Kedai Magik • • • •
Home Siapa PakciQue? Drama GODA Impian KedaiMagik [Sila Baca] '
Who Wants To Be A Millionaire? Dicatat oleh PakciQue | 1/26/2007 12:16:00 PM | Game, Rojak, Web | 1 Komen » Pengenalan:
Secara asasnya, WWTBAM adalah sebuah rancangan kuiz berbentuk trivia. Mengandungi 15 soalan dan 3 talian hayat yang berjaya mencetus fenomena kepada dunia. Berbanding menggunakan limitasi masa, program ini membenarkan peserta mengambil masa yang panjang untuk menjawab sesuatu soalan tetapi peserta akan ditekan dengan suasana yang tegang. Maklumat lanjut, boleh dapatkan di laman Wikipedia Who Wants To Be A Millionaire WWTBAM Di Malaysia Rancangan ini pernah memberi hak penyiaran kepada Malaysia dengan dihoskan oleh pelakon Jalaludin Hassan, disiarkan di NTV7 dan mendapat tajaan dari Digi. Rancangan ini dihentikan atas sebab-sebab yang tertentu yang aku sendiri tak berapa pasti. Tapi berdasarkan khabar-khabar yang aku perolehi, ia dihentikan atas sebab fatwa yang mengharamkan program ini kerana ada unsur perjudian. Tapi hakikatnya, program ini sangat menguntungkan. Dan sehingga program ini dihentikan, tiada seorang pun peserta dapat menjawap kesemua 15 soalan dan membawa pulang hadiah 1 Juta. Hatta, soalan bernilai 1 Juta juga tidak pernah kita dengar. Paling tinggi nilai yang berjaya dimenangi adalah RM 250,000 dan peserta berhenti pada soalan RM500,000 Jutawan pertama John Carpenter adalah pemenang pertama 1 Juta. Dia langsung tidak menggunakan talian hayatnya sehingga soalan terakhir dia menggunakan panggilan telefon untuk menelefon ayahnya. Maklumat lanjut mengenai Jim Carpenter Senarai penuh soalan-soalan Tonton gaya cool seorang jutawan Kredit YoutWikipediaube
Biarlah Rahsia Dicatat oleh PakciQue | 1/19/2007 11:03:00 AM | Magik | 4 Komen »
Ketika (Datuk) Siti Nurhaliza digosipkan sedang hangat bercinta dengan seseorang (ketika itu banyak andaian termasuk Dr Fazley), semua orang ingin sangat tahu siapakah lelaki bertuah yang dapat mencuti hati Siti. Rahsia yang paling kukuh tersimpan rapi. Pada ketika itu, kau orang juga rasa tak senang duduk dan mula mengeluarkan teori masing-masing. Dan bila Siti mengumumkan siapakah lelaki itu, mula kedengaran suara-suara sumbang tak kurang juga suarasuara yang menyetujui. Tapi lebih banyak yang sumbang. Sama juga ketika kau orang selesai menunjukkan sebuah magik. Contoh Color Change. Semua orang akan bertanya pada kau orang macam mana kau orang buat dan memujuk kau orang untuk memberitahu rahsia trik itu. Jika kau orang tidak mahu memberitahu rahsia itu, macam-macam teori akan keluar termasuk ayat yang paling klise "Eleh, kau tipu." Tapi, jika kau orang beritahu rahsia itu, apa pula akan terjadi? Sudah tentu selepas itu mereka tidak lagi menghargai. Prestasi kau orang sebagai seorang ahli magik juga akan terjejas. Dan ayat-ayat yang mampu menyakitkan jiwa akan terbit, "Aku dah agak dah, memang kau sorok kat dalam kocek." atau "Eleh, tu pun aku reti." Jangan rasa sakit hati bila orang menyindir bila mereka tak dapat tahu rahsia magik tu. Sebab hati akan lebih sakit mendengar ayat mereka bila kau orang membocorkan rahsia magik. Sudah tentu ada cara untuk mengelak dari berlaku perkara ini. Apa perkara-perkara yang boleh diambil untuk mengelak daripada audien bertanya itu dan ini. Baiklah, aku ceritakan dlm catatan yang akan datang.
