Kasih Sayang Membentuk Keluarga Bahagia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kasih Sayang Membentuk Keluarga Bahagia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,572
  • Pages: 12
KASIH SAYANG MEMBENTUK KELUAGA BAHAGIA Pada zaman kini, kita telah melupakan adat dan kasih sayang yang perlu diamalkan dikeluarga kita sendiri dan hanya sibuk dengan pekerjaan dan sebagainya. Tetapi kita seringkali bertanya dimanakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa itu sukar hadir dalam istana yang kita bina atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjatuh. Sebernarnya jawapan kepada semua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Sikap kita selama ini hanya mengutamakan kebendaan dan terlupa kasih sayang yang sepatutnya. Oleh itu kita perlu berubah sikap ini untuk membentuk keluarga bahagia. Selain itu, sikap yang suka berbanding dengan orang lain juga halangan besar untuk mencapai keluarga bahgia. Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita, disebaliknya apa yang kita bina tidak mungkin sama dengan syurga orang lain. Perkahwinan adalah cantuman sah lelaki dan perempuan yang diberikan tugas dan tanggungjawab untuk manjadi sebuah institusi keluarga harmoni dan penuh kasih sayang. Ia juga berfungsi sebagai satu ikatan suci dalam masyarakat bertamadun untuk memenuhi tuntutan emosi dan jasmani, di samping meringankan ketegangan dan tekanan perasaan, menentukan status social dan sebagai usaha penyatuan beberapa keluarga dan keturunan. Suami isteri dapat memenuhi tuntutan emosi yang memerlukn kasih sayang, cinta, perlindungan, tempat bergantung, tempat perkongsian perasaan, mencari ketenangan dan sebagainya. Sementara anak yang dilahir dalam ikatan perkahwinan juga memerlukan kasih sayang, penjagaan rapi, pendidikan, tempat bergantung dan perlindungan yang selamat. Seorang anak akan berasa selamat dan tenteram dibawah jagaan ibu bapa bertanggungjawab serta mempunyai kasih sayang. Keluarga adalah dunia kecil yang harmoni dan dapat membentuk ahli masyarakat. Menurut kajian ahli psikologi Arnold Gesell mendapati tingkat laku manuasia berkembang mengikut peringkat kematangan biologi.

Ini bermakna perkembangan jasmani dan tingkat laku berlaku pola dan turutan terkawal mengikut jadual masa. Oleh itu, seorang anak yang dilahirkan memerlukan kasih sayang dariapda ibu bapa, kakak, atau abang bagi merasai dalam keadaan selamat dan tenteram. Perkembangan tingkat laku seseorang kanak-kanak itu akan berkembang mengikut persekitaran dan asuhan dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini suasana harmoni dan penuh kasih sayang amat penting. Hadis Riwayat Ath Thatawi menyebut: cintailah anak dan sayangilah mereka. Apabila berjanji sesuatu kapada mereka tepatilah. Sesungguhnya mereka tahu hanya kamulah yang memberi mereka rezeki. Jelaslah melalui hadis ini seseorang anak perlu diberikan kasih sayang secukupnya. Apabila seseorang ayah atau ibu berjanji kapada anak mestilah ditepati dan jangan mengingkari atau menipu mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang sepenunya. Anak akan melihat dan manjadikan contoh kasih sayang itu kapada ibu bapanya. Tidak rugi menunjukkan kasih sayang dalam keluarga kerana anak akan membalas kasih sayang itu apabila dia dewasa. Kasih sayang datang daripada perasaan, bukan daripada pemberian wang ringgit atau yang berbentuk kebendaan. Kasih sayang lahir daripada jiwa suci dan murni. Hari ini, keruntuhan institusi keluarga amat ketara menyababkan ramai ahli masyarakat yang tidak lagi percaya kepada institusi itu. Ikatan antara ayah dan ibu semakin longgar. Tiada lagi kasih sayang wujud dalam keluarga manakala pengaruh barat sudah menular dalam masyarakat kita. Untuk memperbaiki kehidupan keluarga, seluruh ahli keluarga hendaklah mejadikan rumah sebagai asas menjalin kasih sayang dan keharmonian. Selain itu, tingginya darjat suami isteri detentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tanggah, sehingga dituntut manjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka. Kasih sayang yang terjalin diantara anak dengan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Kekuatan cinta yang tulus mampu mengerakkan lisan untuk sentiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibu bapanya. Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia. Percinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

