Kajian Sejarah Tempatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Sejarah Tempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,575
  • Pages: 26
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Penilaian Menengah Rendah 2009

Bangunan Bersejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar

Senarai Kandungan



Penghargaan



Objektif Kajian



Kaedah Kajian



Hasil Kajian



Rumusan



Lampiran



Rujukan

Penghargaan

Terlabih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya Puan Azizah Binti Rais kerana telah memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan 2009 ini .

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa serta keluarga saya yang telah memberi kerjasama dan dan sokongan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu , saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan – rakan yang membantu dan memberikan kerjasama kepada saya.

Objektif kajian Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut: Objektif pertama secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Selain itu, kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan rakyat supaya menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan membuat kajian ini, pelbagai iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut dapat diperolehi. Misalnya, bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, ianya dapat memupuk kesedaran tentang perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu. Dalam pada itu, saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Kaedah Kajian Saya telah memilih Bangunan Bersejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar , berikut adalah beberapa kaedah untuk memperolehi maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh . Antara kaedah yang digunakan ialah rujukan dan penyelidikan untuk memastikan maklumat ysng diperoleh adalah tepat dan benar .

a - Rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina MRSM KK , Sabah . •

mengumpul maklumat dan fakta yang berkaitan dengan tajuk kajian melalui buku ilmiah dan jurnal



mendapatkan maklumat melalui keratan akhbar dan majalah

b - Penyelidikan di laman web : •

saya membuat rujukan di internet mengenai sejarah pembinaan Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar



saya mengumpulkan maklumat – maklumat serta gambar – gambar dari laman – laman web yang berkaitan dengan Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

c – Buku teks



Saya telah menggunakan buku teks sejarah tingkatan 2. Di dalamnya mempunyai sedikit sejarah tentang Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Hasil kajian

1. Sejarah Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan).

Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun 1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja. Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu. R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah

menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang dikehendaki:

"… a vigorous and intelligent race of young men who will be in touch with modern progress but not out of touch with old traditions; who will be liberally educated but not educated out of sympathy with their own families and people; who will be manly and not effeminate, strong minded but not strong willed, acknowledging a duty to others instead of being a law unto themselves and who will be fit to do something in the world instead of settling down into fops, spendthrifts or drones."

Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri. Malay College yang kini sering disebut sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa penubuhan sekolah ini ialah:

"… for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of government services."

Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-45) di atas kesedaran dan pergolakan politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke Kolaj Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memasuki Kolej ini.

Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunanbangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an.

Kolej Melayu sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam peranannya memajukan bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam bidang sukan pula, Kolej Melayu turut mengambil bahagian dalam hampir semua permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-kemenangan yang menggalakkan. Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu di dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan seseorang individu sangat dititikberatkan.

Kolej Melayu bolehlah dikatakan telah berjaya dalam usahanya untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

2. Infrastruktur Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.

Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.

Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Bangunan Prep School.

Big Tree, mercu tanda utama MCKK.

\

Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Menara Jam.Menara dan administrasi blok dibuka oleh Komisaris Tinggi untuk Federation of Malaya Sir Donald MacGillivray pada tahun 1955.

3. Lagu Kolej Melayu Kuala Kangsar

Oh Kolej Melayu Harapan Bangsaku Dengan Sejarah Yang Cemerlang Harumlah Namamu Kolej Istimewa Didikan untuk semua Keluar membimbing negara Maju terus mara Banggaku rasakan Khidmatku berikan Takku lupakan jasa-jasamu Oh Kolej Melayu

4. Sukan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.

Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.

Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

5. Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar

* Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-11 * Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor * Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang * Sultan Azlan Shah, Sultan Perak

* AlmarhumYang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan * Dato' Onn Jaafar * Tun Abdul Razak Dato' Hussein- bekas Perdana Menteri * Dato Abdul Wahab - Dato Panglima Bukit Gantang dan bekas Menteri Besar Perak * Tan Sri Khalil Yaakob - Yang Dipertua Negeri of Melaka ke-6. Bekas Menteri Penerangan * Tun Aziz bin Abdul Majid - Bekas Gabenor Melaka * Dato Haji Kamaruddin bin Haji Idris * Raja Sir Tun Uda - Bekas Gabenor Pulau Pinang * Hishamuddin Rais- Aktivis Sosial * Tan Sri Azmi Kamaruddin - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi * Tun Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara * Dato' Seri Anwar Ibrahim- bekas Timbalan Perdana Menteri. Sekarang Penasihat Parti Keadilan Rakyat * Tan Sri Yahya Ahmad- DRB-Hicom * Datuk Seri Nazri Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Dato' Shahrir Abdul Samad-Ahli Parlimen Johor Bahru * Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - ADUN Senggarang * Tan Sri Sanusi Junid- Bekas Menteri Besar Kedah. Sekarang presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

* Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu * Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia * Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat * Tan Sri Musa Mohamad * Dato Seri Hishamudin Hussain - Menteri Pelajaran * Dato Seri Effendi Norwawi * Tan Sri Razali Ismail - Ahli Korporat * Tan Sri Hassan Merican - CEO Petronas * Tan Sri Saleh Sulong - Ahli Korporat * Tan Sri Halim Saad - Ahli Korporat * Dato' Fauzi Abdul Rahman- Bekas Timbalan Menteri * Dato' Azman bin Hj. Mokhtar- MD Khazanah Berhad * Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah- Perunding Motivasi Terkenal * Dato' FD Iskandar Mansor - Group MD GLOMAC Berhad * YB Mohd Zahir Khalid - ADUN Kemunting * YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - ADUN Air Puteh

