Kajian Kes 3

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Kes 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,271
  • Pages: 10
KAJIAN KES 3 1.0

SUBJEK

Nama

: Maya (bukan nama sebenar)

Jantina

: Perempuan

Asal

: Kampung Dew, Selinsing, Perak.

Umur

: 17 tahun

Bangsa

: Melayu

Agama

: Islam

Bilangan adik- beradik

: 2 orang (anak sulung)

Pekerjaan bapa

: Pengawal keselamatan sekolah

Tinggal bersama

: Ayah, ibu dan seorang adik

Pencapaian akademik

: Sederhana

2.0

KES

Nama Kes Lari Dari Rumah Perihal Kes Lari dari rumah boleh membawa maksud meninggalkan tempat kediaman atau perlindungan sama ada mengikut kawan atau pergi ke tempat yang lebih selesa pada pemikirannya. Remaja adalah peringkat personaliti yang mudah terikut-ikut dengan perangai dan pengaruh rakan-rakan sebaya. Menurut Juriah (1995), lari dari rumah dikatakan sebagai individu yang meninggalkan rumah kediaman tanpa kebenaran atau persetujuan ahli keluarga atau penjaga. Definisi yang diberikan oleh Kurtz dan rakanrakannya (1991) adalah lebih terperinci iaitu satu situasi di mana remaja meninggalkan rumah kediamannya atau tempat tinggalnya yang sah dari segi undang-undang untuk semalaman iaitu melebihi 24jam tanpa kebenaran ahli keluarga atau penjaga.

Kajian Kes Maya (bukan nama sebenar) merupakan anak sulung daripada dua beradik. Namun Maya juga memiliki dua orang abang tiri yang kini kedua-duanya telah pun mendirikan rumahtangga dan tinggal di Kuala Lumpur. Kini Maya tinggal bersama dengan ibu, ayah dan juga adik perempuannya yang berusia 12 tahun. Maya mempunyai hubungan yang baik dengan kedua orang abang tirinya dan ayah tetapi hubungan Maya dengan ibu dan adik agak sedikit tegang. Apabila pulang dari rumah, Maya akan terus mengemas rumah, menyapu sampah dan juga membasuh pinggan. Maya berasa amat sedih kerana ibunya selalu melebih-lebihkan adiknya dan memanjakannya sehingga Maya sendiri diketepikan dan sering dimarahi atas perbuatan yang kecil. Ibu melayan Maya seperti orang luar dan seringkali Maya diherdik. Malah lebih merungsingkan Maya lagi apabila keadaan ini bukan sahaja berlaku pada Maya tetapi ayah juga dilayan sebegitu oleh ibu. Apabila ayah membela Maya, ayah juga akan dimaki hamun dan diherdik oleh ibu tanpa belas kasihan. Kadang-kadang ayah sedih dengan sikap ibu yang memilih kasih. Menurut Maya, dahulu ibu tidak begini. Ibu adalah seorang yang penyayang dan lemah lembut. Namun setelah melahirkan adik, ibu seperti seakan berubah dengan perubahan yang begitu mendadak. Maya amat terkejut dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Apabila Maya telah masuk ke alam sekolah menengah, ibu masih lagi dengan sikapnya yang bengis dan memilih kasih. Maya pernah mengadu pada ayah dan apabila ayah memarahi ibu, ibu akan memarahi ayah semula dan Maya juga tidak akan terlepas. Ibu akan memukul Maya apabila ketiadaan ayah di rumah. Ini menyebabkan Maya takut untuk mengadu pada ayah lagi. Dahulu Maya juga pernah mengadu pada abang-abang tirinya dan abang tiri terus menegur sikap ibu. Namun ibu pula berjauh hati dengan abang dan ini menyebabkan Maya rasa bersalah. Ibu akan merajuk dan mengatakan semua orang sudah tidak menyayanginya lagi. Maya rasa serba salah untuk berkongsikan kepahitan bersama keluarga. Beritahu ayah dimarahi dan dibenci, beritahu abang ibu akan merajuk pula. Apabila tiba waktu makan Maya tidak pernah diajak menjamu selera bersama keluarga. Maya juga

menyatakan setiap kali tibanya musim raya, Maya tidak dibenarkan keluarg oleh ibunya kerana Maya terpaksa menjaga rumah waktu ketiadaan mereka. Apabila Maya diajak oleh abang-abangnya keluar beraya Maya akan menolak dengan alasan Maya penat tetapi hakikat sebenarnya Maya tidak dapat berhari raya bersama keluarga lain. Jika tidak Maya akan dimaki hamun oleh ibunya selepas kepulangan abang-abangnya. Hubungan Maya dengan adik juga agak dingin. Oleh kerana Maya rasa dirinya ditolak oleh ibu, Maya mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah secara senyap. Maya pergi meninggalkan rumah pada waktu persekolahan dan sebelum itu Maya telah meminta duit kepada ayahnya dengan alasan untuk membeli buku. Maya telah menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur. Apabila sampai di Kuala Lumpur, Maya telah menghubungi abangnya dan meminta untuk mengambilnya di Puduraya. Abang Maya amat terkejut dengan tindakan yang diambil oleh Maya. Maya menceritakan segala-galanya kepada abang dan meminta abangnya supaya tidak menghubungi ibu dan ayah di kampung. Abang memahami situasi Maya dan mengikut kehendak Maya. Setelah hampir sebulan, abang memujuk Maya supaya memberitahu kepada ayah di kampung. Setelah puas dipujuk, Maya akhirnya bersetuju untuk memberitahu kepada ayah. Ayah dengan segera datang ke Kuala Lumpur seorang diri. Pada mulanya ayah amat marah tetapi setelah dijelaskan keadaan sebenar, ayah mula bersimpati dengan Maya. Maya juga meminta maaf kerana duit yang dipinjamkan oleh ayah bukanlah untuk membeli buku tetapi sebagai tambang untuk ke Kuala Lumpur. Namun ayah tetap bersyukur kerana Maya melarikan diri ke rumah abang. Di kampung ayah telah membuat aduan polis dan meminta orang-orang kampung mencari Maya. Maya amat sedih apabila ayah kata ibu tiada apa-apa reaksi dan ibu hanya bersenang-senang di rumah tanpa menghiraukan kehilangan Maya. Kini Maya sedar apa sahaja tindakan yang dibuatnya sedikit pun tidak akan menyentuh perasaan ibunya. Maya hanya mahukan perhatian daripada ibu dan kasih sayang seorang ibu. Maya menyesal membuat tindakan terburu-buru melarikan diri dari

