Kasih Sayang Asas Kebahagian Keluarga

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kasih Sayang Asas Kebahagian Keluarga as PDF for free.

More details

  • Words: 1,318
  • Pages: 6
Kasih Sayang Asas Kebahagian Intitusi Keluarga (23 Februari 2007M / 05 Safar 1428H)

َ ْ ‫ه ال‬ :‫ل‬ ِ ‫مدُ لل‬ َ ْ ‫اَل‬ ْ ‫ح‬ ِ ِ ‫قائ‬

‫ُهه‬ ُ ‫حمّدًا َعبْد‬ َ ُ‫ وَأَ ْش َهدُ أَنّ م‬،ُ‫ْكه لَهه‬ َ ‫َهه لَ َشرِي‬ ُ ‫ِلهه إِلّ الُ وَحْد‬ َ ‫َنه لَ إ‬ ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬ .َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأَصْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْن‬ َ ُ‫صلّ وَسَلّمْ عَلَى َسيّ ِدنَا م‬ َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َورَ ُسوُْله‬ .َ‫صيْ ُكمْ وَإِيّايَ ِبَت ْقوَى الِ َفقَدْ فَازَ اْل ُمّت ُقوْن‬ ِ ْ‫ ِإّتقُوا الَ وَُأو‬،ِ‫ َفيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬ MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, bersamalah kita meningkatkan taqwa kepada Allah SWT, dengan mentaati segala perintahnya dan menjauhi larangannya. Sesungguhnya kebahagian dunia dan kesejahteraan akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa. MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Mimbar hari ini ingin menarik perhatian para jemaah mengenai satu tajuk, iaitu Kasih Sayang Asas Kebahagian Intitusi Keluarga. Intitusi Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Maju dan bahagiannya sesebuah masyarakat itu amat bergantung kepada Intitusi Keluarga yang berkualiti. Justeru itu syariat Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu peraturan yang wajib di hayati, demi menjamin kerukunan hidup berumah tangga. Perkara ini telah di nyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah Ar-rum ayat 21:

1

Maksudnya : ”Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah dan rahmatMu, bahawa dialah yang menciptakan untuk kamu kaum lelaki (isteri-isteri dari jenis kaum kamu sendiri) supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan di jadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih sayang adalah fitrah semua jadi yang Allah bekalkan di dalam naluri setiap insan. Ini bererti kasih sayang tidak mengenal waktu, jarak, tempat kedudukan dan pangkat. Dengan sebab itu, Allah S.W.T meletakkan syarat untuk memperolehi rahmatnya adalah dengan berkasih sayang antara sesama manusia. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang berbunyi: Rasulullah SAW bersabda:

" ُ‫" مَنْ لَ َيرْحَمِ النّاسَ لَ َيرْ َح ْمهُ ال‬ Maksudnya : ”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.” (H.R. Al-Termizi) Hadis di atas menekankan kepada umat Islam agar hidup berkasih sayang dan sentiasa memelihara persaudaraan, dengan jaminan kurniaan rahmat oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berakhlak penyayang. MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Sifat kasih sayang amat penting dan begitu di tekankan oleh islam khususnya dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia. Bagi memperolehi kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan sebuah rumah tangga seseorang itu perlu menjalinkan hubungan yang harmonis di antara seluruh anggota keluarga dengan sentiasa kasih mengasihi, saling menghormati serta bantu membantu di antara satu sama lain. Semua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyuburkan kasih sayang untuk pembinaan sebuah keluarga bahagia. Antaranya ialah: PERTAMA, FAKTOR KASIH SAYANG ANTARA SUAMI DAN ISTERI: Sebuah keluarga yang bersifat mawaddah dan rahmah bermula daripada ikatan perkahwinan. Bagi melahirkan kasih sayang yang sebenar di antara suami dan isteri kedua-dua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Isteri bertanggungjawab melayani dan mentaati suami manakala suami pula berperanan sebagai pelindung dan 2

tempat bergantung isteri dan ahli keluarga. Islam juga menganjurkan para suami agar sentiasa bergaul dengan isteri secara maaruf ( baik). Allah menegaskan hal ini dalam surah An-nisa ayat 19 yang berbunyi.