Cara-Cara Mengamalkan Keluarga Bahagia Empat cara utama keluarga bahagia, iaitu, saling menghargai satu sama lain, boleh berkomunikasi antara satu sama lain, mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengambil pendekatan konstruktif dalam menghadapi krisis. Orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarga. Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasih sayang kepada keluarganya. Melalui sikap saling menghargai antara satu sama lain akan mewujudkan kasih sayang, setiap ahli keluarga akan berasa puas dan bahagia dengan keadaan diri masing-masing dan ahli keluarga lain. Ahli keluarga sentiasa ingin bersama untuk membolehkan mereka menikmati kebahagiaan keluarga. Ahli keluarga akan sentiasa melakukan banyak perkara secara bersama semata-mata kerana

mereka rasa bahagia

dalam

keluarga.

Keluarga

itu

mencorakkan gaya hidup mereka supaya dapat menghabiskan masa bersama hingga menunjukkan perhubungan adalah sesuatu yang dirancang. Keluarga komited akan mewujudkan kebahagiaan dan kebajikan untuk ahlinya, di samping semua ahli keluarga lebih rapat dan erat antara satu sama lain. Melalui corak komunikasi yang baik, mereka menghabiskan masa bercakap, mencurahkan masalah dan serentak itu, ahli keluarga lain adalah pendengar yang baik serta menjadi penyelesai masalah. Segala perasan diluahkan, segala masalah dapat diselesaikan, tiada perasaan terpendam dan tiada ahli keluarga terjebak dengan masalah yang menjerumuskan mereka ke kancah kehancuran. Melalui pegangan agama yang mantap, kebahagiaan dalam perkahwinan dan kejayaan dalam perhubungan kekeluargaan serta tabah menghadapi apa juga masalah adalah faktor kejayaan dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Selain itu, hubungan seks yang sihat antara suami dan isteri juga penting untuk mangamalkan keluarga yang bahagia. Seks merupakan bentuk hubungan yang melibatkan kesatuan fisik dan psikologis dari suami isteri. Adanya keberlangsungan hubungan seks yang akan menjaga kesatuan dalam keluarga, menjadikan anggota keluarga bahagia, dan puas.

Selain itu, kerjasama antara satu sama lain dalam keluarga juga cara untuk mengamalkan kelarga bahagia. Suami membantu isteri dan anak. Isteri membantu suami dan anak. Anak membantu bapa dan ibunya. Tindakan kerjasama ini akan berkembang bila mereka mengupayakan untuk melakukan berbagai kegiatan secara bersama-sama. Di samping, pembentukan keluarga dikawali oleh percayaan antara satu sama lain. Masing-masing percaya bahwa akan melakukan usaha agar jalinan kesatuan di antara mereka dapat mengantarkan mereka menjadi bahagia dan sejahtera. Kehidupan keluarga dapat dipertahankan sampai bila-bila masa jika kepercayaan ini diteruskan.

KELUARGA YANG TIDAK MENGAMALKAN KASIH SAYANG Masyarakat hari ini disajikan dengan pellbagai berita gejala sosial membabitkan generasi muda tidak kurang juga dari generasi tua, seperti ibu tanpa nikah, seks bebas, penagihan dadah, khalwat, tinggal bersama tanpa nikah, lari dari rumah, kahwin/nikah di sempadan negara dan sebagainya lagi. Masa hadapan seorang remaja yang cerah akan dihancur pada saat anak itu terjebak dalam gejala social. Anak tersebut akan melibatkan diri dalam kes-kes jenayah seperti merompak, meragut, menagih dadah dan sebagainya. Anak akan berlari dari rumah maka dia tidak dapat merasai kasih sayang yang sepatutunya ada didalam rumah, manakalau bagi ibu bapa yang tidak menyerdari pekara tersebut dan demi menjaga air muka maka perkara diatas akan berlaku. Masyarakat seks bebes atau pentukaran pasangan seks mencerminkan bahawa keruntuhan akhlak moral dalam kalangan dewasa. Ini telah menjejeskan putaran semula jadi sebagai satu pasangan suami isteri. Isu ini mengambarkan kepada kita bahawa institusi kekeluargaan mula retak dan ini akan menimbul masalah yang lebih besar jika tidak diberi perhatian oleh semua pihak, terutama individu itu sendiri, ibubapa, pemimpin masyarakat dan pihak-pihak yang berkaitan. Sebahagian masyarakat hari ini, memandang remeh dan mengambil mudah berhubung isu pernikahan di sempanan dan pembentukan keluarga

