P.vokasional - Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak as PDF for free.

More details

  • Words: 771
  • Pages: 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

ASUHAN DAN PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003.

1

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM PENDAHULUAN Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran memberi perkhidmatan penjagaan, bimbingan dan pendidikan kepada kanak-kanak. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam bidang perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan menyumbang kepada pembangunan generasi yang sihat dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek utama iaitu perkhidmatan pendidikan kanak-kanak, menjalankan aktiviti pembelajaran serta pengurusan dan keusahawanan. Murid merancang dan menjalankan aktiviti yang mencabar bagi kanak-kanak dan mengembirakan untuk meningkatkan potensi kanak-kanak di samping mengamalkan nilai kasih sayang semasa mengasuh dan mendidik kanak-kanak. Murid juga didedahkan bagaimana menyedia, memasak dan menghidang makanan untuk kanak-kanak. Kreativiti murid dapat ditonjolkan semasa menghasilkan bahan bantu mengajar yang merangkumi juga penggunaan teknologi maklumat. Murid menjalankan kerja amali mengenai perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, membuat pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan diberi penekanan untuk menjaga kesihatan dan rawatan serta keselamatan. Mata pelajaran ini berhasrat melahirkan murid yang berkemahiran, berilmu, berdisiplin untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan dengan bidang Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja di institusi penjagaan dan perkhidmatan kanak-kanak seperti taska, tadika dan hospital kanak-kanak. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dalam pengurusan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. OBJEKTIF Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak membolehkan murid : 1.

Merancang dan menjalankan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak

2.

Merancang dan membuat alat permainan dan bahan bantu mengajar yang boleh merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

3.

Merancang, menyedia, memasak, menghias dan menghidang makanan kanak-kanak

4.

Mempraktikkan amalan kebersihan dan pendidikan kesihatan kanak-kanak

5.

Menjalankan tugasan penjagaan harian dan pengurusan bilik untuk kanak-kanak

6.

Mengamalkan langkah keselamatan dan merawat kecederaan ringan

7.

Mengamalkan etika kerja dalam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak dan berkomunikasi dengan berkesan

8.

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

1

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak diolah dalam tiga bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut : 1.

Perkhidmatan Pendidikan Kanak-Kanak Murid diperkenalkan kepada kerja perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dengan penekanan kepada pengurusan yang sistematik dan amalan peraturan keselamatan. Mereka menguasai kemahiran penyediaan makanan yang berzat dan melatih kanak-kanak mengamalkan etika makan. Mereka juga mempraktikkan cara penjagaan harian serta penjagaan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak. 1.1

Pengurusan di tempat kerja a. Pengurusan yang baik b. Etika dan budaya kerja c.

Peraturan dan undang-undang kerja

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam institusi pendidikan dan perkhidmatan kanakkanak 1.2

Pemakanan bayi dan kanak-kanak a. Perancangan menu b. Penyediaan makanan

1.3

Etika makan

1.4

Penjagaan harian

1.5

Keselamatan a. Pertolongan cemas b. Latihan kebakaran

1.6

Pengurusan bilik

1.7

Kebersihan dan kesihatan a. Penyakit biasa b. Pendidikan persekitaran

2

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

2.

Kemahiran Menjalankan Aktiviti Murid menguasai kemahiran merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menggembirakan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi bahasa, sosio-emosi, fizikal, kognitif, estetika dan daya kreatif. Mereka juga mempraktikkan hubungan mesra dengan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat setempat. 2.1

Perkembangan bahasa a. Bercerita b. Membaca c.

2.2

Menulis

Perkembangan sosio-emosi a. Nyanyian b. Main peranan c. Lawatan

2.3

Perkembangan fizikal a. Pergerakan motor kasar b. Pergerakan motor halus

2.4

Perkembangan kognitif a. Pra sains b. Pra matematik

2.5

Perkembangan estetika dan daya kreatif a. Lukisan b. Kraftangan c.

Muzik dan pergerakan

3

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM 3.

Keusahawanan dan Projek Kerjaya Dalam bidang pembelajaran ini murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan perniagaan yang mudah, mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan dan cara pemasaran. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya dalam bidang Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Keyakinan dan kesediaan murid memberi perkhidmatan dalam pendidikan kanak-kanak dipertingkatkan melalui projek kerjaya. Daya kreatif murid juga digalakkan. 3.1

Keusahawanan a. Kemahiran berkomunikasi b. Kemahiran membuat keputusan c.

Rancangan perniagaan

d. Agensi yang membantu usahawan e. Pemasaran f. 3.2

Peluang kerjaya dalam bidang asuhan dan pendidikan kanak-kanak

Projek Kerjaya a. Menganjurkan ceramah keibubapaan b. Jualan alat permainan

4

Related Documents


More Documents from "Ayu Ade Rahmah"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35