Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash as PDF for free.

More details

  • Words: 1,819
  • Pages: 13
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPT 5033: TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (KUMPULAN D / MAKMAL)

DISEDIAKAN OLEH NO.

NAMA

NO MATRIKS

1.

JAMAL BIN MOHD YUNUS

L20092005588

2.

AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ

L20092005563

3.

SU MOU JANG

L20092005562

DISEDIAKAN UNTUK ENCIK SHAMSUL ARRIEYA BIN ARIFFIN

1

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

“KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH SEBAGAI BAHAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPADA BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR DPLI.”

10

Pengenalan 1.1

Pendahuluan Penggunaan komputer pada masa kini semakin mendapat tempat dan perhatian dalam apa jua bidang termasuklah bidang pendidikan. Dengan perkembangan teknologi komputer juga, ia memberikan satu perubahan dalam pendidikan dengan penggunaan pelbagai sistem PembelajaranPengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang memberikan beberapa kebaikan berbanding pendidikan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan aplikasi Flash sebagai bahan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar DPLI. Dalam kajian ini, kami telah memilih cerita rakyat yang bertajuk “Sang Arnab dan Sang Kura-kura”. Penggunaan aplikasi ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar tentang sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menghilangkan rasa kebosanan belajar dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUAN Sejak dahulu sehingga kini pelbagai teknologi di gunakan dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Kini teknologi maklumat dan telekomunikasi sering dikaitkan dengan pendidikan, di mana teknologi ini memberikan

pelbagai

kemudahan

dalam

melaksanakan

proses

pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Kajian yang dijalankan oleh Funkhouser (1993), Henderson dan Landersman (1992) serta Al Ghamdi (1978) telah memperolehi hasil berikut: a) Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat mengaitkan dengan bidang-bidang lain. b) Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. c) Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan lebih mudah dan berkesan. d) Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

3

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.2

Penyataan Masalah a)

Kegagalan guru dalam mencapai objektif menarik minat pelajarpelajar bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif kerana mereka hanya menggunakan bahan pengajaran buku teks iaitu kaedah tradisional.

b)

Pelajar hanya menghafal fakta-fakta, teori-teori, soalan latihan dan jawapan secara bulat-bulat daripada buku teks atau daripada guru sahaja dan tidak cuba untuk berfikir sendiri secara inovatif dan kreatif.

c)

Pelajar tidak menumpukan perhatian di dalam kelas kerana tidak memahami

apa

yang

cuba

disampaikan

oleh

guru

dan

membosankan serta tidak menyeronokkan.

1.3

Objektif Kajian 4

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) iaitu aplikasi Flash sebagai alat bantu mengajar dan meluaskan penggunaan aplikasi Flash dalam kaedah proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar DPLI. Objektif Khusus i.

Guru dapat meluaskan penggunaan aplikasi Flash sebagai bahan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran & pembelajaran.

ii.

Pelajar akan lebih berminat dan tertarik dengan penggunaan Aplikasi Flash dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Hasil daripada kaedah pengajaran & pembelajaran Aplikasi Flash ia dapat melahirkan minda pelajar-pelajar DPLI untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif.

1.4

Soalan Kajian

5

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

i.

Adakah guru dapat meluaskan penggunaan aplikasi Flash sebagai bahan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

ii.

Adakah penggunaan Aplikasi Flash dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan sama ada pelajar tertarik dengan penggunaan Aplikasi Flash dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

iii.

Adakah Penggunaan Aplikasi Flash dapat melahirkan minda pelajar-pelajar DPLI untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif?

1.5

Definisi Konsep i.

Aplikasi Flash Elemen visual seperti grafik dan ilustrasi digunakan bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan oleh

teks.

Ia

dapat

mempercepatkan

penyampaian

maklumat di samping dapat memberi penerangan yang jelas, tepat dan konsisten. Satu perisian yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu gambar atau grafik. Ia juga boleh dipaparkan dalam bentuk animasi dalam bentuk siri.

ii.

Cerita Rakyat Cerita rakyat dapat didefinisikan sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubungan 6

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.

Cerita

rakyat

diwariskan

secara

turun-

temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya. 1.6

Kepentingan Kajian Kepentingan Kajian Tindakan ini bertujuan untuk mengalakkan dan meluaskan penggunaan Aplikasi Flash sebagai salah satu

alat

bantu mengajar yang berkesan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik secara tidak langsung ianya dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah

mengajar

dengan

profil

kecerdasan

pelajar

boleh

menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran kerana ianya memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran ini. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan.

