Kepada Pemimpin Setiap Zaman

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepada Pemimpin Setiap Zaman as PDF for free.

More details

  • Words: 216
  • Pages: 1
Kepada pemimpin setiap zaman: Jangan sekali-kali menzalimi orang "Hampir 300 tahun yang lalu, didalam bukunya Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Imam Habib Abdullah Haddad (1044H-1132H) telah menulis yang cukup relevan dengan kita kini sebagai pesanan: "Ingat seribu kali ingat, jangan sekali-kali anda menzalimi rakyat jelata, sebab yang demikian itu akan menarik kepada kecelakaan duniamu dan akhiratmu. Sebagaimana dilarang anda menzalimi rakyat anda sendiri, maka samalah dilarang juga anda membiarkan setengah menzalimi setengah yang lain. Begitu pula dilarang anda mengabaikan segala urusan segala urusan mereka, tiada memandang dan meneliti keadaan hidup mereka. Berkata Saidina Umar Ibnul-Khattab r.a. (sewaktu dia menjadi Khalifah – jiwakitamerdeka): Sekira seekor anak kambing mati ditepi sungai Furat (di Iraq) dengan sia-sia, aku khuatir aku akan disoal mengenainya. Ini baru anak kambing saja. Betapa pula dengan orang yang mensia-siakan anak–anak yatim, janda-janda miskin, fakir dan miskin serta orang-orang yang tidak berdaya dari kaum Muslimin?" Dalam sub-bab sebelumnya, Imam Habib menyebut hadith dimana Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tiada seorang pembesar yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga. Berhati-hatilah wahai pemimpin setiap zaman. Jangan menjadikan diri kita sebagai hamba moden yang membantu pemimpin menzalimi rakyat jelata dalam setiap hal. Kearah Dunia Adil & Sejahtera Rujukan: Imam Habib Abdullah Haddad (1044H-1132H) (terjemahan Syed Ahmad Semait)(1981). Singapura : Pustaka Nasional. Muka surat 281."

Related Documents

Kepada Pemimpin Setiap Zaman
November 2019 36
Pemimpin
November 2019 47
Pemimpin
June 2020 28
Pemimpin
May 2020 36
Zaman
June 2020 37

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31