Kemahiran Menyoal

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Menyoal as PDF for free.

More details

  • Words: 832
  • Pages: 17
UNIT 8 KEMAHIRAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENYOAL DISEDIAKAN OLEH ROZELAWATI BINTI AB RAHIM CB080045

DEFINISI

Menurut Ee Ah Meng (1997)

Kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif dan lebih merangsangkan.

CONTOH SOALAN



PENGURUSAN – Sudah siap kerja rumah yang saya berikan semalam? – Giliran siapa sapu papan tulis?



PENGAJARAN – Siapa boleh jawab? – Apa ertinya ayat ini?



HUBUNGAN GURU –MURID – Apa khabar semua? – Apa khabar ibu awak yang sakit itu?

KONSEP SOALAN



Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang.



Soalan-soalan hendaklah sesuai dengan peringkat kebolehan pelajar.



Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar.



Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya difahami oleh pelajar.



Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan.



Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada pelajar tertentu sahaja.



Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama pelajar.



Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah,bertujuan untuk menarik minat pelajar.



Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengari oleh pelajar seluruh kelas.



Elakkan daripada mengemukakan soalan mengikut urutan atau susunan tempat duduk pelajar.



Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong pelajar berfikir.



Elakkan soalan yang mengandungi jawapan didalamnya.



Soalan hendaklah ringkas dan tepat

JENIS SOALAN

BERTUMPU (TERTUTUP)

BERCAPAH (TERBUKA)

ARAS-ARAS KEMAHIRAN MENYOAL Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya ‘Taxonomy of Education Objectives’ iaitu:•

Pengetahuan



Kefahaman



Aplikasi



Analisis



Sintensis



Penilaian

PENGETAHUAN •

Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta asas, istilah, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.



Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

Berikan definisi falsafah?

Senaraikan tiga peraturan dalam makmal?

Siapakah nama perdana menteri malaysia yang kedua?

KEFAHAMAN •

Menguji kebolehan pelajar menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asas, istilah, hukum, konsep dan bahan yang telah dipelajari.



Perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagainya.

Mengapa 3 x 8 = 24?

Terangkan dalam perkataan anda sendiri tentang pancaindera?

Huraikan maksud falsafah pendidikan barat?

APLIKASI •

Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.



Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan,kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya. Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang memepunyai panjang sisi 3cm, 4cm dan 5cm.

Dengan menggunakan taksonomi bloom, terangkan bagaimana anda membimbing pelajar dalam kemahiran menyoal?

ANALISIS •

Menguji kebolehan pelajar membuat perbandingan dan menghuraikan faktorfaktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.



Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, membahagikan dan sebagainya. Bezakan maksud ‘bersama’ dan ‘bersamasama’? Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar? Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ‘Ujian Subjektif atau Ujian Objektif’? Mengapa?

SINTENSIS •

Menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui induksi atau deduksi.



Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan , intergrasikan, gabungkan dan sebagainya.

Gubahkan satu puisi bertajuk ‘cinta’. Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab.

Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh diintergrasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

PENILAIAN •

Menguji kebolehan pelajar membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pertanyaan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

‘Pendidikan Kemajuan Asas Negara’. Nilaikan? Berikan pendapat atau pandangan anda tentang puisi ‘Nelayan ciptaan Usman Awang. Buktikan a²=b²+c² dalam sebuah setiga sudut tegak dimana a ialah panjang sisi hipotenus, b dan c ialah panjang sisi yang lain.

Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) dapati bahawa kumpulan murid yang mana guru menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi berjaya mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan kepada soalan aras kognitif rendah.

Bagaimana pun terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa aras kognitif soalan tidak berkesan. Mills, Rice dan Berliner (2000) dalam kajian mereka dikalangan 54 kelas murid sekolah rendah mendapati aras kognitif soalan yang dikemukakan oleh guru semasa pengajaran adalah tidak sesuai dengan kecerdasan otak pelajar.

KESAN TERHADAP PELAJAR DAN PROSES P&P •

Pelajar akan bertambah aktif.



Menambahkan lagi minat pelajar serta dapat mengelakkan dirinya daripada perasaan jemu.



Menguji pengetahuan sedia ada pelajar.



Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.



Mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar.



Pelajar lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menduduki peperiksaan.



Membantu pelajar membuat ulang kaji dalam dalam membuat jangkaan terhadap tajuk – tajuk penting untuk peperiksaan.

KESIMPULAN



Adalah menjadi anggapan umum bahawa kemahiran menyoal akan membawa kepada perkembangan intelek dimana ia sekaligus membawa kepada kemahiran berfikir.



Bagaimanpun, untuk menerapkan kemahiran menyoal ini, guru harus memainkan perana yang penting untuk memastikan pelajarnya faham apa yang diajarnya denga bertanya kan soalan



Bagi mengembangkan daya intelek pelajar, guru harus lebih banyak menggunakan soalan yang bercapah berbanding dengan soalan yang bertumpu.

SEKIAN DISEDIAKAN OLEH ROZELAWATI BINTI AB RAHIM CB080045

Related Documents

Kemahiran Menyoal
June 2020 13
Kemahiran Menyoal Present
December 2019 24
Kemahiran Komunikasi
April 2020 17
Kemahiran Belajar
November 2019 33
Kemahiran Empati.pptx
December 2019 30