1.0 PENGENALAN
Disiplin atau tatatertib pekerja merujuk pada kepatuhan pekerja kepada dasar-dasar, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur organisasi bagi tujuan menjaga ketenteraman di tempat kerja agar piawai-piawai dan objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Tujuan utama sistem disiplin adalah untuk memastikan tingkah laku kerja para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat-matlamat organisasi. Disiplin sangat penting untuk pertumbuhan organisasi, digunakan terutama untuk memotivasi pegawai agar dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan pekerjaan baik secara perorangan mahupun kelompok. Di samping itu, disiplin bermanfaat mendidik pegawai untuk mematuhi dan menyenangi peraturan, prosedur, mahupun kebijakan yang ada, sehingga dapat menghasilkan prestasi yang baik. Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti. Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman. diperoleh dengan adanya DISIPLIN.
1
2.0 5 ISU DISIPLIN PEKERJA 2.1 ISU PERTAMA: TIDUR DI TEMPAT KERJA
Faktor/Punca: Waktu lepas kerja tidak digunakan sebaiknya malah sering melepak selepas waktu kerja sehingga lewat malam. Selain itu, membuat kerja di pejabat sehingga lewat malam.
Teori berkaitan ialah: Teori Wajiban ialah satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Bagi memilih moral yang betul kita perlu memahami kewajipan moral dan peraturan betul yang sedia ada untuk kita melakukan kewajipan tersebut
Cadangan penyelesaian: memberi nasihat ke arah kebaikan kepada pekerja untuk tidak melepak di waktu malam. Selain itu, kurangkan daripada kerja yang berlebihan sehingga lewat malam untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.
2
2.2 ISU KEDUA: GANGGUAN SEKSUAL RAKAN SEKERJA KE ATAS PEKERJA WANITA
Faktor/Punca: Sistem yang membezakan peranan lelaki dan wanita iaitu lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Lelaki dipertanggungjawabkan dengan tugas yang lebih besar dan berat berbanding wanita. Golongan lelaki menganggap golongan wanita adalah golongan yang lemah. Oleh sebab itu lelaki akan menindas golongan wanita dengan melakukan gangguan seksual.
Teori berkaitan ialah: Teori Hak Asasi perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak menyalahgunakan teori hak asasi untuk kepentingan mereka tetapi sebaliknya teori ini memberikan kebaikan dan mengimbangi hak-hak manusia.
Cadangan penyelesaian: Mengemukakan aduan rasmi kepada majikan atau melantik pertubuhan pekerja. Laporkan kepada polis dan atau memfailkan saman undang-undang sivil terhadap pelaku.
3
2.3 ISU KETIGA: LEWAT MASUK KERJA
Faktor/Punca: kemalangan yang tidak dijangka seperti kemalangan di jalan raya yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Selain itu, bangun lambat dan tergesa-gesa yang menyebabkan bahan kerja tertinggal menjadi masalah kelewatan ke tempat kerja terpaksa pula balik ke rumah untuk mengambilnya.
Teori berkaitan ialah: Teori Wajiban menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai sebaliknya bergantung kepada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.
Cadangan penyelesaian: Berbincang dan bersemuka dengan pekerja, mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.
4
2.4 ISU KEEMAPAT: BERBALAH PENDAPAT DENGAN RAKAN SEKERJA
Faktor/Punca: Tekanan perasaan dan berasa sering tidak puas hati dengan pekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan yang terpaksa memikul tugas orang lain. Selain itu, pekerja mempunyai mulut jahat dan suka memburukburukkan orang lain akan menyebabkan pergaduhan terjadi.
Teori yang berkaitan ialah: Teori Keperibadian Mulia menitikberatkan perbuatan dan perlakuan manusia dari segi falsafah moral. Peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang melakukan aktiviti secara rasional secara berkesan.
Cadangan penyelesaian: Tidak terlalu emosi, selesaikan konflik secara tenang dan profesional, berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan fikiran terbuka dan anggap masalah sebagai satu cabaran yang boleh diatasi.
5
2.5 ISU KELIMA: MENCURI BARANGAN SYARIKAT
Faktor/Punca: Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan ini mungkin faktor kekurangan wang untuk menampung keluarga.
Teori berkaitan ialah: Teori Keperibadian Mulia menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu masyarakat. Seseorang yang bersikap amanah akan mempraktikkan ciri-ciri amanah dalam kerjaya dan kehidupannya.
Cadangan penyelesaian: Berjumpa dengan majikan dan memberitahu yang masalah kekurangan wang untuk menampung perbelanjaan keluarga dan meminta kebenaran kepada majikan untuk meminjam di syarikat.
6
3.0 KESIMPULAN/RUMUSAN
Peranan disiplin dalam kehidupan seharian manusia amat penting, dengan kehidupan yang lebih berdisiplin kita akan lebih disenangi banyak pihak antaranya majikan tempat kita bekerja, ahli organisasi yang kita sertai, sahabat handai dan juga masyarakat setempat, dengan adanya disiplin yang tinggi ia akan menjamin peluang kerjaya kita dan seandainya kita adalah seorang pekerja ia akan membantu kita mendapat layanan yang setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan Dari perihal di atas, dapat disimpulkan bahawa disiplin kerja adalah tindakan pengurusan untuk menggalakkan anggota organisasi untuk memenuhi berbagai peraturan yang berlaku di dalam organisasi. Diharapkan pada masa akan datang, disiplin ini akan meningkatkan kebiasaan berfikir yang baik, positif, bermakna dan berfikiran ke hadapan dan disiplin juga telah meningkat disiplin pemikiran yang mengawal dan mempengaruhi semua aspek kehidupan.
RUJUKAN:
1) https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/ 2) https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/391013/didakwaseleweng-harta-syarikat 3) https://www.pdfcoke.com/doc/34765924/Laporan-Masalah-Disiplin-Pekerja
7