Kebaikan Amalan Memaca.docx

  • Uploaded by: Suhasheni Rajendran
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kebaikan Amalan Memaca.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 794
  • Pages: 3
Kebaikan amalan memaca. Huraikan kebaikannya. Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap. Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis yang sering berubahubah mengikut zaman. Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula. Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas. Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku. Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu. Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka. Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.

KELUARGA IMPIAN SAYA "Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anakanak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat

seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batubata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

Related Documents

Kebaikan Pab
May 2020 20
Kebaikan Berbasikal.docx
December 2019 21
6 Kebaikan Rev
June 2020 14
Kebaikan Membaca.pdf
June 2020 8

More Documents from "WY0729"