Kemalangan Jalan Raya Antara Masalah Utama Di Malaysia

  • Uploaded by: murad hamid
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemalangan Jalan Raya Antara Masalah Utama Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 433
  • Pages: 2
KEMALANGAN jalan raya antara masalah utama di Malaysia. Hampir 6,000 kematian disebabkan kemalangan yang menyebabkan kerugian lebih RM6 bilion dilaporkan setiap tahun. Mengikut kajian dan pemerhatian Jabatan Pe-ngangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, 95 peratus kemalangan jalan raya di negara ini disebabkan kecuaian pemandu. Bagi mengurangkan kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan, kerajaan mengadakan pelbagai kempen dan operasi. Namun, usaha itu tidak berkesan sepenuhnya kerana jumlah kemalangan pada musim perayaan terus meningkat. Di mana silapnya? Adakah undang-undang lalu lintas tidak memadai, kempen jalan raya gagal atau pemandu berdegil dan mempunyai kepentingan sendiri. Mengikut perangkaan Kementerian Pengangkutan, jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara didapati meningkat iaitu sebanyak 250,429 kes pada 2000, diikuti 265,175 kes (2001) dan 275,111 kes (2002). Di samping itu, jumlah kenderaan berdaftar turut meningkat dari setahun ke setahun iaitu 9.1 juta kenderaan pada 1998 kepada 11.3 juta (2001) dan 12.01 juta (2002). Dalam pada itu, kematian disebabkan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan menerusi operasi polis seperti Ops Pacak, siri Ops Statik (1997-2000) dan siri Ops Sikap (Disember 2001 – Januari 2003). Berdasarkan statistik, seramai 6,035 kematian akibat kemalangan dicatatkan pada 2000, 5,849 kematian (2001) dan 5,886 kematian (2002). Ini menjadikan jumlah kematian berdasarkan 10,000 kenderaan berdaftar menurun daripada jumlah kematian. Pada 2000, 5.72 (jumlah kematian) berbanding 10,000 kenderaan, diikuti 5.17 (2001) dan 4.90 (2002). Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, dipetik sebagai berkata, sasaran kerajaan untuk menurunkan kadar itu kepada empat kematian berbanding 10,000 kenderaan berdaftar pada 2010 dan tiga kematian pada 2020. “Perbezaan jelas dilihat pada kadar kematian bagi negara maju iaitu antara satu hingga dua. “Oleh itu, sikap pemandu perlu diperbetulkan terhadap diri sendiri kerana kerajaan sudah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan keselamatan jalan raya berada pada tahap amat baik. “Kita mahu setiap usaha mendapat kerjasama erat kerana ia untuk kebaikan semua,” katanya. Di samping itu, Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima) beranggapan operasi polis trafik ketika musim perayaan masih mempunyai peranan dan kebaikannya demi keselamatan pengguna jalan raya di negara ini. Cuba bayangkan tidak ada sebarang kempen atau operasi dijalankan pada musim perayaan. Mungkin peningkatan kadar kemalangan termasuk kematian meningkat berdasarkan tingkah laku pemandu sekarang.

Sehubungan itu, jurucakap Pima, menaruh harapan terhadap pasukan polis trafik supaya tidak jemujemu mengadakan operasi seperti Ops Sikap. “Ini kerana setiap operasi dilaksanakan itu ada membawa kebaikan dalam mewujudkan kelompok pemandu berhemat. “Secara tidak disedari, sejak pelbagai operasi trafik dijalankan lebih enam tahun lalu, pemandu sedar betapa penting menghindarkan kemalangan. Ini kerana ia bukan setakat mem*sensored*tkan satu pihak, malah banyak pihak lain. “Operasi itu sekurang-kurangnya berjaya mengubah persepsi pemandu di negara ini walaupun kadang-kala terpaksa menakutkan mereka daripada dikenakan tindakan,” katanya.

Related Documents


More Documents from "murad hamid"