Berlatih, berlatih, berlatih Dicatat oleh PakciQue | 1/16/2007 07:12:00 PM | Magik | 0 Komen » Kalau kau orang menonton siaran sukan seperti pertandingan silat, kau orang dapat melihat pesilat itu dapat membaca gerak lawan sekaligus mengelak sebarang serangan dari pihak lawan. Begitu juga, pesilat berhati-hati dalam mengatur strategi agar serangannya tidak dapat dibaca pihak lawan. Perhatikan pula sebuah persembahan muzik. Seorang pemain gitar bermain gitar, memetik lagu-lagu yang indah diperdengaran. Tanpa melihat pada tab gitar, dia tahu note apa yang dimainkannya. Dia juga akan mengikut tempo lagu agar sama seperti tempo penyanyi dan instrumen lain. Banyak lagi contoh-contoh yang lain yang boleh kau orang fikirkan. Tapi adakah mereka ini dengan begitu sahaja boleh menjadi pesilat yang handal ataupun pemian gitar yang cekap? Tentu sahaja tidak! Mereka bermula dengan minat dan diperkukuhkan dengan latihan.
Ya, latihan! Dengan berlatih, setiap perbuatan menjadi natural. Dengan berlatih, perbuatan menjadi hampir automatik. Dalam bidang magik, minat perlu dihadirkan dahulu. Kemudian, latihan. Tanpa latihan yang cukup, kau orang hanya akan ditertawakan seperti kau orang dibelasah teruk dikejohanan silat walaupun peringkat sekolah atau kau orang me-"sumbang"-kan lagu hasil dari petikan gitar ketika majlis hari guru. Tiba-tiba kau orang menerima serangan hendap dari lawan atau penyanyi yang kau orang iringi tersalah "masuk" lagu. Bagaimana kau orang nak hadapi situasi ini jika kau orang tidak berlatih bersilat atau bermain gitar dengan bersungguh-sungguh? Dengan berlatih, perkara-perkara diluar jangka dapat diatasi dengan segera dan boleh menyelamatkan keadaan. Maka, kod etika pertama BERLATIH BERLATIH BERLATIH Setiap orang ada pengalaman jatuh basikal. Kerana jatuh basikal, kau orang boleh menunggang basikal. Kau orang berlatih untuk tidak jatuh dari basikal.
Kod Etika Dicatat oleh PakciQue | 1/15/2007 10:46:00 AM | Magik | 3 Komen »
Nama blog "KedaiMagik", tapi catatan berkenaan dengan magik sangat kurang. Yang banyak, catatan berkenaan kehidupan harian. Jadi, aku akan kerapkan catatan berkenaan dengan magik di sini. Mungkin aku akan mengajar kau orang beberapa trik magik yang mudah. Tetapi, untuk menjadi seorang ahli magik kau orang perlu mematuhi prinsip-prinsip asas yang perlu ada pada seorang ahli magik. 1. 2. 3. 4.
5.
Berlatih setiap trik sebelum kau orang membuat persembahan. Perlu! Paling mudah, berlatih di hadapan cermin. Lihat dan kaji sudut-sudut penting yang perlu dijaga. Jika ada video kamera, rakam persembahan anda kemudian lihat semula dan baiki di mana-mana kelemahan yang wujud. Jangan sesekali memberitahu rahsia anda. Mustahak! Seorang ahli magik yang sejati tidak akan sesekali memecahkan rahsia magiknya. Apabila orang lain sudah mengetahui akan rahsia magik tersebut, tiada lagi misteri. Lagi, kebolehan anda dalam magik tersebut, tiada makna. Lakukan magik anda hanya sekali. Penting! Melakukan pengulangan pada orang yang sama memberi peluang kepada mereka untuk mengorek rahsia. Dan dialog ini akan muncul. "Hahaha, aku dah tau, kau sorok duit tu kat dalam kocek kau!" Maka, magik anda sudah tiada rahsia lagi. Jadi penonton yang baik. Jika anda mahu penonton menghormati persembahan anda, maka anda juga perlu menghormati ahli magik yang lain terutama jika mereka membuat trik yang anda tau rahsianya. Jangan memperlekehkan ahli magik itu. Yang paling utama, hormati penonton anda. Jika ada penonton yang 'melampaui' batas-batas persembahan anda, cari jalan untuk mengawalnya. (Akan dimasukkan dalam catatan yang berikutnya). Ingat, persembahan untuk keseronokan, bukan untuk memperbodohkan mereka. Tanpa mereka, tiada magik.
