Keluarga

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keluarga as PDF for free.

More details

  • Words: 2,175
  • Pages: 9
Khutbah Jumaat - 24 Rabiulakhir 1423H/5 Julai 2002M - Bil:27/2002

MEMPERKASA INSTITUSI KELUARGA Oleh: AN-NAJM

(S. Ali Imran: 102).

Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, Sejak akhir-akhir ini kita digemparkan dengan masalah sosial seperti sumbang mahram, delinkuen di kalangan remaja, keruntuhan akhlak, perceraian dan lain-lain lagi yang berlaku dalam masyarakat kita. Gejala sosial yang membimbangkan ini dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan

sebahagian besar pasangan suami isteri mengenai teknik dan ilmu keibubapaan. Ini adalah kerana kebanyakan ibu bapa tidak pernah didedahkan kepada cara-cara ataupun kaedah mengurus hal ehwal keluarga ataupun rumah tangga yang meliputi soal pendidikan anak-anak yang dapat membantu mencungkil potensi anak. Kejahilan ibu bapa terhadap ilmu keibubapaan merupakan sesuatu yang merugikan. Senario ini perlu diubah dan diatasi segera demi kebaikan anak serta seluruh ahli keluarga. Sidang jamaah yang dirahmati Allah, Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi institusi yang aman, bahagia dan kukuh bagi setiap ahli keluarga kerana ia merupakan lingkungan atau unit masyarakat yang terkecil yang berperanan sebagai satu lembaga yang menentukan corak dan bentuk masyarakat. Institusi keluarga harus dimanfaatkan untuk membincangkan semua hal sama ada yang menggembirakan maupun kesulitan yang dihadapi di samping menjadi tempat menjana nilai-nilai kekeluargaan dan kemanusiaan. Kasih saying, rasa aman dan bahagia serta perhatian berat yang dirasakan oleh seorang ahli khususnya anak-anak dalam keluarga akan memberi kepadanya keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri untuk menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibu bapa adalah orang pertama yang diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Sementara seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. Berdasarkan kepada hakikat tersebut saudara-saudara sekalian, setiap ibu bapa ataupun pasangan yang bakal menjadi suami isteri harus mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menghayati konsep serta matlmat perkahwinan yang disyariatkan. Pengetahuan ini penting kerana selain daripada memenuhi keperluan fizikal dan mengelakkan berlakunya zina, perkahwinan juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah. Kefahaman terhadap perkara ini boleh mendorong setiap pasangan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknik dan ilmu keibubapaan di samping mempersiapkan diri dari segi material, jasmani dan rohani dalam melayari bahtera keluarga. Saudara kaum muslimin yang berbahagia, Dalam rangka memperkasa atau memperteguh institusi keluarga Islam, ada beberapa perkara asas yang diutarakan oleh kitab suci Al-Quran yang sewajarnya dititikberatkan dan diambil perhatian sepenuhnya oleh masyarakat kita hari ini. Di antara perkaraperkara itu termasuklah: Pertama, Memastikan bakal suami dan bakal isteri itu mempunyai aqidah yang sama. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas aqidah yang satu (Islam) justeru keimanan kepada Allah itulah yang akan memperkuatkan keazaman dan kesungguhan untuk membangun keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah.

Atas sebab itulah Islam melarang keras umatnya sama ada lelaki mahupun wanita berkahwin dengan orang yang bukan Islam. Kedua, Setiap suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan menjalankan peranan hakiki masing-masing. Di antara peranan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang ibu pula adalah mengurus rumah tangga yang mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak. Peranan dan tanggungjawab ini digariskan oleh Allah melalui firman-Nya :

Yang bermaksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…” (Q.S. Al-Baqarah: 233). Ketiga, Kita harus akur kepada ketentuan Allah bahawa lelaki selaku suami dan bapa adalah ketua keluarga. Ketentuan ini ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah orang yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara ((kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya…” (Q.S. An-Nisaa: 34). Keempat, Taat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa bererti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa

berusaha menggembirakan kedua ibu bapa dengan memelihara hubungan yang baik melalui pemberian kasih saying, pemberian kerjasama dan bantuan dalam hal-hal yang munasabah dan berpatutan. Dengan perkataan lain, adalah menjadi suatu kesalahan atau dosa jika seorang anak derhaka terhadap ibu bapanya. Derhaka kepada ibu bapa juga bererti derhaka kepada Allah kerana perintah berbuat baik kepada ibu bapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa……” (Q.S. An-Nisaa: 36).