1.7

Fokus Kajian Pelajar DPLI Sesi 2009 Kelas Teknologi dalam Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris 7

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.8

Sasaran Kajian Sasaran kajian ini adalah di kalangan pelajar-pelajar DPLI tahun Julai 2009. Manakala sampel kajian yang dipilih adalah seramai 20 orang pelajar DPLI.

1.8

Batasan Kajian Keputusan hasil kajian ini tidak dapat mencukupi semua perkara atau boleh memberi penyelesaian kepada semua perkara atau boleh memberi penyelesaian kepada semua soalan berkaitan. Batasan-batasan yang wujud adalah seperti instrumen, metodologi, pelaksanaan, masa, logistik, kewangan, sampel dan kaedah analisis. Selepas melalui proses kajian ini, kami mendapati beberapa batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan. Antara batasannya adalah: 1) Masa Dalam tempoh masa yang terhad, kami tidak dapat menyempurnakan kepada sample yang lebih ramai. 2) Pengalaman Oleh kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam membuat kajian, menjadikan ianya batasan terhadap kajian ini.

1.1

Kaedah Kajian Kaedah kajian yang telah kami gunakan bagi mengenalpasti penggunaan aplikasi ini di kalangan bakal-bakal guru. 8

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

Borang Soal Selidik Soal Selidik digunakan bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan minat dengan menggunakan skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar DPLI untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan Aplikasi Flash dalam Proses pembelajaran dan pengajaran.

20

Dapatan Kajian 2.1

Latar Belakang/ Demografi sampel Kami telah memilih 20 orang daripada pelajar DPLI ambilan Julai 2009, Universiti Perguruan Sutan Idris, Tanjung Malim.

2.2

Tindakan yang dijalankan Soal Selidik Skala Likert digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan minat responden terhadap aktiviti Penggunaan Aplikasi Flash dengan menggunakan skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar DPLI Sesi 2009 untuk mendapatkan maklum balas mereka terhadap penggunaan aplikasi Flash sebagai alat bantu mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3

Data-data kajian i. NO

Analisa Soal Selidik SOALAN

YA

TIDAK 9

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1

Adakah penggunaan aplikasi flash ini dapat membantu anda sebagai salah satu alat bantu mengajar selepas anda ditugaskan menjadi guru kelak?

2

Adakah anda memahami jalan cerita aplikasi flash yang kami bina?

3

Sekiranya diberi peluang, adakah anda ingin mempelajari lebih mendalam tentang penggunaan aplikasi flash?

4

Jika anda seorang murid atau pelajar, adakah anda mahukan guru anda menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih interaktif agar proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik?

5

Anda

lebih

pengajaran

berminat

menggunakan

kaedah

interaktif

berbanding

kaedah

pengajaran tradisional.

30

Perbincangan Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu, iaitu pada awal bulan Oktober 2009 sebelum peperiksaan akhir pelajar DPLI. Semasa kami menjalankan kajian ini kami telah memasukkan beberapa unsur motivasi dan pengajaran agar maklumat yang ingin disampaikan dapat di selami oleh murid-murid. 10

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

Hasil dapatan kajian menunjukkan 85 peratus menyatakan bahawa pengunaan Aplikasi Flash dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) lebih ceria dan menyeronokkan. Penggunaan Audacity dalam jalan cerita juga dapat menarik minat murid dengan wujudnya beberapa suara binatang.

40

Kesimpulan dan Cadangan Kami berharap agar penggunaan aplikasi Flash dengan memasukkan Cerita Rakyat dapat membantu murid serta guru yang lain untuk meneruskan kreativiti mereka di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas. Kami mencadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

11

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

i.

Guru-guru digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran didalam kelas dengan penggunaan ICT,

dalam pendekatan proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas - kelas tertentu terutamanya kelas sederhana. ii.

Menggunakan teknologi-teknologi seperti gambar yang menarik.

iii.

Guru-guru boleh menggunakan kaedah yang tidak membosankan seperti penggunaan laman web dan sebagainya.

Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat guru dan minat murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Semoga minat pelajar dan guru dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang lebih menyeronokkan dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan.

Perisian ini hanya menawarkan bentuk stand alone, maka bentuk penggunaan dalam teknologi web juga boleh dicadangkan pada masa akan datang untuk member kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk menggunakannya dan di mana-mana sahaja.

Perisian Flash ini juga ingin dilihat keberkesanannya pada peringkat pengajian lebih tinggi pada mata pelajaran lain dan peringkat di sekolah menengah dan juga universiti. Dengan sumber kewangan yang terbatas dan tenaga kerja yang 12

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

terhad perisian ini tentu ada kekurangannya. Bagaimanapun, ini boleh dianggap sebagai pembuka jalan untuk pembangunan perisian yang lebih canggih pada masa akan datang.

13

Related Documents