Kata Pengantar.cabaran Dan Cubaan

  • Uploaded by: Mohd Zaidi bin Harun
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kata Pengantar.cabaran Dan Cubaan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,174
  • Pages: 9
KATA PENGANTAR BERMULANYA ZAMAN BARU PAS

Pada pagi Hari Natal, 25 Disember, 1977, alam sekitar Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bercuaca baik dan panah mataharinya tajam seperti biasa, mudah menitiskan peluh dan keluh. Hari-hari seperti itu tidak pernah mengubah hawa dan suhu Dewan Seminarnya yang memang dibina berhawa dingin. Dari mula lagi Dewan Seminar itu sudah penuh sesak dengan perwakilan Muktamar Khas Pas yang ketiga dan sebilangan besarnya adalah pemerhati-pemerhati yang hendak mendengar amanat sulung Datuk Asri Haji Muda sesudah parti yang dipimpinnya terpaksa dan dipaksa berpisah dari Barisan Nasional. Dewan yang suhunya dingin itu telah tidak memercikkan hawa yang sepatutnya. Mungkin kerana orang yang berhimpithimpit itu, maka agaknya menyebabkan hawanya sama perit dengan keadaan di luar. Dalam keadaan demikianlah Datuk Asri

melafazkan kalimah-kalimah politik yang diolah dalam bentuk sastera. Ungkapan yang beralun-alun yang memakan masa satu jam 55 minit itu melahirkan apa yang dinamakan sendiri oleh Datuk Asri 'Cubaan dan Cabaran' yang kita bukukan ini adalah dikira satu dokumen politik yang penting yang patut dibaca dan dimiliki oleh peminat-peminat politik, guna mempertajam pemahaman masing-masing tentang pergolakan politik tanah air istimewa berhubung dengan krisis politik Kelantan yang masih berhaba itu. Penjelasan yang dibuat oleh Datuk Asri dalam jangka waktu hampir duajam itu tentulah tidak mungkin memuatkan seiuruh masalah dan detik pergolakan yang dihadapi oleh Pas dan rakyat negeri Kelantan. Tetapi dengan apa yang sempat dihuraikan itu boleh membawa orang ramai memulakan kajian dan pemahaman yang lebih mendalam tentang persoalan yang dihadapi. Para pengkaji politik dalam dan luar negeri boleh menimba bahan dari amanah ini, dan dengan sedikit lagi kaji selidik yang dibuat, sudah pasti membolehkan mereka mendapat sesuatu yang benar mengikut fahaman masing-masing. Dan pemahaman

yang hakiki dalam soal ini ialah yang paling diterima oleh orang terbanyak baik mereka penghuni kampus mahupun penghuni kampung. Datuk Asri sesungguhnya dengan 'Cubaan dan Cabaran' ini membuktikan bahawa karya atau dokumen politik boleh dihasilkan dengan kata-kata dan kalimah sastera sehingga orang malas membaca dan tidak berminat dalam politik cuba membacanya hingga habis. Pengkritik-pengkritik Datuk Asri tentu merasakan bahawa ada perkara-perkara yang perlu ditambah bagi melengkapkan suatu amanat yang lebih sempurna. Benarnya ada, tetapi sekadar huraian yang terdapat, sudah boleh mengajak kita memahami minat dan sikap yang mendorongkan Datuk Asri dan temanteman seakrabnya mengambil tindakan memecat Datuk Mohamad Nasir dari anggota Pas. Kerana persoalan krisis Pas dan krisis politik Kelantan itu sendiri belum berakhir dan ianya akan diperkatakan terus dari soal politik hinggalah ianya menjadi bahan sejarah nantinya, maka kita mengalualukan lahir lagi pandangan dan pendapat

yang boleh dibukukan guna memperkaya pustaka ilmu politik kita. Segala ramalan, banyak yang menduga bahawa zaman keagungan Pas dan waktu gembira Datuk Asri sudah berakhir dengan gelora politik di Kelantan tadi. Tetapi dengan perkembangan terakhir dan dengan inftrastruktur Pas yang turut tolong dibina oleh UMNO secara di luar sedar, rasanya bertolak dari ucapan di pagi Natal itu bermulanya zaman baru Pas. Ucapan dasar Datuk Asri itu akan menentukan zaman yang hendak dilaluinya. la sudah melalui beberapa sejarah penting dalam perjuangannya. Sejarahnya bermula dengan UMNO sebagai ibu kandungnya. la dibesar dan dewasa dalam bimbingan UMNO. Tetapi sesudah mengenali hidup dan mulai mengetahui apa yang buruk dan apa yang baik, ia tidak lagi dapat bersama ibu kandungnya. Apakah ia durhaka kepada ibu kandung, atau tidak lagi sehaluan dengan budi bicara ibu kandung; ia mengambil jalannya sendiri bahawa dunia ini hams dilalui sendiri dan harus ditentukan sendiri.

