Kajian Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 439
  • Pages: 9
Terdapat 3 kaedah kajian yang saya lakukan semasa menyelesaikan kajian ini,ialah,yang pertama saya menggunakan kaedah temuramah.Saya telah sertakan borang temuramah di bahagian elemen 1.kaedah kedua,saya melawat ke tempat kajian,sebagai bukti saya telah sertakan gambar tempat kajian di bahagian elemen 1.kaedah yang ketiga ialah saya mencari maklumat melalui internet,di laman web yang tertentu.Buktinya juga saya telah sertakan di elemen 1.

Kesimpulanya banyak perkara yang berfaedah saya perolehi sepanjang menjalani kajian,antaranya ialah,saya mendapat pengalaman yang sangat berharga,di mana saya dapat melihat sendiri bangunan yang menjadi kebanggaan Negara kita Malaysia.Selain itu,pengetahuan saya bertambah tentang sejarah Negara yang semestinya menjadi keunikan Negara kita.tidak lupa juga saya menjadi seorang yang lebih menghargai warisan Negara zaman berzaman.

Tapak Rumah Besar Kinarut

NAMA BANGUNAN Nama bangunan yang saya kaji ialah Rumah Besar Kinarut.Kerana ia terletak di jalan kinarut. LATAR BELAKANG Rumah besar kinarut ini di bina sekitar tahun 1910 dan 1914,ia di asakan oleh W.F.S Asimont yang merupakan seorang pengurus ladang getah di kinarut ketika itu.Selain itu juga dia merupakan penghuni asal rumah tersebut.Ia dibina untuk menjadi kediaman Pengurus Ladang Getah.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN Bngunan ini dibina mengikut seni bina Rome,bangunan ini dibina oleh jurutera dari luar Negara iaitu Hong Kong.Bahan binaannya pula batu-batan,simen dan sebagainya tanpa menggunakan besi.Kegunannya dahulu ialah rumah pengurus lading getah dan sekarang ia menjadi pameran untuk generasi sekarang dan akan datang.

Sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini,terdapat banyak nilai-nilai murni yang terbentuk dan telah menjadikan saya seorang warganegara yang sangat berbangga dengan sejarah Negara,kerana bagi saya keunikan sesebuah Negara itu antara sebabnya ialah sejarah,kerana tanpa sejarah masa kini tidak akan wujud.Oleh itu,timbul pula sikap bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara,di mana saya akan menjaga nama baik Negara yang tercinta ini dengan mengekalkan budaya yang sedia ada seperti berbudi bahasa dan sebagainya.Akhir sekali,saya sangat bersyukur sebagai warganegara Malaysia yang tinggal dalam keadaan yang aman dan selesa,malahan mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan.

Internet Pekan Kinarut,Lostborneo.wordpress.com Rumah Besar Kinarut,http://www.mzm.sabah.gov.my/sitemuz.htm

Orang Sumber Salleh bin Amat,Pekan Kinarut Kota Kinabalu,Sabah.

Alhamdulillah,saya bersyukur kehadrad Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah ditugaskan khas untuk pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang tua saya yang sangat dicintai kerana membantu saya dalam menjayakan tugasan ini.Selain itu,saya sangat berterima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Ruzainor Afian Bin Ramli kerana meleraikan segala kekusutan tentang tugasan yang amat rumit dan mencabar ini.Akhir sekali,tidak lupa juga semua rakan-rakan saya yang memberi sokongan dan pandangan semasa menjayakan tugasan ini.

Objektif kajian ini ialah,pelajar dapat mengenal pasti mana sumber yang sahih dan sebaliknya.Pelajar juga dapat mengenali bangunan-bangunan bersejarah tanah air denganlebih dekat dan jelas.Seterusnya,ia mewujudkan sikap menghargai sejarah warisan Negara dalam diri pelajar.

Related Documents