Semua itu berlaku tanpa aku duga sama sekali. Aku tidak pasti bagaimanakah bermulanya persahabatan yang seerat itu.Yang aku ingat, pertama kali aku bersua muka dengannya hanyalah sewaktu aku mendaftarkan diri pada hari pertama di kampus ini. Kami sama-sama dalam satu barisan ubtuk mengambil kunci bilik asrama masingmasing. Selepas itu,tidak ada apa-apa pertemuan atau perbualan. Cuma aku sering mendengar Zilla bercerita tentang Syahmi, pemuda yang sangat diminatinya. Bagi aku, dia tidak menarik perhatianku langsung. Dia kelihatan ego di mataku…………. Itulah, setelah hampir satu tahun, aku berada di kampus bertuah ini, barulah aku bercakap-cakap dengan dia. Itupun secara kebetulan. Hari itu, hari Jumaat, tanggal 17 April. Aku ke bandar Kuantan dengan kawan-kawanku. Dek kerana penumpang yang agak ramai, aku terpaksa duduk berasingan dari kawan-kawan. Kami duduk sebangku. Nasibku agak malang bila jam tanganku terlucut dari tangan. Terkialkial aku cuba membetulkan kedudukan tali jam di tanganku. Mungkin kerana simpati, dia menghulurkan bantuan. Kemudian dia berjanji, esok jam tanganku akan dipulangkan. Esoknya, seorang teman memberitahu aku, Syahmi ingin bertemu dengan aku di kafeteria. Betul seperti kata temanku itu, dia menantiku penuh setia walaupun aku tiba satu jam selepas itu. Dia menghulurkan jam tanganku. Aku sedikit hairan, tali jam tanganku sudah baru, katanya tali sebenar jam tanganku tidak boleh dilekatkan lagi, jadi dia gantikan dengan yang baru. Beberapa kali kuulang aku mahu jelaskan bayaran tali jam tersebut, tapi dia enggan. Setengah jam aku berbualbual dengan dia, aneh… dua jam selepas itu aku sudah ke Teluk Chempedak dengan Syahmi, sesuatu yang tidak pernah merancangnya. Nyatalah, Syahmi seorang lelaki yang baik. Tidak seperti Dean yang selalu memaksa aku membantu dia menyiapkan assignmentnya. Dari cakap-cakap Syahmi aku dapat rasakan keikhlasan budi bicaranya. Pertemuan sehari itulah membuat aku merasa sesuatu yang asing dalam perasaan terhadap dirinya. Dari kelembutan dan ketegasan yang dia tunjukkan, aku dapat rasakan aku akan dilindungi dan disayangi. ***************************
Belumpun satu minggu aku berkawan dengan Syahmi, kawan-kawan rapatku mula menunjukkan rasa tidak senang hati. Has dan Biha,
jarang-jarang ingin bercakap dengan aku sekalipun selama ini kami bertiga selalu ke kuliah bersama-sama. Nia juga sedikit merenggangkan diri dariku. Apa lagi Zilla…. Sekalipun dia tidak menunjukkan sikap negatifnya terhadap diriku tapi aku rasa bersalah…. Aku suarakan hal ini pada Syahmi, katanya biar apa orang buat, kita jangan dengar. Orang lain tahu apa pada hal kita… Aku sebenarnya tidak tergamak untuk merampas kekasih siapa-siapa. Tapi Syahmi yang ingin berkawan dengan aku. Dan aku sendiri amat senang berkawan dengan Syahmi. Sukar untuk aku melupakan dia begitu saja……. Satu hari, sedang aku duduk di dalam bilik hostelku, pintu bilikku diketuk berkali-kali. Aku membuka pintu, kulihat di luar, wajah Has agak kusut memandang ke wajahku. “Shimei…aku minta maaf sebab mengganggu engkau. Ram nak jumpa engkau. Dia ada di dalam bilik aku”, Has bersuara. “Bila? , aku bertanya. Sekadar menghilangkan kegusaran sebab aku pasti apa yang dia ingin bicarakan dengan aku. “Sekarang la……”, aku mengekori Has ke biliknya. “Shimie.. engkau tentu tahu, kenapa aku panggil engkau ke mari…”, Ram membuka bicara. “Aku bukan tak suka engkau bahagia, tapi…… aku tak suka tengok orang memusuhi engkau. Engkau kawan baik