Pas mengambil masa hampir 20 tahun sebagai parti pembangkang, dengan imej yang tidak baik — nasionalisme sempit? — maka kemudiannya memulakan langkah bekerjasama semua dengan UMNO dengan menubuhkan kerajaan campuran Pas— Perikatan dalam tahun 1973. 19 bulan kemudian ia bersama UMNO membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah ibarat universiti bagi Pas. la belajar mengenali kawan dan lawan, dan sebagai sekutu dalam kumpulan parti yang memerintah, ia banyak menimba pengalaman baru untuk memudahkan melayarkan bahtera perjuangan di hari-hari kemudian. Sudah ditakdirkan oleh keadaan UMNO khususnya Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri tidak setuju dengan tindak tanduk pemimpin-pemimpin UMNO; bukan dengan ahli-ahli UMNO, maka Pas terpaksa dan dipaksa keluar dari Barisan. Ini dengan sendirinya sekali lagi ia berpisah dengan ibu kandungnya. Imej Pas yang laksana balik dari universiti — walaupun nampaknya macam tercicir tetapi imejnya sudah baru. la tidak lagi berfahaman nasionalisme sempit.

Infrastruktur barunya yang tolong dibina oleh UMNO menyebabkan Pas boleh melalui hidup barunya dengan bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan Islam sebagai regu politik yang realis bagi Malaysia yang bermasyarakat majmuk ini. 'Cubaan dan Cabaran' Datuk Asri ini mengandungi bahan-bahan sindiran sinis, falsafah perjuangan baru Pas, cara-cara bergerak dan yang lebih penting ialah persiapan menghadapi hari depan yang mencabar. Dan ucapan ini seolah-olah mencerminkan terkandungnya satu seruan bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum yang segera tiba. Tidak terdapat dalam ucapan itu yang menyentuh bahawa bila pilihanraya itu hendak diadakan. Tetapi berdasarkan ramalan yang pernah dibuatnya sebelum Muktamar Khas itu, pilihanraya itu mungkin diadakan dalam bulan April, 1978. Nampaknya Pas mulai bersedia. la mengarahkan ahli-ahlinya membuat persediaan diberbagai peringkat. Dan apakah ramalan Datuk Asri tadi tepat akan menjadi perhatian. Berdasarkan dari ucapan itu, seolah-olah Datuk Asri merasakan kesegeraan itu tidak cepat dan

tidak lewat dari bulan April. Ramalan ini dipersetujui oleh banyak pihak. Tetapi Datuk Hussein Onn adalah orang yang suka saspen tentu tidak menyetujui ramalan Datuk Asri tadi. Kiranya Datuk Hussein merancang yang ia akan diadakan dalam bulan April sebelum ini, maka sesudah memerhatikan perangai Datuk Hussein yang tidak suka rancangan atau pengumumannya didahului oleh lain pihak, sudah pasti ia akan ditunda. Datuk Hussein lebih rela menunda tarikh yang ditentukannya itu semata-mata tidak mahu orang lain mendahului keputusannya. Dan dengan menunda tarikh itu tadi, berertilah yang ramalan Datuk Asri itu tidak tepat. Adakah Datuk Asri tidak mengetahui perangai Datuk Hussein itu? Sebagai seorang bekas Menteri yang pernah bersama-sama dalam kabinet, tentulah Datuk Asri arif dengan cara-cara Datuk Hussein itu. Habis mengapa ramalan itu dibuat kalau sudah tahu Datuk Hussein tidak akan membuat sesuatu seperti yang pernah diramalkan oleh orang lain? Boleh jadi Datuk Asri sengaja hendak menunda tarikh pilihanraya itu dari bulan

April seperti yang dirancang dan yang dikehendaki sangat oleh Datuk Seri Dr. Mahathir ke satu tarikh baru yang mungkin bulan Ogos? Bagaimanapun 'Cubaan dan Cabaran' membawa banyak teka-teki yang perlu dijawab oleh teman dan musuh politik Datuk Asri dan Pas. Amanat ini sesungguhnya berjaya menolak Datuk Asri lebih kuat sebagai pemimpin Pas yang tidak tercabar, tetapi belum dapat dipastikan yang Pas akan bertambah kuat dengan kuatnya Datuk Asri tadi. Ucapan itu boleh menjadikan beliau kuat bersama partinya turut kuat, tetapi perkembangan nampaknya menyulitkan, kerana terdapat rasa tidak puas hati di kalangan pucuk pimpinan Pas. Antaranya ada yang meletakkan jawatan dan ini menyulitkan perpaduan Pas dalam menghadapi mainan UMNO yang berpengalaman itu. Tetapi kalau Datuk Asri berjaya mendapat PRO yang cekap dan dalam parti ada satu dua tokoh berwatak pendamai, maka cubaan dan cabaran yang dihadapi akan mudah dilalui.

Dengan demikian tidak banyak kesulitan baginya untuk menghadapi zaman baru yang sudah bermula tadi. Zaman kegemilangan Pas sesungguhnya sudah ada di hadapan Datuk Asri, tetapi ia bukanlah suatu yang mudah dicapai tanpa cabaran dan cubaan. la boleh dicapai sesudah melalui liku-liku. Liku-liku itu sebenarnya liku ciptaan. Subky Latif.

Related Documents


More Documents from ""