6. Tradisi Kolej Melayu Kuala Kangsar

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama,

setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison. Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk muridmurid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

7. Senarai Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar

* 1905—1918: William Hargreaves * 1918—1919: J.O. May * 1919—1923: L.A.S. Jermyn * 1923—1938: C. Bazell * 1938—1949: H.R. Carey * 1949—1953: K.D. Luke * 1953—1958: J.D.R. Howell * 1958—1959: P.G. Haig * 1959—1965: N.J. Ryan * 1965—1969: Abdul Aziz Ismail * 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah

* 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah * 1973—1975: Nordin Nasir * 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali * 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah * 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid * 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad * 1988—1992: Rashdi Ramlan * 1992—1995: Hj. Hassan Hashim * 1995—1999: Hj. Baharom Kamari * 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Do * 2004—kini: Mohd. Rauhi Mohd. Isa

Pengetua pertama Kolej Melayu Kuala Kangsar - William Hargreaves

8. Visi & Misi Kolej Melayu Kuala Kangsar

Visi

"Kecemerlangan dan Kesejahteraan" melambangkan seluruh warga Malay College Kuala Kangsar akan sentiasa bekerjasama dan berusaha secara berterusan untuk mencapai dan mengekalkan kecemerlangan dan kesejahteraan dari aspek akademik, kokurikulum, kemapanan sahsiah, kejituan semangat patriotisme dan kesejagatan

kepimpinan

berteraskan

peningkatan

kebersihan,

keindahan,

keselamatan, dan kerohanian. Kecemerlangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi Sekolah Berasrama Penuh dan visi Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Misi

Kami akan melaksanakan perkara berikut: •

Memantapkan potensi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan ketrampilan diri.



Meningkatkan amalan nilai-nilai hidup yang murni berteraskan ajaran agama seperti berakhlak mulia, jujur, bertanggungjawab, berdisiplin, kongruen asertif, empati dan menghormati antara satu sama lain.



Mewujudkan sekolah berwatak dan unik untuk mencapai visi "Kecemerlangan dan Kesejahteraan".



Mempertingkatkan tahap celik teknologi maklumat, mempunyai pemikiran kreatif, bermotivasi tinggi, berdaya saing serta mampu memperkembangkan potensi diri dalam semua bidang.



Membimbing dan melatih para pelajar menjadi pemimpin berkualiti yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap sekolah, agama, bangsa, dan negara, bersemanagat patriotisme, mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

9. Lencana Kolej Melayu Kuala Kangsar

Perisai dibahagi kepada 4 bahagian ; putih, merah, kuning dan hitam. Warna ini merupakan warna Negeri-negeri Melayu Berseskutu. Keempat warna ini juga mewakili warna empat rumah iaitu putih (Rumah Idris), merah (Rumah Sulaiman), Kuning (Rumah Mohd Shah) dan hitam (Rumah Ahmad), sebagai mengenang jasa empat Sultan pengasas Malay College.Di tengah-tengah perisai ialah keris merah melambangkan bangsa Melayu. Di atas perisai ialah kepala harimau adalah simbol Persekutuan Tanah Melayu. Mengelilingi di kiri dan kanan perisai ialah bunga padi melambangkan kecemerlangan. Moto Kolej yang bertulis 'Fiat Sapientia Virtus' bermaksud ' Let Wisdom Be Virtue' atau dalam Bahasa Melayu 'Kebijaksanaan Mutu Manusia' .

10. Falsafah Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kesepaduan antara kebijaksanaan dan ilmu yang bermanfaat adalah teras pembangunan manusia yang berkualiti, beriman dan bertakwa yang akan membela agama bangsa dan Negara

11. Objektif Kolej Melayu Kuala Kangsar

Melahirkan generasi pelajar yang bertakwa unggul dan seimbang dalam bidang akademik kepimpinan dan mutu keperibadian yang mulia.

12. Piagam Pelanggan Kolej Melayu Kuala Kangsar KAMI WARGA KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI BAGI Mengikhtirafkan hak-hak pelanggan: •

Mendapat sistem dan khidmat didikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap dan berkualiti, mesra dan penyayang dinamik dan berkesan. MELALUI BAKTI BUDI KAMI KE ARAH



Melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu bagi menjamin pembangunan insan yang seimbang melalui penitisan ilmu yang bersepadu.



Melahirkan warga yang berdisiplin, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.



Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan dan prinsip musyawarah yang mempunyai misi dan visi yang jelas, tegas, berani, toleransi dan bijaksana yang bertaraf antarabangsa.



Mewujudkan warganegara yang mempunyai semangat Patriotisme yang tinggi, rela berkorban kasih sayang dan saling hormat menghormati tanpa batas kaum dan status.

Rumusan

Kajian Sejarah Tempatan yang bertajuk Bangunan Bersejarah telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali asal usul dan sejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar dengan lebih dekat lagi .

Melalui rujukan dan penyelidikan di jurnal , buku ilmiah dan laman – laman web saya dapat mengetahui maklumat yang amat bernilai yang mana sebelum ini tidak pernah saya ketahui .

Lampiran

Rujukan

Buku Ilmiah Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: DBP. Ahmad Boestamam, Nasionalisme Melayu, halaman 109 Internet Kolej Melayu Kuala Kangsar, http://www.mckk.edu.my MCKK, http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_College_Kuala_Kangsar http://www.mckk.edu.my/information/history-of-malay-college.php Majalah Dewan Siswa, Ogos 2004, halaman 48 Sumber Lain Gambar-gambar bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

Related Documents