sedangkan,

pernikahan

itu

adalah

langkah

permulaan

kepada

pembentukan institusi keluarga. Hari ini kita disajikan dengan berbagai-bagai berita berhubung isu nikah di sempanan kerana berbagai-bagai alasan daripada pasangan antaranya kerana ingin berpoligami, tanpa izin wali, kerana terlanjur dan malu serta berbagai-bagai alasan. Walau apa jua alasan sebagai seorang yang beragama, kita sewajarnya mematuhi undang-undang negara dan melakukan yang terbaik demi untuk keluarga yang bakal dibina oleh pasangan tersebut. Apa yang selalu kita dengar hari ini, dari mulut-mulut yang mencari pasangan untuk berkahwin ialah susah nak cari calon yang sesuai dan berkarisma serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Ini mengambarkan sebahagian masyarakat kita lelaki atau wanita semakin terhakis jati diri dan nilai- nilai kecemerlangan. Apa yang mampu kita lakukan ialah mesti istiqamah dalam membentuk diri sendiri dan keluarga agar mampu melahirkan insan-insan cemerlang dengan harapan generasi

akan datang hidup dengan aman dan tenang serta mampu mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

KESIMPULAN Pada kesimpulan, ciri yang diamalkan dalam sebuah keluarga yang utuh adalah cirri universal yang terkandung dalam agama. Amalan ini akan melahirkan kebahagia dalam keluarga dab rumah tangga. Sesungguhnya, sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat. Jika keluarga utuh dan mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya sudah pasti melahirkan masyarakat penyayang. Pernah seorang tua berkata bahawa “jika ayam jantan dan ayam betina membiak, maka anak ayamlah akan ditetaskan, jika kambing jantan dan kambing betina membiak, maka anak kambinglah akan lahir” itulah reality kehidupan. Kesimpulannya dari orang tua tersebut bahawa pemilihan calon pasangan itu akan mengambarkan warisan dan perwatakan anak yang bakal dilahirkan, oleh itu pemilihan calon pasangan cukup besar maknanya kepada setiap pasangan sebelum pernikahan dan pembentukan sebuah keluarga bahagia. Keluarga merupakan institusi yang memainkan peranan penting kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada sesebuah masyarakat . Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana system sesebuah keluarga itu dibentuk, jika baik sesebuah keluarga itu. Maka akan baik sesebuah masyarakat tersebut dan begitulah sebaliknya. Perkhawinan adalah proses awal ke arah pembentukan sebuah keluarga. Ia bertujuan untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya pasangan itu dapat mewuhudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Akhirnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang aman, bahagia dan harmoni seperti mana slogan menyatakan “Rumahku Syurgaku”.

LAMPIRAN

RUJUKAN www.pikirdong.org http:// alhaqim.com http:// melayucyber.blogspot.com http://alminigayonhusia.tripod.com http://www.w3.org/1999/xhtml

Bi

Kandungan

l 1 2 3 4 5 6 7 8

Kasih Sayang Membentuk Keluarga Bahagia Cara-cara Mengamal Keluarga Bahagia Keluarga Yang Tidak Mengamalkan Kasih Sayang Ciri-Ciri Keluarga Yang Bahagia Kesimpulan Lampiran Rujukan Tamat

Muka Surat

Related Documents