aku, sudah lama kita berkawan. Tiba-tiba hari ini, orang lain asyik membicarakan hal engkau. Engkau lihat Zilla sekarang, dia menangis sepanjang hari. Sedang final exam tinggal beberapa hari saja lagi. Tak kasihankah engkau pada dia”, Ramy bersuara lembut. “Ramy, Has, Biha… aku tak pernah berniat intuk merampas Syahmi dari Zilla. Tapi sekadar ingin berkawan dengan dia sebab aku rasa aku sesuai dengan dia. Kalau Syahmi bercinta dengan Zilla, Zilla tak harus risau, aku Cuma ingin berkawan, Itu saja…sampaikan salam aku pada Zilla, teruslah berkawan dengan Syahmi, sebab Syahmi tu seorang yang sangat baik………..”, aku meninggalkan meraka dengan perasaan yang sebak. Semalaman aku berfikir, apakah tindakan yang kan aku ambil. Dan malam itu aku menulis untuk Syahmi buat pertama kalinya. Aku menceritakan masalah yang aku hadapi. Dan aku sendiri tidak mahu,
kerana perkara remeh-temeh seperti itu, prestasi pelajaranku akan terjejas. Waktu aku menyiapkan surat tersebut, Kak Mahani, rakan sebilikku sudah lama lena dibuai mimpi. ************************* “Shimie…kenapa macam boring aje? Dah tak suka nak kawan dengan abang ke?”, Syahmi bersuara. Seperti selalunya, kami ke kuliah bersama. “Bukan tak suka..tapi, ini ada surat untuk abang. Abang baca dulu baru buat komen.. Okey?,” aku menyerahkan surat itu kepadanya. “Surat apa ni? By the way, balik kelas nanti, abang tunggu Shimie dekat pondok telefon depan blok A. Jangan tak tunggu pulak…”, dia tersenyum sambil memasukkan surat ke dalam poket bajunya. Hari itu aku rasakan jam berpusing amat lambat. Menanti ke pukul empat setengah, aku bagaikan berbulan rasanya. Tumpuanku terhadap pelajaran memang tak seratus peratus hari itu. Tepat jam empat setengah, aku bergegas ke pondok telefon. Syahmi menantiku dengan senyuman. “Shimei… abang dah baca surat Shimie..sayang juga Shimie pada abang ye. Don’t worry Shimie, malam nanti abang kasi jawapan. Tapi sekejap lagi abang nak temankan Zilla ke bandar. Kalau Shimie nak ikut boleh juga, tunggu kat bus stop pukul lima setengah. Tadi abang jumpa Dean, dia nak jumpa Shimie. Dengar ajelah, nanti dia panggil… Jangan tak jumpa Dean. Dia tengah rindu tu……”’ aku Cuma senyum. Tak tahu apa yang harus kukatakan. “Abang… abang pergilah dengan Zilla. Shimie jumpa Dean. May be pekara ni akan settle sikit masa lagi… Oh ya.. selamat berbahagia dengan Zilla…”, aku tinggalkan Syahmi terpinga-pinga. Sebenarnya ada rasa cemburu menyelinap di hati kecilku. Dari jauh aku dengar Syahmi memanggil-manggil namaku. Petang itu aku berjumpa dengan Dean di gelanggang tenis. Seperti biasa dia menyamnut kedatanganku dengan gurauan. “Shimie jumpa Dean ni, pak we tak marah ke?. dia menyindirku. “Nak marah apa.. Shimie mana ada pak we…”, aku membalas. “Shimie…actually, Syahmi dah cakap dengan Dean. Dean sedih juga sebab Shimie akan tinggalkan Dean. Kita dekat setahun berkawan.
Tapi… kalau dengan Dean, Shimie mungkin selalu la dapat macam orang-orang lain. Dean pun jahat, selalu suruh Shimie tolong buat aasignment. Pedirian Dean pun sebenarnya belum tetap lagi… kita masih terlalu muda. Kita baru lapan belas tahun”, lembut mata Dean merenung ke wajahku. Aku pegang erat-erat tangan Dean, aku sendiri tidak pasti akan pendirianku… “Dean.. Shimie tak akan tinggalkan Dean. Macam mana kita sekarang. Macam gitulah masa akan datang. Cuma, Shimie perlukan perhatian dari seseorang yang betul-betul mengambil berat tentang diri Shimie. Sekalipun selama ini kita selalu bersama, kita