KAJIAN KES 6 1.0
SUBJEK
Nama
: Lili (bukan nama sebenar)
Jantina
: Perempuan
Asal
: Kampung Dew, Selinsing, Perak.
Umur
: 15 tahun
Bangsa
: Melayu
Agama
: Islam
Bilangan adik- beradik
: 10 orang (anak ke-4)
Pekerjaan bapa
: Pemandu lori
Tinggal bersama
: Ayah, ibu dan 8 orang adik beradik
Pencapaian akademik
: Sederhana
2.0
KES
Nama Kes Lari Dari Rumah Perihal Kes Lari dari rumah boleh membawa maksud meninggalkan tempat kediaman atau perlindungan sama ada mengikut kawan atau pergi ke tempat yang lebih selesa pada pemikirannya. Remaja adalah peringkat personaliti yang mudah terikut-ikut dengan perangai dan pengaruh rakan-rakan sebaya. Menurut Juriah (1995), lari dari rumah dikatakan sebagai individu yang meninggalkan rumah kediaman tanpa kebenaran atau persetujuan ahli keluarga atau penjaga. Definisi yang diberikan oleh Kurtz dan rakanrakannya (1991) adalah lebih terperinci iaitu satu situasi di mana remaja meninggalkan rumah kediamannya atau tempat tinggalnya yang sah dari segi undang-undang untuk semalaman iaitu melebihi 24jam tanpa kebenaran ahli keluarga atau penjaga.
Kajian Kes Lili (bukan nama sebenar) merupakan anak keempat dari sepuluh orang adik beradik yang mana Lili tinggal di kawasan kampung dan mempunyai rumah yang sangat kecil. Lili berusia 15 tahun dan ayahnya hanyalah seorang pemandu lori manakala ibunya mengambil upah mencuci pakaian untuk menampung keperluan mereka sekeluarga. Keadaan rumah Lili yang kecil berbanding adik-beradiknya yang besar menyebabkan Lili tidak selesa berada di dalam rumah. Oleh kerana ibunya turut bekerja bagi membantu ayah menampung kehidupan mereka sekeluarga, keadaan rumah sering tidak terurus dan berselerak menyebabkan Lili sukar untuk mengulangkaji pelajaran. Kehidupannya yang agak sukar di samping kesempitan hidup menyebabkan keluarga mereka umpama kais pagi makana pagi kais petang makan petang. Kehidupan Lili tidak seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain di mana mereka mendapat perhatian dan kasih sayang serta kewangan keluarga yang sempurna menyebabkan Lili berasa rendah diri dan malu untuk pergi ke sekolah. Lantaran itu, Lili pun mula belajar ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli belah. Semasa Lili menjalankan kegiatannya itu,Lili telah berjumpa dengan Naim yang merupakan seorang penganggur. Oleh kerana layanan dan apa sahahja kemahuan Lili dituruti Naim menyebabkan Lili terus hanyut dengan kehidupan dan keseronokkan yang palsu. Lili terus ponteng sekolah dan sering tidak balik dari rumah. Ibu bapanya langsung tidak menghiraukan perbuatan dan kegiatan anaknya itu. Satu hari sewaktu Lili tinggal bersama Naim, dia telah diperkosa dan keadaan ini menginsafkan Lili. Lili menjadi sangat takut untuk berdampingan dengan lelaki dan selepas kejadian itu Lili melarikan diri dari Naim dan pulang semula ke pangkuan keluarga. Perkara ini langsung tidak diketahui oleh keluarganya dan kini Lili insaf akan kejadian yang menimpa dirinya. Namun, Lili berasa amat tertekan dan berasa rendah diri, hina dan malu dengan dirinya. Dia bimbang perkara ini akan diketahui oleh keluarganya dan Lili juga tidak bersemangat meneruskan kehidupannya yang serba kekurangan dan ditambah pula dengan tekanan rasa rendah diri.