Bila kelima-lima kod etika ini dapat kau orang petuhi, maka aku akan perturunkan sedikit ilmu magik. Tapi adakah aku melanggari kod etika ke 2?
www.noorhidayat.com Dicatat oleh PakciQue | 1/09/2007 04:54:00 PM | Web | 1 Komen » Aku kecewa. Nama aku dah ada orang guna sebagai domain. Siapa kat Amerika sana yang ader nama Noorhidayat ni? Opsyen lain:-
• •
www.Noorhidayat.com.my www.Noorhidayat.net
Kau orang pula? Kalau nama kau orang belum didaftar menjadi domain yang entah apa-apa, baik gi daftar segera. Semak Domain Name
Dejavu Dicatat oleh PakciQue | 1/05/2007 11:07:00 AM | Catatan Kehidupan | 6 Komen » Aku pinjam tajuk entri Kimi. Tapi dalam entri Kimi, dia menulas tajuk sebuah filem; Dejavu dan adegan dalam sebuah filem yang lain; The Matrix. Tapi dejavu yang aku nak kongsi ni berlaku pada diri aku sendiri. Tet tet tet. Alarm telefon aku berbunyi. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta. Tet tet tet. Alarm telefon berbunyi. Aku bermimpi rupanya. Tak siap lagi nak pergi kerja. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta. Tet tet tet.
Alarm telefon berbunyi lagi. Dan aku tersedar. Aku mimpi lagi. Tak siap lagi. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta. Dan termenung. Macam real. Bunyi alarm telefon aku adalah bunyi di alam nyata dan akan berbunyi setiap 5 minit kalau tidak dimatikan. Aku dengar bunyi itu.
2007 Dicatat oleh PakciQue | 1/03/2007 09:09:00 AM | Catatan Kehidupan | 0 Komen » Biasanya bila menjelang awal tahun, ramai yang akan mengajukan soalan klise. "Apa azam tahun baru kau?" Jadi soalan tu aku ajukan sendiri kepada diri aku. "Apa azam tahun baru aku?" Sejak dulu, aku tak pernah pun menanam apa-apa azam bila menjelang tahun baru. Mungkin masa tu, aku sendiri tak tahu tentang hala tuju kehidupan aku. Biasalah, masih mentah tentang kehidupan. Tahun 2007 datang bersama kenangan 2006. Keindahan sehari sebelum menutup 2006 masih segar diingatan. Padahal baru merisik. Tapi angaunya semacam. Lembaran 2007 dibuka dengan menjalankan ibadah korban. Kan dah kerja, jadi apa salahnya keluarkan sikit duit untuk dikongsi dengan yang memerlukan. Seronok juga menjalankan aktiviti ni. Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab nak ikut jiran aku gi tengok orang sembelih lembu. Aku ingatkan sembelih cara kampung seperti tambat lembu guna tali. Rupanya sembelih kat rumah sembelihan. Besar tempat tu. Dari mula lembu disembelih dalam ruangan khas tanpa perlu diikat, kemudian lembu tu digantung pada kaki belakang untuk proses membuang kulit, potong kepala dan kaki. Lepas tu proses buang isi perut dan segalanya. Proses memotong lembu kepada 2 bahagian dengan gergaji mesin khas seperti Gaban membelah raksasa. Akhirnya lembu itu ditimbang setiap bahagian selepas dibelah 4 sebelum di masukkan ke dalam lori. Sampai kat perkarangan rumah aku, lembu-lembu itu dilapah dagingnya, di timbang sekilo satu dan diagihagihkan pada yang memerlukan. Suasana memang cukup ceria dan meriah. Ada saja jenaka yang diselit. Dan tentunya sesiapa yang berbadan gempal akan dijadikan mangsa untuk dilapah seperti lembu-lembu tu. Nasib baik aku ni kurus melidi. Aktiviti mengemas tak dapat aku sertai kerana aku keletihan yang amat. Aku terlelap hingga ke pukul 3. Tapi melihat kepada semangat kejiranan, aku rasa sangat seronok. Siapa kata kawasan elit sudah tidak mengamalkan semangat kejiranan. Cuma kenduri kahwin saja belum dapat dibuktikan dengan acara rewang. Mungkin masa kenduri aku nanti agaknya.
