Karya yang saya hasikan bertemakan “metropolitan” dan ia lebih kepada grafik. Saya ingin menunjukkan kehidupan metropolitan dalam masyarakat yang berera globasisasi dan moden ini dengan memaparkan bangunan, kenderaan,orang, dan tempat pejalan kaki. Karya saya lebih tertumpu kepada Kuala Lumpur kerana Bandar ini lebih dikenali dengan metropolitan. Saya mewarnakan bangunan ini dengan warna biru kehijauan dan direka dengan besar.KLCC ini dapatlah dijadikan sebagai kekuatan dan kemajuan Malaysia serta telah menjadi tanda Malaysia di pentas antrabangsa.Ia juga merupakan tempat pelancongan Malaysia yang terkenal.Di bahagian langit pula saya menggunakan warna oren/jingga yang berlainan ton untuk menunjukkan kesibukan kota. Pada bahagian bawah KLCC,kenderaan yang dikenali sebagai vespa.Saya menyelitkan vespa kerana ia merupakan simbol kepada peneraju kepada kenderaan bermotor.Saya mendapati vespa ini telah digunakan oleh masyarakat setelah sekian lama hingga kini.Saya mewarnakan vespa ini dengan warna kelabu hijau bagi menunjukkan kekuatan vespa yang digemari oleh masyarakat kerana telah lama menawan hati penduduk Bandar dengan kewujudan vespa itu hingga kini. Perempuan yang berada ditengah karya ini pula merujuk kepada perjalanan perempuan itu bagi menunjukkan gambaran kehidupan di kota metropolitan yang sentiasa sibuk dan selalu bergerak merentasi alam kemodenan oleh perempuan tersebut.Saya mewarna wanita ini dengan warna realis serta diadukkan dengan garisan yang berwarna harmoni dengan tujuan menunjukkan perjalanan perempuan ini yang amat menarik. Tempat pejalan kaki yang berada di kiri dan kanan perempuan dibuat secara perspektif.tempt pejalan kaki ini, memaparkankan sedikit sebanyak kisah-kisah perjalanan warga kota seharian dalam meneruskan kehidupan seharian. Di samping itu, didinding pejalan kaki juga terdapat contengan-contengan anak metropolitan bagi meluahkan perasaan mereka terhadap sesuatu dan ia juga dikenali sebagai luahan emosi.