rumah. Maya telah menyusahkan hati ayah dan juga saudara mara tetapi tidak ibunya. Apabila pulang ibu dengan lebih kejam mengherdik Maya dan sejak dari itu, hubungan Maya dan ibu menjadi semakin tegang. Kini Maya hanya membuat seperti biasa di rumah. Balik sekolah mengemas rumah, membasuh pinggan, menyapu sampah dan masa yang selebihnya Maya hanya duduk di biliknya. Maya juga tidak lagi menjamah masakan ibu kerana ibu menegahnya makan masakannya. Kini Maya terasa dirinya terasing dan tidak sabar untuk membina hidup baru selepas SPM.

3.0

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih Teori Pemusatan Insan Rasional Teori Dipilih Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Emosi-emosi negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Manusia mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah Nirwana kendiri – menjadi apa sahaka yang dia mahu. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang

lain tidak boleh dipercayai serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitarannya merupakan realiti baginya. Bersesuaian dengan kes di atas, saya telah memilih teori pemusatan insan kerana Maya lebih mahukan perkongsian perasaan dengannya. Maya tahu menilai mana baik dan mana buruk, Maya juga tahu dia bertanggungjawab menghormati ibunya dan Maya juga tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan anak. Namun di sini Maya hanya mahukan seseorang mendengar dan menyelami perasaannya agar tekanan dan bebanan ini dapat dikongsi dengan orang lain yang boleh dipercayainya. Saya percaya Maya mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ianya wujud dari diri Maya sendiri apabila Maya berkata dia mahu membina hidup barunya selepas menduduki SPM. Saya melihat Maya mampu memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Berdasarkan kepada kajian kes, masalah ini timbul apabila Maya merasakan dirinya tidak lagi diperlukan setelah melihatkan kepada layanan ibu. Keadaan ibu yang seolah-oleh menolak kehadiran Maya dalam hidupnya menyebabkan diri Maya selalu tertindas atas rasa benci ibu. Dalam teori ini juga ada menyatakan andaiannya terhadap manusia iaitu konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang lain. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. Masalah-masalah berlaku kerana timbul yang wujud antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia berkongsi masalahnya.

Matlamat Terapi Matlamat Teori Pemusatan Insan ini ialah setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Ianya adalah bertujuan untuk membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Beberapa kajian telah dapat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Roger adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati,penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatkan tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor (Brammer dan Shostrom, 1982). Teknik Yang Digunakan Di dalam teori ini saya telah mengaplikasikan semua teknik yang terkandung iaitu penerimaan tanpa syarat, empati, ketulenan, aktif mendengar dan berfikir, parafrasa, penjelasan, maklum balas, kongruen, mendengar dengan empati, menghormati, penerimaan yang mesra dan konfratasi. Ke semua teknik ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi melancarkan lagi perjalanan sesi.

4.0

TINDAKAN KAUNSELOR Saya telah meneroka Maya sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar

Maya. Masalah Maya ini berpunca daripada faktor keluarga iaitu sikap ibu Maya yang terlalu dingin dengannya. Maya juga rasa tersisih di dalam hidup ibunya yang memilih bulu dalam membesarkan anak-anak. Maya rasa sedih dan kecewa dengan layanan ibunya yang tidak seperti ibu-ibu yang lain. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk melancarkan lagi perjalanan sesi seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, kongruen dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, citacita serta matlamat hidupnya dan menjadikan Maya individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Maya meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya pendek, menunduk dan menggosok belakang leher. Oleh kerana itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi non verbal Maya. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Maya sendiri.

5.0

IMPLIKASI Melalui sesi kaunseling ini, Maya kelihatan lebih lega dan dapat berkongsikan

masalahnya dengan orang yang dipercayainya. Ini kerana Maya telah memutuskan sendiri untuk berjumpa dengan kaunselor secara sukarela. Pada permulaan, Maya kelihatan menghadapi sedikit kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran namun semuanya dapat diatasi dengan baik. Maya juga bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien. maya lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaannya dan membuat penjelajahan diri dengan telus. Maya telah menentukan sendiri jalan penyelesaiannya dengan dibantu oleh kaunselor. Maya juga bersedia untuk berubah dan bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah mambina individu agar dapat berkembang sihat. Oleh itu ada di antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah teori ini menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien, menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan dan memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri. Kelemahan Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara kelemahan yang terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah teori ini tidak terdapat satu set/teknik/tatacara yang khusus. Teori ini juga kurang panduan tentang cara

mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien. selian itu kebanyakkan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah atau secara abstrak.

7.0

CADANGAN Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar

dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan seharian. Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik. Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0

PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya. Tandatangan, ............................................................. (NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN) (D20021010330)

Related Documents

Kajian Kes 3
June 2020 9
Kajian-kes
May 2020 41
Kajian Kes
May 2020 26
Kajian Kes Etika.docx
December 2019 26
Kajian Kes Yang Baru.docx
December 2019 21