3.0
ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL
Teori Yang Dipilih Teori Pemusatan Insan Rasional Teori Dipilih Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Emosi-emosi negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Manusia mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah Nirwana kendiri – menjadi apa sahaka yang dia mahu. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitarannya merupakan realiti baginya. Bersesuaian dengan kes di atas, saya telah memilih teori pemusatan insan kerana Lili lebih mahukan perkongsian perasaan dengannya. Lili juga telah insaf dan mahu membina hidup yang baru. Namun di sini Lili hanya mahukan seseorang mendengar,memahami dan menyelami perasaannya agar tekanan dan bebanan ini dapat dikongsi dengan orang lain yang boleh dipercayainya. Saya percaya Lili mempunyai
keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ianya wujud dari diri Lili sendiri apabila Lili berkata dia mahu membina hidup barunya selepas menduduki SPM. Saya melihat Lili mampu memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Berdasarkan kepada kajian kes, masalah ini timbul apabila Lili merasakan tekanan yang amat hebat setelah kejadian diperkosa oleh lelaki yang disayanginya. Lili amat tertekan dengan kehidupannya yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama Lili juga merasa rendah diri dengan kawan-kawan. Dalam teori ini juga ada menyatakan andaiannya terhadap manusia iaitu konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang lain. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. Masalah-masalah berlaku kerana timbul yang wujud antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia berkongsi masalahnya. Matlamat Terapi Matlamat Teori Pemusatan Insan ini ialah setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Ianya adalah bertujuan untuk membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Beberapa kajian telah dapat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Roger adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut
Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati,penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatkan tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor (Brammer dan Shostrom, 1982). Teknik Yang Digunakan Di dalam teori ini saya telah mengaplikasikan semua teknik yang terkandung iaitu penerimaan tanpa syarat, empati, ketulenan, aktif mendengar dan berfikir, parafrasa, penjelasan, maklum balas, kongruen, mendengar dengan empati, menghormati, penerimaan yang mesra dan konfratasi. Ke semua teknik ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi melancarkan lagi perjalanan sesi.
4.0
TINDAKAN KAUNSELOR Saya telah meneroka Lili sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar
Lili. Masalah Lili ini berpunca daripada faktor keluarga iaitu akibat kemiskinan hidup dan kesempitan yang dialami oleh keluarganya. Kekurangan perhatian dan kasih sayang serta keperluan lain menyebabkan Lili cuba mencari haluannya sendiri sehingga dia sendiri terjerat dengan tindakannya itu. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk melancarkan lagi perjalanan sesi seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, kongruen dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, citacita serta matlamat hidupnya dan menjadikan Lili individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Lili meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya pendek, menunduk dan menggosok belakang leher. Oleh kerana itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi non verbal Lili. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Lili sendiri.
5.0
IMPLIKASI Melalui sesi kaunseling ini, Lili kelihatan lebih lega dan dapat berkongsikan
masalahnya dengan orang yang dipercayainya. Ini kerana Lili telah memutuskan sendiri untuk berjumpa dengan kaunselor secara sukarela. Pada permulaan, Lili kelihatan menghadapi sedikit kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran namun semuanya dapat diatasi dengan baik. Lili juga bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien. Lili lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaannya dan membuat penjelajahan diri dengan telus. Lili telah menentukan sendiri jalan penyelesaiannya dengan dibantu oleh kaunselor. Lili juga bersedia untuk berubah dan bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.
6.0
REFLEKSI
Kekuatan Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah mambina individu agar dapat berkembang sihat. Oleh itu ada di antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah teori ini menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien, menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan dan memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri. Kelemahan Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara kelemahan yang terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah teori ini tidak terdapat satu set/teknik/tatacara yang khusus. Teori ini juga kurang panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien. selian itu kebanyakkan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah atau secara abstrak.
7.0
CADANGAN Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan seharian.
Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik. Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.
8.0
PENUTUP
Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya. Tandatangan, ............................................................. (NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN) (D20021010330)