~..::Selamat Tahun Baru::..~ "Apa azam tahun baru kau?" February 2007 December 2006 Home Subscribe to: Posts (Atom)
RSS Feed
Penulis
Email Subscription
Salam. Nama aku Noorhidayat Bin Salman. Lebih mesra kalau kau panggil aku PakciQue walaupun aku takde simpan sebarang hasrat untuk berkahwin dengan emak saudara kau.
Sambung
Bacaan
DI
SINI.
Maklumat
Lengkap
DI
SINI.
Klik SINI Juga.
PakciQue.TK
Daftar Domain anda sekarang dengan Dot TK agar blog anda kelihatan profesional.
KLIK VIDEO DI ATAS
Sejak Kita Bertemu
Jom Kita Ber'Twitter
U Follow Me. I Follow U.
BlogUpp
Entri Terkini
•
Telah Tiba - Jadilah Yang Pertama
•
Pertandingan Baru - Bersedia
•
Memecah Masuk Blog Baru
•
Preview - Jadilah Yang Pertama
•
Aku Dalam Dilema Hari Ini Dalam Hijrah
Jom Sembang View shoutbox Free chat widget @ ShoutMix Entri Paling Popular Widget by Blogger Buster
Komentar Bulan Ini
1. miss aj (6) 2. wani (5) 3. pencinta lelaki (3) 4. kid... (2) 5. areKnee (2) 6. aniey (2) 7. missus aj (2) 8. shie_uum (1) 9. tiwa (1) 10. kimi (1) Get this widget here
Komen Terkini
•
citer tu best loh...teruja tengok...lalalal...apap... - AkuBudakTomei
•
-Reply-Rezanaza...mcm mne aku nak tuntut ilmu ngan... - PakciQue
•
mari ramai2 terjah.. senang je cari.. 5 minit je d... - rezanaza
•
Azizwan™: Eleh..ko aku dah bagi jawapan..takkan na... - PakciQue
•
ok bagusla guna wordpress baru caree!! he he... ka... - rezanaza
Blog Terkini
• Hendrastar TEKA-TEKI For Fun 1 hour ago
• Raja Kamil Sang Murobbi IT - The Birth of Malaysian Problogger How to start blogging ? 3 hours ago
• AXIMUD When All is Said and DONE.. 4 hours ago
• OhBulan! (Gambar) Fotografi Pra-Perkahwinan Pasangan Bahagia Mawi & Ekin 5 hours ago
• AHMIKE DOT NET Mobile Blogging Software
8 hours ago
Show All
Kategori
•
8TV (9)
•
Astro (1)
•
Catatan Hujung Minggu (6)
•
Catatan Kehidupan (66)
•
English Entry (4)
•
Gadis Melayu (1)
•
Game (2)
•
Goda (10)
•
Hebahan (74)
•
Jenaka (7)
•
kesihatan (2)
•
Lagu (10)
•
Magik (30)
•
Penipuan (4)
•
Rojak (3)
•
Sukan (4)
•
Takde Idea (4)
•
Top 10 (1)
•
TV (14)
•
TV9 (1)
•
Twitter (4)
•
Video (15)
•
Wayang (11)
•
Web (57)
E-Book Percuma Ketahui 247 teknik untuk Menjana Trafik ke Blog Anda. KLIK SINI Download secara percuma! Youth Say KLIK SINI!!
KLIK SINI!! Peta Pengunjung Feedjit Live Blog Stats Penaja
BlogStat
•