Kepentingan Cukai Import Kepada Negara

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepentingan Cukai Import Kepada Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 375
  • Pages: 1
Kepentingan Cukai Import Kepada Sesebuah Negara (a)Mendatangkan hasil kepada kerajaan Duti import membolehkan kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Pada tahun 2005, jumlah hasil daripada duti import adalah srbanyak RM4148 juta, mewakili 15.9% daripada hasil cukai tidak langsung. (b)Memberi perlindugan kepada industri tempatan Duti Import akan menaikkan harga barang-barang import dan mengurangkan kebolehan barang ini untuk bersaing dengan barang-barang tempatan. Akibatnya, permintaan barang-barang tempatan akan meningkat dan industri tempatan akan terus berkembang. (c)Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan Duti import member perlindungan kepada industri tempatan untuk meningkatkan pengeluaran. Perkembangan industri tempatan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. (d)Membaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran sebuah negara Duti import menaikkan harga barang-barang import dan permintaan untuk barangbarang import akan jatuh. Kejatuhan import dapat menaiki kedudukan imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran ssebuah negara. (e)Mengatasi lambakan Lambakan bererti menjual sesuatu barang dengan harga yang sangat murah di pasaran luar negara berbanding dengan negara asalnya (biasanya lebih rendah daripada kos pengeluaran di pasaran luar negara). Lambakan dari luar negara akan mengancam perkembangan industri tempatan sesebuah negara. Duti import yang dikenakan dapat mengelakkan pasaran tempatan daripada lambakan pengeluar asing. Tujuan kerajaan mengenakan duti eksport: (a)Mendatangkan hasil daripada kerajaan Duti eksport dapat digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan. Pada tahun 2005, duti eksport menyumbang 6.3% daripada jumlah hasil cukai tidak langsung. (b)Menyekat bahan mentah terus dieksport ke luar negara Duti eksport dapat menyekat bahan mentah daripada terus dieksport tanpa diproses menjadi barang separuh siap atau barang akhir. Polisi kerajaan ini adalah untuk menggalakkan pengeluar keluaran utama memproses dan menambah nilai terhadap barangan mereka sebelum dieksport ke luar negara. Contohnya, kayu balak harus diproses menjadi papan dan perabot, getah harus diproses menjadi tayar dan sarung tangan, dan minyak kelapa sawit harus diproses menjadi petrokimia dan asid lemak. (c)memajukan industri yang berasaskan sumber tempatan Duti eksport akan menggalakkan bahan mentah diproses dalam negara. Hal ini akan mendorong kepada perkembangan dan mewujudkan peluang pekerjaan oleh industri yang berasaskan sumber tempatan. Duti eksais ialah cukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dikeluarkan dalam negara dan hendak dijual di pasaran dalam negara. Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais: (a)Mendatangkan hasil kepada kerajaan Pada tahun 2005, duti eksais mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM6331 juta. (b)Menyekat orang ramai daripada menggunakan sesetengah barang seperti rokok dan minuman keras yang boleh menjejaskan kesihatan.

Related Documents