Kebaikan PerdaganganAntarabangsa Menikmati barangan yang tidak dihasilkan di dalam negara Perbezaan sumber semula jadi, iklim dan tanih akan menghasil pengeluaran yang berbeza antara sesebuah negara dengan yang lain.Contohnya, Malaysia dapat menikmati gandum dari Kanada dan hasil tenusu dari Australia. Memperoleh barangan dengan lebih murah Pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu barangan akan memyebabkan kos pengeluaran menjadi lebih rendah. Keadaan ini menyebabkan harga barangan menjadi lebih murah. Contohnya, Malaysia boleh memperoleh lembu daging dari New Zealand dengan harga yang murah berbanding harga lembu tempatan. Memperluaskan pilihan pengguna Pengguna dapat menikmati pelbagai pilihan barangan melalui perdagangan antarabangsa. Contoh,pengguna boleh memilih kasut, pakaian dan beg tangan, sama ada yang dikeluarkan oleh industri tempatan atau import. Menggalakkan penggunaan teknologi baru Tingkat teknologi antara negara membangun dan maju adalah berbeza.Perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara membangun mengimport peralatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi untuk digunakan dalam proses pengeluaran dan pembangunan negara.Contohnya, Malaysia mengimport teknologi komunikasi dan kepakaran dari Nokia Finland. Memperluaskan pasaran Jika barangan Yang dikeluarkan melebihi permintaan tempatan maka lebihan pengeluaran dapat dieksport. Contohnya, Malaysia yang Mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawitnya akan mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawit akan mengeksport minyak sawit ke India dan China. Hal ini akan meluaskan pasaran bagi keluaran barangan tempatan ke negara asing. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara negara Perdagangan antarabangsa akan mewujudkan hubungan diplomatik selain aktiviti perdagangan. Kerjasama antara negara akan mengukuhkan kestabilan politik dan sosioekonomi serta meningkatkan kerjasama dan persefahaman. Menambahkan peluang pekerjaan Peningkatan dalam eksport akan mendorong firma tempatan untuk meningkatkan pengeluaran. Contohnya, kilang-kilang beroientasikan eksport di Malaysia dapat menyediakan peluang kepada penduduk tempatan. Menggalakkan pelaburan Perdangangan antarabangsa mengalakan negara-negara yang kaya dengan modal untuk melakukan pelaburan langsung asing(FDI). Contohnya, Perdangangan antarabangsa telah menggalakkan syarikat-syarikat asing melakukan pelaburan langsung di Malaysia.