Keelima, Sentiasa berusaha mengeratkan tali silaturrahim. Dalam hubungan ini, setiap anggota keluarga yang meliputi bapa, ibu dan anak-anak harus memastikan yang suasana yang harmoni dan bahagia wujud dalam rumah. Keadaan seumpamanya akan memberi ruang kepada ahli keluarga berdampingan mesra dan saling hormatmenghormati di antara satu sama lain hatta menjadikan rumah lebih ceria dan menarik. Sebaliknya, Islam sangat melarang umatnya merenggangkan atau memutuskan hubungan silaturrahim atau hubungan kekeluargaan. Firman Allah:

Yang bermaksud, “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?” (Q.S. Muhammad: 22). Walau bagaimanapun para jamaah budiman, teori dan undang-undang semata-mata tidak memadai dalam memperkasa institusi keluarga. Demikian juga pengetahuan mengenai ilmu keibubapaan bukanlah prasyarat utama dalam membina keluarga bahagia. Semuanya bertitik tolak daripada niat dan kesedaran kita sendiri dalam memenuhi tuntutan perkahwinan dan pembangunan keluarga dalam konteks kepentingannya terhadap agama, bangsa dan negara. Ini bermakna, tertegaknya sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia bergantung banyak kepada penghayatan

pasangan suami isteri terhadap institusi perkahwinan dan cara bagaimana mereka mencorakkan rumah tangganya. Kaum muslimin yang dihormati, Institusi keluarga penting dalam usaha melahirkan masyarakat madani dan insan rabani. Justeru itu, ibu bapa diharap lebih komited memberikan pendidikan, kasih saying dan keperluan-keperluan asasi yang lain kepada anak-anak. Di samping itu, setiap pasangan suami isteri hendaklah memastikan yang hubungan mereka sesama sendiri dan hubungan mereka dengan anak-anak sentiasa baik dan mesra kea rah membentuk keluarga sakinah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.” (Q.S. Ar-Rum: 21).

ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIAKelolaan Haji Dayang Haji Kasim [email protected] KELUARGA merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah bergantung kepada bilangan anggotanya. Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar. Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pasti bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang sebaliknya. Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaran agama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu. Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik penghidupan Kelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini amatlah banyak dan ketara sekali. Bangun runtuhnya umat Islam bergantung kepada sikap setiap individu dan keluarga umat Islam itu sendiri adalah satu cara yang cukup mujarab untuk mengelakkan perkara tersebut dari terus berlaku.

Ramai di antara kita kurang memahami tugas dan tanggungjawab, tujuan dan dasar berkeluarga seperti yang dikehendaki oleh Islam. Kebanyakan kita yang mendirikan rumah tangga semata-mata untuk memenuhi naluri kemanusiaan sahaja. Jika sikap seumpama itu tidak dibendung dan diatasi, maka keluarga bahagia hanya tinggal impian. Apabila kita memperkatakan keluarga bahagia maka kita tidak dapat lari dari membincangkan atau mengaitkan pembinaan sebuah keluarga bahagia dengan nilai-nilai moral yang sudah setentunya berasaskan kepada ajaran-ajaran agama Islam yang begitu luhur dan murni. Antara lain yang menjadi pokok perbincangan dalam hal ini ialah tujuan perkahwinan, asas perkahwinan, tugas dan tanggungjawab untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perkahwinan yang kemudiannya membuahkan anak pinak adalah asas kepada terbentuknya sebuah unit keluarga. Perkahwinan adalah ikatan yang suci lagi mulia dan menggambarkan perkembangan yang sihat di dalam usaha sesebuah masyarakat untuk mencari kesempurnaan dan kebahagiaan hidup serta melahirkan keturunan atau zuriat. Antara tujuan murni sebuah perkahwinan ialah untuk menyempurnakan penghidupan seseorang itu menjadi berpasangan dan membina penghidupan dan tanggungjawab sendiri. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan manusia itu melakukan sesuatu yang di luar batasan peradaban dan tatasusila. Ia juga menjadikan manusia lebih teratur dan bersistem umpamanya akan melahirkan anak, cucu, cicit dan sebagainya. Asas sebuah perkahwinan atau keluarga bahagia itu pula banyak. Namun untuk tujuan perbincangan ini kita khususkan kepada beberapa perkara. Antaranya ialah takwa. Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu hendaklah diasaskan kepada takwa. Tanpa takwa pembinaan sebuah keluarga yang bahagia itu nanti dikhuatiri tidak akan terbina menurut landasan yang sebenar. Ini sesuai dengan anjuran agama kita agama Islam kerana ia juga adalah suatu sunnah Rasulullah. Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu juga mestilah dibina di atas landasan kasih sayang dan kasih mengasihi. Tanpa kasih sayang dan kasih mengasihi maka sebuah keluarga itu akan sentiasa terumbang-ambing dan tidak kukuh. Dengan perasaan kasih sayang itu, sebuah unit keluarga itu akan sentiasa kukuh dari sebarang ancaman. Ini jelas kerana apabila kita hidup berkasih sayang kita akan merasakan diri kita saling dihargai dan saling berperanan serta mengelinga antara satu dengan yang lain. Dengan yang demikian hubungan kekeluargaan itu akan terjalin dengan mesra dan hidup tenteram hatta sekalipun dengan jiran atau masyarakat di sekeliling kita. Juga disarankan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yang kita cita-citakan ialah kita hendaklah sering mewujudkan pergaulan dan penghidupan yang baik dan diredai oleh Allah jauh dari sebarang kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan,

