Rasulullah Saw masih hidup lagi di mana sebelum melaksanakan sesuatu tindakan sugguhpun telah diketahui bentuk tindakan yang diambil tetapi Rasulullah juga turut mengambil pandangan para sahabat baginda. Tradisi ini tetap diteruskan pada zaman pemerintahan para khalifah sesudah baginda sehingga ke hari ini.

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

9

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ Selain itu juga, jasa PERKIM di dalam usaha dakwah juga tidak boleh dipertikaikan. Kewujudan cawangan-cawangannya di seluruh negara mengingatkan kita kepada usaha Rasulullah yang mengutuskan beberapa orang sahabat yang terlatih untuk menyampaikan Islam di wilayah-wilayah yang baru dibuka oleh Islam. Walau bagaimanapun, PERKIM juga tidak terkecuali daripada masalah-masalah yang sedikit sebanyak menggugat kegiatan pertubuhan ini. Masalah kekurangan sumber pendapatan dan kekurangan tenaga-tenaga yang terlatih sering kali menjadikan usaha dakwah PERKIM menemui kebuntuan. Walau bagaimanapun, kesimpulan yang dapat diambil bahawa kepimpinan PERKIM sememangnya menepati ciri-ciri yang Islamik dan harus siperbaiki lagi demi mencapai matlamat yang dikehendaki sebagai sebuah pertubuhan yang berfungsi dalam kebajikan-kebajikan Islam.

PENUTUP Sememangnya kepimpinan itu merupakan satu aspek penting yang harus diberi perhatian. Perbincangan mengenai kepimpinan bukan sesuatu yang baru. Sebab itu, berjaya atau tidaknya sesuatu organisasi bergantung sepenuhnya kepada daya kepimpinan ketua atau pemimpinnya. Dalam pada itu juga, kita harus melihat bentuk kepimpinan sesuatu organisasi khususnya organisasi-organisasi yang bekerja untuk Islam sama ada benar-benar memenuhi citra Islam atau bagaimana. Tuntasnya, kepimpinan dalam mana-mana

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

10

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ organisasi pun haruslah berpaksi kepada perintah Allah Taala yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Wallahu a’lam.

Bibliografi

Abd. Talib Mohd. Zain. 1972. Pemimpin dan Pimpinan. t.pt. Fielder. 1969. Leadership Readings. England: University Press, Midlest. M.Y Jaafar. 1991. Pengalaman PERKIM tentang saudara baru : masalah dan penyelesaian. Dlm. Ismail Abdul Rahman & Mohd. Nasir Omar (pnyt.). Islam Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Kepimpinan

11

Dakwah dalam PERKIM _______________________________________________________________________ _ cabaran dan isu semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. PERKIM. t.th. t.pt. Syed Omar Syed Agil. 1998. Sejarah kepemimpinan dalam sistem pentadbiran Islam. Dlm. Syed Othman AlHabshi & Hamiza Ibrahim (pnyt.). Pengurusan dan pentadbiran mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai. Kuala Lumpur: IKIM. Syeikh Ibnu Taimiyah. t.th. Pedoman Islam bernegara. t.pt. Suara PERKIM. 1999. t.pt.

Adima Semat/ Kepimpinan Dakwah

Related Documents

Kepimpinan Dakwah
June 2020 18
Kepimpinan
November 2019 48
Kepimpinan
May 2020 39
Kepimpinan
May 2020 40
Kepimpinan
November 2019 56
Dakwah
June 2020 45