Keburukan Penggunaan Internet

  • Uploaded by: detektif pdah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keburukan Penggunaan Internet as PDF for free.

More details

  • Words: 439
  • Pages: 2
Keburukan Penggunaan Internet Dewasa ini, komputer telah menjadi salah satu daripada alat telekomunikasi yang terpenting dalam kehidupan kita.Internet juga adalah satu cabang daripada penggunaan komputer.Hasil ciptaan sains dan teknologi ini mendatangkan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat yang tahu memanfaatkannya.Namun begitu, penggunaan Internet juga boleh mendatangkan keburukan kerana ia dapat merenggangkan hubungan kekeluargaan Penggunaan Internet ini akan membuatkan seseorang itu leka dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang lain. Sebagai contoh, ketika kita sedang melayari Internet, sudah tentu kita akan menumpukan sepenuh perhatian dan tidak mahu diganggu oleh orang lain dan jika kita diganggu, ini pasti mengundang kemarahan. Hal ini menunjukkan tandatanda awal kerengganga hubungan kekeluargaan akan berlaku. Di samping itu, kita juga akan terperap di dalam bilik kerana begitu asyik dengan Internet. Jika ibu bapa kita memanggil untuk makan atau melakukan sesuatu kerja misalnya, semestinya kita menolak dan seterusnya mengansingkan diri daripada ahli-ahli keluarga yang lain. Persefahaman dan kebahagian yang telah dipupuk dahulu akan akan terhapus sama sekali. Selain itu bagi mereka yang gemar ke kafe-kafe atau ke pusat Internet kerana ketiadaan Internet di rumah pasti akan keluar dan meninggalkan keluarga mereka sendirian. Kadangkala ada juga golongan sebegini yang pulang sehingga lewat malam. Jadi bilakah ketikanya mereka akan meluangkan masa untuk bersama keluarga? Lebih malang lagi apabila golongan ini terusa memarahi ibu bapa yang memberi nasihat kerana berpendapat ibu bapa tidak memahami jiwa mereka. Tidak ketinggalan juga, sekiranya mereka terlalu lama berada di kafe Internet, sudah tentu mereka tidak tahu apa yang terjadi di rumah. Di manakah keluarga akan mencari mereka jika ditimpa kecelakaan atau berlaku sesuatuyang tidak baik? Tidakkah ini menyusahkan banyak pihak? Remaja khususnya haruslah mengenal pasti antara perkara yang baik dan buruk. Sebagai contoh, jika seseorang itu ditangkap kerana melayari laman web pornografi. Hal ini akan memalukan keluarga dan kepercayaan keluarga terhadap mereka akan luntur. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa penggunaan Internet jika disalahgunakan akan mendatangkan keburukan daripada keburukan. Semuanya sudah jelas terbukti apabila terdapat ramai remaja yang bermasalah terlibat dalam penyalahgunaan Internet pada masa kini. Mereka semua menggunakan Internet tanpa tujuan atau niat yang baik. Apa yang mereka lakukan adalah tidak berfaedah dan tidak menguntungkan. Kecermelangan akademik para pelajar kita juga merosot sejak akhirakhir ini. Pengunaan Internet adalah salah satu daripada puncanya. Oleh itu pihak yang terlibat haruslah mengambil langkah-langkah yang jitu bagi

menangani perkara sebegini. Penyalahgunaan Internet tidak boleh dibiarkan sama sekali terutamanya jika ada pelajar yang terlibat. Sebenarnya langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah seperti mengadakan kempen-kempen tentang kebaikan penggunaan Internet. Ibu bapa juga harus turut serta dalam menangani maslah ini. Oleh itu, kita berharap agar penggunaan Internet tidak akan merenggakan hubungan kekeluargaan tetapi mengeratkan lagi hubungan itu.

Related Documents


More Documents from "Nash"