tak pernah bicarakan soal perasaan. Macam Dean kata , kita masih terlalu mentah. Cuma hari ini, Shimie rasa Shimie…”, aku tidak dapat menghabiskan katakataku. Ada sesuatu yang menyekat di kerongkong. “Dean faham..Syahmi tu, orangnya baik. Dean tahu, dia betul-betul serius pada Shimie. Dean tak dapat buat macam tu. So, Dean pun tak mahu Shimie serba salah. Dean lepaskan Shimie..try kawan dengan Syahmi, kalau okey .. teruskan, kalu tidak.. back to me. Jalan kita masih jauh, banyak lagi yang akan kita lalui.. tapi percayalah, even Shimie dah kawan dengan Syahmi, you still in my heart. Dean memang tak pernah cakap semua ni, tapi itulah kenyataan..”, ada sedikit kasayuan pada suara Dean. “Dean..Shimie minta maaf Dean..”, hanya itu yang dapat aku katakan. “Selamat berbahagia sayang…”, perkataan sayang yang pertama lahir dari mulut Dean untuk aku. Dia menggenggam erat jari jemariku. Dan hari itu adalah hari terakhir aku berjumpa dengan Dean. Sekalipun mungkin keputusan yang akan Syahmi buat malam nanti akan mengecewakan aku, aku bersedia menghadapinya sebab seperti kata Dean aku masih muda dan banyak lagi perkara yang akan kuhadapi. ************************** Malam itu seperti yang telah dijanjikan, Syahmi datang menemui aku. “Shimie.. abang harap Shimie terima keputusan ini dengan hati terbuka. Abang tak suka Shimie rasa bersalah dan sebagainya. Petang tadi abang dah jumpa dengan Zilla, Shimie tahu, dia orang saja nak gempar gempurkan cerita. Dia orang tu tak suka kita bahagia. Zilla sebenarnya tak apa-apa. Abang dah slow talk dengan dia, dan dia merestui persahabatan kita. Dia kirim salam kat Shimie… dia harap
Shimie tak rasa bersalah pada dia… faham tal?”, dia membelai rambutku. Aku tersenyum memandang Syahmi… Malam itu aku tidur lena. ************************** Persahabatan kami bertukar menjadi percintaan yang hangat. Saban waktu ingin bertemu. 8 Mei, dia membawa aku berjumpa dengan keluarganya di kampung. Bagi aku itulah tanda Syahmi benar-benar ikhlas pada persahabatan kami. Peperiksaan akhir untuk tahun pertama menjelma juga. Aku dan Syahmi mesti lulus dalam peperiksaan ini supaya dapat menjalani latihan industri selama enam bulan dan kemudian masuk ke tahun kedua. Habis peperiksaan, kami cuti penggal selama empat minggu. Sebelum meninggalkan bandar Kuantan, aku dan Syahmi duduk-duduk di Taman Esplanade. Aneh… di akhir-akhir perjumpaan itu, kami sedikit bergeser pendapat dalam banyak hal. Banrangkali sebagai ingatan untuk perpisahan itu. “Shimie.. abang harap Shimie setia pada abang. Mungkin abang tak lulus exam hari tu, sebab abang rasa tak boleh buat. Tapi shimie mesti jaga diri baik-baik. Even abang tak ada, kenangan-kenangan itukan tetap ada”, dan seperti tak dapat ditahan, air mata aku mengalir deras. “Shimie,, jangan menangis sayang, Biarpun kita jauh, abang percaya satu hari nanti, kita akan berdekatan untuk selama-lamanya. Abang sayang Shimie, semalam, hari ini, esok dan selama-lamanya… Shimie tak perlu risau…”,dia mendakap aku erat-erat. “Shimie..abang berjanji, engkau ratu hati abang. Nanti menjelang dewasa kita, engkau akan abang lamar menjadi suri.. tunggulah saat bahagia itu dengan kesabaran ye sayang…”, dan tangisan ku semakin menjadi-jadi. Waktu bas yang kunaiki akan berangkat meninggalkan perhentiannya, Syahmi sempat menyarungkan sebentuk cincin ke jari manisku. “Inilah sebagai ikatan, tanda Shimie milik abang dan abang milik Shimie..”, aku hanya dapat menyalami dan mencium tangannya.
