Kajian-kes

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian-kes as PDF for free.

More details

  • Words: 278
  • Pages: 1
Mgt2253

Kajian Kes Sofiah sukakan kerjanya di sebuah kolej tempatan, tetapi ia menghadapi dua masalah. Pertama, memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran adalah sesuatu yang menarik tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi. Kedua ia berkerja dengan Irfan, seorang usahawan yang berjaya di mana boleh melakukan dua kerja serentak dengan jayanya Suatu hari ketika membaca suratkhabar, Sofiah tertarik dengan satu iklan berkenaan perniagaan francais berkaitan dengan mendidik kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun untuk mengeja dan menulis dengan menggunakan komputer. Iklan itu menyatakan ia hanya perlu membawa sebuah komputer ke tadika atau pusat jagaan kanankanak sebagai alat bantuan mengajar. Sistem ini memerlukan beliau mencari ibubapa yang berminat menghantar anak mereka untuk belajar selama 30 minit dua kali seminggu. Sofiah percaya sistem ini dapat membantu anaknya Karina untuk belajar. Oleh itu ia menghubungi syarikat berkenaan. Dalam beberapa hari, Sofiah menerima jawapan daripada syarikat. Semakin dibaca semakin menarik. Beliau cuba mententeramkan diri supaya ia dapat berfikir secara rasional. Sebagai pelaburan awal ia memerlukan RM12 000 dan beliau mempunyai jumlah mencukupi. Sekiranya dipersetujui, Sofiah akan diberi maklumat tambahan untuk mengendalikan perniagaan. Selepas beberapa perbincangan, Sofiah diberi dua kawasan yang strategik untuk menjalankan perniagaannya. Ia juga akan menerima bahan mengajar dan maklumat mengenai cara pengajaran. Beliau diberikan latihan mengenai untuk cara mengajar, bagaimana untuk menarik ibubapa menerima program ini. Oleh kerana Sofiah memerlukan modal tambahan, ia bercadang meminjam daripada syarikat francais tersebut. Walau bagaimanapun bapa saudaranya, bersetuju untuk meminjamkan RM25 000 dengan 9 % faedah dan perlu dibayar dalam masa lima tahun.

Soalan: 1. Adakah Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan? Apakah alasan anda? 2. Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan dengan peluang perniagaan ini? 3. Adakah anda fikir ia akan berjaya?

Keusahawanan 1/1