Bedtime Story Cerita 4 sekawan Oleh: Pdah 2 IH
Episode 1
4 sekawan iaitu Amin,Naqib,Shafiq dan Raja mengadakan perkhemahan di dalam Hutan Lipur.Mereka semua kelihatan bosan memandang unggun api yang dibuat oleh mereka.Pada malam itu, keadaan sungguh menyeramkan. “Kamu semua pasti berminat ingin mendengar cerita aku?” bual Amin tiba-tiba. “Cerita pasal apa?” tanya Naqib. “Tajuk cerita itu adalah Kejadian Ngeri di Hutan Lipur!” balas Amin, bersemangat.Mereka semua hanya tekun mendengar. “Jadi?Ceritakanlah !” suruh Raja.Mereka yang lain bersetuju supaya Amin meneruskan ceritanya. “Ceritanya bermula.... Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Raja sedang mengembara di hutan ini juga.Dia berjalan di hutan ini bersama sahabatnya, Shafiq.Mereka kelihatan teruja dan gembira di sepanjang perjalanan mereka di dalam Hutan Lipur. Sampailah pada suatu ketika,Shafiq mengadu letih dan lapar.Raja berfikir, ada baiknya dia berhenti dahulu kerana dia pun tidak larat. Oleh kerana hari semakin senja, mereka pun terus mendirikan khemah mereka di hadapan sebatang sungai. Pada pukul 9:00 mlm, mereka duduk menghadap api yang sedang marak.Raja berbual kosong dengan Shafiq pasal pengembaraan mereka kali ini.Mereka berdua berbual sehingga larut malam.
Tanpa disedari, ada makhluk halus lain yang sedang memerhati Raja dan Shafiq.Makhluk itu adalah....... “Adalah Hantu Syurup!!” sampuk Naqib.”Hoi, aku tengah cerita lagilah!!” bengang Amin.Sambung cerita.... Makhluk itu adalah ...... “Aku nak dengar jugak!!”tegur Shafiq,selamba jer. “Aduhai, kenapa ko tak mahu dengar dari awal lagi?” keluh Amin.Tetapi keluhannya hanyalah sebesar cipan!! “Bawa bertenang,nanti aku bawa bertendang pulak kang.Baru korang tahu!!” ejek Naqib.”Baiklah, aku sambung cerita ya?” minta Amin. “Silakan!” semua pendengar ‘tolol’ berteriak. Makhluk itu adalah pontianak!Bila hampir masa untuk mereka tidur, tiba-tiba Raja ingin pergi membuang air kecil.Dia mengajak Shafiq namun...... “Kenapa pulak nama aku ada dalam cerita kau?” tanya Shafiq. “Ko nie nampak nak bersantai dalam kubur jer??Ini cumalah cerita rekaan,bodoh!!” bentak Raja.Tak pasal-pasal Shafiq boleh kena sumpah ‘free of charge’. “Tak boleh ke korang diam?Korang semua nak dibandingkan dengan cipan serupalah!! Setelah mereka berhenti berhenti perang mulut yang dipenuhi peluru (kata-kata) tajam, Amin menyambung ceritanya.
Dia mengajak Raja tetapi Raja sudah terlena dibuai mimpi.Jadi dia pergi seorang diri.Asyik Shafiq membuang air, tiba-tiba salah satu hantu raya.... “Tadi bukankah hantu pontianak.Kenapa sekarang nie jadi Hantu Raya pulak?” soal Shafiq. “Cipan punya budak nie!!Ikut suka hati akulah nak bubuh nama Hantu Raya!!” Hantu Raya itu menangkap Shafiq lalu ‘transformer’ menjadi macam Shafiq.Dia kelihatan ketawa.Oleh itu, bermulalah misi Hantu Raya.... Sambungan di episode seterusnya.... Episode 2 Misi Hantu Raya