Kedudukan Wanita dalam Islam sebenar (seperti di dalam al-Qur'an)
1.Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama. 2.Dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. 3.Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. 4.Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.
Ciptaan • •
Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri,Yang mencipta semuanya berpasangan Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang baik.
Pengasihan
•Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatanyang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan • Perasaan cinta dan pengasihan mengikat kedua-dua jantina dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.
• Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan" .
• Zina •
Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada mendekatinya
•
Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam masyarakat.
•
Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga kemaluan mereka.
•
Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak dijaga adalah punca berlakunya perzinaan. • Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang.
• Kesopanan • Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti • Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan menjaga kemaluan mereka • Kaum wanita mestilah tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat • Perhiasan perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung(tudung kepala) • Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.
• Tudung Kepala • bahagian-bahagian anggota wanita ini wajib ditutup, dengan tudung kepala supaya tidak dilihat oleh lelaki • Dengan adanya beberapa petunjuk daripada al-Qur’an, maka Islam yang sebenar tidak mewajibkan wanita bertudung kepala. • Kata aurat yang turut disebut di dalam ayat bermaksud bahagian-bahagian sulit, yang orang-orang berkeinginan seks meminati, tetapi tidak dimengertikan oleh kanakkanak kecil.
• Lesbian •
seseorang wanita itu boleh melakukan kesumbangan akibat nafsu berahinya pada yang sejantina dengannya. • Bagi kesalahan ini, pesalah dikurung, yang ada kalanya sampai mati • Hukuman bagi lesbian adalah tidak sama dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina.
Sama Persamaan antara lelaki dan wanita dalam islam ialah: 1. usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. 2. keimanan dan ganjaran daripada Allah. 3. jodoh masing-masing, iaitu yang jahat bagi yang jahat dan yang baik bagi yang baik.
Hak 1.Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki.
• Perbezaan Perbezaannya antara lelaki dan wanita adalah dalam tanggungjawab. • 1. Hak suami untuk mengambil balik isteri yang diceraikan apabila mereka ingin membetulkan antara mereka. • 2. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan sebagai pengurus urusan perempuan kerana kaum lelakilah yang membelanjakan. Kaum lelaki menyara hidup kaum perempuan, dan bukan sebaliknya. bapa dipertanggungjawabkan menyara anak-anaknya. • 3. . Pendapat orang berbeza tentang sebab diadakan dua saksi perempuan untuk mengganti seorang saksi lelaki dalam perjanjian perdagangan yang tidak bertulis. • 4. kaum lelaki mendapat lebih dalam pembahagian harta wasiat.
• Akhirat •
Kebahagian hidup bersama antara suami dan isteri di dunia ini akan disambung semula pada Hari Akhirat, di mana mereka akan bersatu sekali lagi, untuk duduk kekal dalam kebahagian.
•
Inilah idaman yang sebenarnya bagi suami dan isteri, iaitu kebahagian bersama di dunia dan di akhirat.
•
Allah menyebut mengenai kebahagian mereka di syurga di dalam beberapa ayat al-Qur'an, dan antaranya berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Jannah (syurga) pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka. Mereka dan isteri-isteri mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka minta. “Salam” ialah perkataan daripada Pemelihara (Tuhan) yang Pengasih" (36:55-58).
•
Sepertimana syurga itu kekal bagi orang-orang yang baik, begitulah juga dengan neraka bagi orang-orang yang jahat. Mereka yang dimasukkan ke dalam neraka tidak dikeluarkan darinya, walaupun mereka melafazkan persaksian terhadap Allah dan Rasul semasa mereka hidup di dunia untuk menunjukkan keislaman mereka. Lafaz sahaja tidak mencukupi. Syurga tidak semurah itu.
• Muafakat • Keharmonian hidup sepasang suami-isteri adalah dengan adanya muafakat. • Mereka berpakat dengan baik, seperti dalam urusan keluarga. • Sehingga dalam krisis Allah menyuruh supaya berunding dengan baik antara (bekas) suami dan isteri • dalam keadaan marah dan benci, yang boleh mengakibatkan perceraian, juga disuruh-Nya bergaul dengan baik
• Perkahwinan • Perasaan cinta dan pengasihan antara lelaki dan perempuan, yang dikurniakan Allah, berjaya memujuk kebanyakan mereka untuk hidup bersama, dan bersatu, dalam ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disuruh Allah telah menjadi sunnah semua Rasul (13:38), termasuk Nabi Isa. • Lalu kaum wanita menjadi isteri-isteri. Isteri dicari dengan menggunakan harta. Mereka dicari bukan untuk perzinaan, tetapi untuk diikat dalam ikatan perkahwinan. • Manakala bagi lelaki yang tidak berharta tetapi ingin mengahwini perempuan mukmin yang merdeka, mereka akan mengahwini hamba yang mukmin, atau mereka bersabar. • Isteri menjadi teman hidup dan tempat berehat bagi suami. • Selain daripada dapat menjauhkan kaum wanita dari kancah perzinaan, perkahwinan juga melepaskan mereka daripada dijadikan teman rahsia.
• Doa • Kebahagian hanya datang daripada Allah, maka mohonlah kepada-Nya. Allah Yang Pemurah, dan Yang Pengasih, telah mengajar suami dan isteri sebuah doa untuk kebahagian mereka sekeluarga, dan untuk mereka mendahului dalam ketakwaan, berbunyi "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteriisteri (atau, suami) kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami ketua bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)" (25:74). Mudahmudahan dengannya, dan dengan usaha yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh dalam mentakuti-Nya, para wanita, yang di dalam Islam sebenar, berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.