Maksudnya : ”Wahai orang2 beriman tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan2 dgn jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali apabila mereka telah melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasa benci dengan mereka di sebabkan dengan tingkahlaku mereka, jgnlah pula kamu terburu-buru menceraikannya kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak bagi kamu.” Hakikat ini diperjelaskan lagi dgn sabda baginda baginda S.A.W berbunyi:

yang

" ْ‫" َخ ْيرُ ُكمْ َخ ْيرُ ُكمْ َلهْ ِلهِ وََانَا َخ ْي ُركُمْ َلهْلِي‬ Maksudnya : ”Sebaik-baik di kalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik pada isteriku..” (Hadis Riwayat Al-Termizi) Faktor kedua ialah kasih sayang antara anak-anak dengan ibubapa. Sebagaimana ibu dan bapa memberikan kasih sayangnya kepada anakanak, maka islam juga menganjurkan supaya anak-anak juga memberikan kasih sayang terhadap kedua ibu bapa mereka. Tegasnya anak-anak mestilah menyayangi dan mengasihi ibu bapa, mematuhi segala perintah dan nasihat keduanya, mengunakan kata-kata yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan dan 3

menyakitkan hati kedua ibubapa. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang berbunyi:

Maksudnya : ”Dan tuhanmu telah perintahkan supaya tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ”Ahhh...” dan janganlah engkau mengherdik mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Anak-anak mestilah menunjukkan tanda kesyukuran dan rasa berterima kasih terhadap jasa kedua orang tuanya yang sudah bersusah payah mendidik dan membesarkannya dengan cara sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat kepada kedua ibubapa, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa yang lemah dan uzur. Adalah menjadi kewajipan kepada anak-anak memperuntukkan masa khas untuk memenuhi keperluan ibubapa dari segi makan minum, pakaian, perubatan dan kasih sayang sebagaimana mereka berikan kepada kita sewaktu kita kecil dahulu. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita tidak mampu membalasnya, walau dengan apa pun sumbangan yang kita berikan kepada mereka. Firman Allah dalam surah Al-Lukman ayat 14:

Maksudnya : ”Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan yang demikian itu, Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibubapamu dan kepadaku jua tempat kembali.”

4

Oleh itu janganlah kita leka dengan kehidupan dan tugas-tugas seharian sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebihlebih lagi apabila ibubapa kita telah meninggal dunia. Sebagai anak yang soleh maka hendaklah kita selalu berdoa kepada keduanya sebagaimana Firman Allah dalam surah Isra’ ayat 24 yang berbunyi.

Maksudnya : ”Wahai tuhanku ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku semasa aku kecil.” MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA, Faktor ketiga yang dapat menyuburkan kasih sayang ialah dengan adanya hubungan kejiranan yang baik. Islam senantiasa menganjurkan supaya umatnya menjalin hubungan kasih sayang, silaturahim dan saling membantu antara satu sama lain. Kasih sayang itu bukan sekadar perlu dipupuk antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak serta anak dan ibu bapa saja, tetapi silaturahim terhadap saudara yang lain termasuk jiran tetangga juga sangat digalakkan oleh Islam karena hasil dari ikatan kemesraan itu akan melahirkan kekuatan ummah yang padu. Adalah wajar amalan hormat-menghormati dan tolak ansur di antara jiran tetangga di tingkatkan kerana ianya boleh melahirkan kehidupan yang harmonis dan sekaligus dapat membangunkan intitusi keluarga masing-masing Ini di jelas oleh Allah dalam surah An-nisa ayat ayat 36 Allah berfirman:

Maksudnya : ”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlan kamu mempersekutukannya dengan suatu apa jua dan 5

hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sehaya yang kamu miliki sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kita menyuburkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, mudah-mudahan kita akan di rahmati Allah S.W.T.

ِ‫ وََن َفعَنِى وَإِيّاكُ مْ ِبمَا فِيْ هِ مِ نَ اْليَا تِ وَالذّ ْكر‬،ِ‫بَا َر َك الُ لِىْ وَلَكُ مْ فِىْ اْل ُقرْءَا نِ اْل َعظِيْ م‬

ُ‫ أَقُولُ قَوْلِى َهذَا وَأَ سَْتغْ ِفر‬،ُ‫سمِيْعُ اْلعَلِيْ م‬ ّ ‫ وََتقَبّلَ مِنّىْ َومِنْكُ مْ ِتلَوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬،ِ‫اْلحَكِيْ م‬

،ِ‫ْنه وَاْلمُ ْؤمِنَاته‬ َ ‫ وَاْلمُ ْؤمِنِي‬،ِ‫ُسهِلمَات‬ ْ ‫ُسهلِمِ ْينَ وَاْلم‬ ْ ‫ وَلِسهَاِئرِ اْلم‬،ْ‫ْمه لِىْ وَلَكُمه‬ َ ‫الَ اْلعَظِي‬ .َ‫فَاسَْت ْغفِرُوهُ فَيَا فَ ْوزَ اْلمُسَْت ْغ ِفرِيْنَ وَيَها َنجَاةَ التّائِبِ ْين‬

6

Related Documents

Kasih Sayang
May 2020 19
Kasih Sayang
April 2020 19
Hotd Kasih Sayang Islam
October 2019 38
Kasih Sayang Adikku
November 2019 33