Dan sepanjang perjalananku menuju ke selatan, air mata mengiringiku dengan setia. ************************ Semenjak cuti, hampir setiap hari aku terima surat dari Syahmi. Katanya dia ingin sekali bertemu dengan aku. Dan aku sendiri, rasanya macam mahu terbang mendapatkan dia. Seminggu sebelum cuti berakhir aku terima surat dari kampus, aku layak menjalani latihan industri. Esok aku terima surat dari Syahmi. Dia gagal dalam peperiksaan. Mungkin akan mengulang tahun pertama sekali lagi, mungkin tidak. Aku turut sedih dengan berita itu. Aku balas surat Syahmi dengan katakata perangsang agar dia meneruskan perjuangan, untuk dirinya sendiri, keluarga dan mungkin juga aku…. Dua minggu selepas itu, aku menjalani latihan industi di Kuantan. Surat-surat rindu dari Syahmi sering juga mengunjungiku, Dan sesekali dia menelefonku. Minggu berganti bulan. Suatu hari aku terima poskad dari Syahmi…. “Syimie..maaf kalu selepas ini abang jarang menghubungimu, abang sibuk..Syahmi”. Aku terharu dengan kiriman poskad dari Syahmi. Pun aku tetap bersabar menantinya. Sebulan, dua bulan dia langsung tidak membalas surat yang aku kirim. Aku rasa benar-benar kehilangan. Melalui tempat-tempat yang pernah kami lewati saja, sudah cukup mengundang air mataku. Tidak ada yang lebih berharga daripada kasi sayang dari Syahmi… begitu fikirku. Bulan ketiga selepas itu, aku terima surat biru dari Syahmi. Ringkas saja, dia ingin menyepi buat beberapa ketika. Entahlah, sampai bila aku akan jadi seperti ini, menanti dan menanti, aku sendiri tidak pasti. Puas aku mencari apa salah dan silapku, langsung tak kutemui… Aku pun hairan dengan sikap Syahmi… Seolah-olah aku tidak percaya segalanya itu berlaku juga. Air mata memang tak boleh ditahan-tahan lagi. Itulah, waktu aku dalam kegelapan itu, Cuma Emma yang mahu menegerti hati dan perasaan aku. Tiap kali aku bersedih, dialah yang menghiburkan. “Shimie.. biarlah dia buat engkau macam tu.. Esok engkau akan terima sesuatu yang lebih berharga. Mungkin esok dia akan kembali, mungkin
lusa… sabarlah Shimie.. Setiap kejadian itu, pasti ada sebaik-baik pengajaran yang akan engkau terima…”, itulah kata-kata Emma yang sering diluahkan waktu aku bersedih. “Lelaki… kenapa engkau tergamak meninggalkan aku? Sedang dulu, engkau yang bersungguh-sungguh mengajak aku bercinta. Setelah aku serah kasih dan sayang, engkau pergi sesuka hati tanpa mempedulikan segala-galanya. Tidakkah engkau ingat pada sejarahsejarah yang telah kita catitkan, pada janji-janji yang telah kita padu? Kenapa engkau tinggalkan aku, sedang engkau tahu, aku benar berharap kepadamu. Adakah lagi hari esok untuk kita lewati bersama ? adakah? Syahmi… biar duka itu engkau tinggalkan untuk aku sendirian, aku tetap doakan agar engkau bahagia selama-lamnya. Aku tidak pernah merelakan perpisahan kita ini Syahmi.. jauh sekali mengharapkannya. Kalu ada kesempatan dan keyakinan, ingin kujali semula tali cinta ini. Tapi bila…?”. “Acik…..apasal acik menangis?”, pertanyaan dari bibir si kecil itu mematikan lamunanku. “Pengantin lelaki dah sampai…”, suara Mak Andam menjerit kecil kepadaku. “Lap la sikit air mata tu… apa pulak nak sedih, inikan hari bahagia…”, dia sedikit mengusikku. “Syahmi…selamat tinggal, aku terpaksa memungkiri janji-janji aku dulu. Aku bukan tidak sabar untuk menanti engkau lebih lama…tapi aku sudah tidak yakin pada penantian itu. Dan aku temui orang yang seribukali lebih baik dari engkau…. Anggaplah, semua yang telah kita lalui dulu, mimpi-mimpi yang menjelang waktu kita lena beradu…”. Dan hari itu, aku tersenyum di atas pelamin. Benar kata Emma, di sebalik kejadian itu, pasti ada rahmat Allah yang maha berkuasa. Syukur aku kepada tuhan kerana mempertemukan aku dengan dia… Terima kasih Tuhan…
Dulu Kau datang dengan cinta Kusambut dengan sayang Lalu kita bebas berterbangan Mengukir janji-janji setia Yang konon tak terungkai selamanya Akhirnya pada suatu ketika Keadaan memisahkan kita Jadilah aku perindu yang bingung
Memikir kesudahan cerita Dulu Bila masa tak lagi bersatu Walau rindu masih menggunung di dada Kutinggalkan engkau akhirnya Kerana kepastian yang entah kau campak ke mana Selepas itu Aku tidak lagi jadi penunggu rindumu Kerana aku telah dimiliki Walau sekeping hatiku terbelah dua Satu untukmu,satu untuk dia Dan aku belajar mencari bahagia Di sebalik derita yang kau tinggalkan Bertahun aku jadi begitu…
Kini Engkau datang lagi Walau tanpa raga cuma jiwa Tapi hati cukup terasa Walau kebahagiaan itu sudah milik aku Dan engkau pun miliki kabahagiaanmu sendiri Kerana kau dulu pernah bertakhta Maka mekarlah kembali bunga-bunga itu Tanpa sedar,tanpa paksa Sekalipun aku tahu tak mungkin ke mana Kini Aku harap rindu itu akan pergi Selamanya tak akan kembali Kerana bukan mudah seorang aku Melindung rasa yang bergelora Mengutip kembali sisa cinta lama Menghindar rasa salah rasa dosa…… 21/10/2004