kezaliman dan sebagainya. Sikap bertolak ansur dan memperbanyakkan bersabar adalah juga antara ciri-ciri pembinaan sebuah keluarga yang bahagia yang kita maksudkan. Ketegasan menentang kemungkaran adalah menjadi utap yang kukuh, sementara didikan bijaksana terhadap ahli-ahli keluarga pula adalah asas dan dasar pentadbiran sesebuah keluarga. Ia juga mestilah dibina di atas dasar amanah dan tanggungjawab bukan sekadar mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata. Amanat hendaklah dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab pula dipikul dengan ringan hati. Hormat-menghormati adalah juga asas yang penting. Dengan berbuat demikian sikap dan komitmen akan menjadi terbentuk dan terarah. Ia menjadikan kita saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah amanah yang amat besar yang sudah pastinya dipikul oleh si bapa sebagai ketua keluarga. Dia akan bertanggungjawab secara menyeluruh, di samping mendapat bantuan daripada ahli-ahli keluarganya termasuk si isteri. Di sinilah sering berlaku kelemahan dan kerapuhan. Dewasa ini kita lebih banyak berhadapan dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Ramai anak muda yang kecundang sebelum mencapai kemuncak peringkat usia mereka. Ada yang hanyut dalam gelombang kesenangan dan menjadi hamba kepada kealpaan dunia. Ada yang terjerumus ke kancah hina seperti menjadi hamba najis dadah, menjadi kutu malam, pemugut, pencuri dan paling dahsyat menjadi penjenayah dalam usia rebung lagi. Rata-rata punca yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian adalah daripada keluarga yang berpecah belah. Masing-masing ahli keluarga sibuk dengan urusan masing-masing sehingga terlupa bahawa ada ahli keluarga mereka yang memerlukan perhatian, pengelingaan dan juga belaian. Apabila mereka merasa tidak begitu diperhatikan atau tidak dikelinga, maka mereka akan mula mencari hiburan atau 'release tension' dengan cara alternatif yang tidak lain dan tidak bukan sesuatu yang di luar batasan. Mereka lebih mudah lagi terjerumus apabila mereka yang berkenaan kurang didikan agama dan mempunyai didikan moral yang rendah. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui perasaan dan peranan masing-masing dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan akhlak yang jujur dan sempurna. Antara lain ciri-ciri tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ialah mencurahkan kasih sayang dengan adil dan saksama, sering mendengarkan permasalahan yang dihadapi dan cuba mencari jalan penyelesaiannya. Satu cara yang mungkin terbaik ialah pada waktu makan malam di mana hampir semua ahli keluarga akan berhimpun. Pada kesempatan inilah ketua keluarga boleh

mengadakan sesi muzakarah mendengar sebarang permasalahan yang timbul dan bertukar-tukar fikiran untuk mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan. Demikianlah serba ringkas antara 'tips' dan petua untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Asasnya yang terpenting ialah untuk menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi termasuklah hidup berkasih sayang, hormat-menghormati dan saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Didikan agama juga memperkukuh lagi ciri-ciri yang sedia ada. Menyempurnakan ibadat dengan ikhlas dan tawaduk akan menambah lagi kekukuhan keluarga bahagia yang dibina sehingga menjadi sebuah keluarga sakinah.

AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah AlAhzaab : Ayat 74).

Related Documents

Keluarga
October 2019 69
Keluarga
November 2019 66
Keluarga
December 2019 71
Keluarga Bahagia
May 2020 19
Perawatan Keluarga
August 2019 35
Perpustakaan Keluarga
May 2020 22